FOLLOWERS

Showing posts with label POLITIK / KJ. Show all posts
Showing posts with label POLITIK / KJ. Show all posts

Sunday, 2 January 2011

BYE, BYE KJ !!!!!!!!





PETALING JAYA: Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengesahkan spekulasi bahawa beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau pada pilihan raya umum akan datang.

Apabila diminta mengesahkan spekulasi mengenai keputusannya untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-13, beliau menjawab 'ya' menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Bye bye KJ. Bye bye!!!!

2. Sepatutnya dari dulu lagi anda mengambil tindakan sedemikian. Anda adalah liabiliti kepada kerajaan dan parti. Bukan sahaja menarik diri dari MP Rembau tetapi tarik diri juga sebagai ketua pemuda.

3. Semuga dengan tindakan tersebut kerajaan dan parti lebih bertenaga dan anda juga lebih berbahagia.

4. Bye, bye KJ.!!!!!!!!!!!!! Bye, bye !!!

Nota : Kalau betul KJ tunaikan niatnya baguslah. Tetapi rasa tak sedap badan je PG rasakan. Mungkin KJ nak " test market " aje kot. Harap-harap ada le rombongan yang berbondong ke rumahnya menangis bagi merayu tarik balik keputusanya di atas. Kemudian KJ pun mengubah pendirian dengan berkata " atas kehendak rakyat dan penokong akar umbi maka saya menarik balik hasrat saya untuk tidak bertanding MP Rembau ". Rasa-rasa begitulah !!!! Sama-sama kita lihat nanti.

Sunday, 27 June 2010

KJ ! YB IBRAHIM KIRIM SALAM !!!!





KOTA BHARU 26 Jun – “Saya cadangkan kepada kerajaan supaya melantik Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin sebagai wakil tetap negara ke Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) bertaraf menteri kerana dia sahaja yang faham globalisasi.”

Demikian reaksi Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali ketika mengulas kenyataan Khairy yang menyifatkannya sebagai jaguh kampung dan menjadi penghalang kepada semangat 1Malaysia.

Ibrahim berkata, pertubuhan tersebut sememangnya ‘jaguh kampung’ kerana di kawasan tersebut terdapat ramai orang Melayu dan bumiputera yang memerlukan pembelaan.

Katanya, Perkasa terpaksa memperjuangkan hak kaum pribumi kerana nasib mereka semakin dihimpit apatah lagi Pergerakan Pemuda UMNO yang dipimpin Khairy semakin lesu.

“Saya gembira (dengan kenyataan Khairy) sebab saya memang dibesarkan dengan nyamuk di kampung dan bukannya dilahirkan di Kuwait apatah lagi belajar di Oxford.

“Maka sebab itu nasib orang kampung khususnya Melayu dan bumiputera perlu dibela kerana banyak isu yang dibangkitkan hari ini membabitkan kepentingan bumiputera.

“Perkasa hanya mengisi ruang di atas kegagalan Pemuda UMNO yang semakin lesu di bawah pimpinan Khairy,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan kenyataan Khairy yang mendakwa pendekatan digunakan Perkasa terhadap sesuatu isu merupakan penghalang kepada semangat 1Malaysia.

Jawapan itu diberikan Khairy ketika ditanya mengenai kenyataan Ibrahim yang mendesak beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Rembau kerana dikatakan membelakangkan agenda Melayu.

Ia berikutan tindakannya mempertahankan kenyataan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong dalam isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Kelmarin, Ka Siong yang juga Timbalan Menteri Pelajaran menafikan bahawa beliau mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu.

Khairy turut dilaporkan berkata, pendekatan Ahli Parlimen Pasir Mas berkenaan sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi laku untuk diguna pakai dalam era globalisasi.

Ibrahim berkata, Khairy tidak perlu menjadi penyibuk kerana apa yang dibangkitkan sebelum ini hanya membabitkan Ka Siong yang mempersoalkan hak bumiputera dalam isu biasiswa.

“Kenapa tiba-tiba dia pertahankan Ka Siong sedangkan jelas pemimpin MCA ini mempertikaikan hak keistimewaan Melayu kerana saya percaya laporan akhbar tidak silap.

“Saya ingin bertanya di mana pendirian Khairy ketika Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar dan bekas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail dihentam kerana membela Melayu?,” katanya.

Beliau turut mendakwa Khairy menjadi penyumbang kepada kebencian rakyat terhadap UMNO dan kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu.

“Apakah Khairy faham konsep 1Malaysia, Perdana Menteri sebelum ini berulang kali menyatakan bahawa konsep tersebut tidak sama dengan gagasan Malaysian Malaysia yang dibawa oleh DAP kerana 1Malaysia masih di bawah payung Perlembagaan negara,” katanya.

Beliau juga mendakwa mempunyai bukti bahawa ada pelajar Melayu tidak mendapat biasiswa walaupun memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

“Semalam seorang ibu menghubungi saya kerana anaknya, Muhd. Asyraf Fahmi Abdul Razak dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu yang mendapat 12A tidak mendapat biasiswa untuk ditempatkan ke universiti yang lebih baik.

“Saya akan membawa kes ini mengikut prosedur tetapi sekiranya pelajar ini tidak diberikan biasiswa saya akan memulakan langkah untuk menyaman kerajaan,” katanya.

Penghuni Gua : Sudah lah KJ. Di luar ni, semua orang menyampah kepada anda. Anda adalah liabiliti kepada parti dan kerajaan........................Cuba buat kaji selidek kalau tak percaya.

2. Tahniah YB Ibrahim. Anda betul . Pandangan anda terhadap KJ tepat sekali. Salam untuk KJ. Lihat-lihatlah ke bawah sikit . Juga lihat ke belakang sekali sekala. Lihat juga siapa kita..................

Saturday, 5 June 2010

PEMUDA UMNO MASIH TAK SEDAR DIRI ?


Dipetik dari blog : Malaysia Instinct Com



Balaci-balaci Khairy Jamaluddin resah sekali semenjak pengumuman rombakan kabinet oleh Datuk Seri Najib.

Keresahan mereka tak terbendung sehinggakan ada yang sanggup memberi amaran kepada Presiden UMNO kerana ‘melupakan’ Khairy dalam pemilihan Kabinet Malaysia.

Berbagai alasan diberikan kononnya, Pemuda akan kehilangan taring sekiranya tidak berjawatan.

Ada juga yang berkata bahawa tanpa jawatan di dalam Kabinet, Pemuda akan menghadapi kesukaran untuk menarik golongan muda kepada UMNO.

Nampaknya, Pemuda-pemuda di bawah kepimpinan anak muda ‘Oxford’ begitu benak sekali dan masih menyangka orang lain tidak tahu bahawa alasan sebenar mereka adalah kerana ‘habuan’ semata-mata.

Bagai tiada maruah mereka terus berpura-pura tidak tahu bahawa merekalah punca rakyat memandang serong kepada UMNO.

Melihat ‘kebenakan’ mereka, kita kadang kala musykil samada Ketua mereka benar-benar seorang graduan Oxford.

Seorang yang benar-benar bijak, pasti akan mendatangkan untung dan kebaikan dalam apa jua yang dikendalikannya.

Sedangkan apa yang terjadi apabila graduan Oxford ini masuk campur dalam Khazanah Negara, Pantai Holding, Pos Malaysia, MV Agusta dan lain-lain tidak langsung mencerminkan kebijaksanaan.
Segalanya rugi dan hancur di dalam tangannya.

Kenapa ini semua berlaku? Jawapan pilihan hanya dua, iaitu samada dia sebenarnya tidak bijak, ATAU dia sengaja khianat pada negara.

Terdapat ramai anak muda yang bercita-cita ingin menjadi Perdana Menteri. Untuk berjaya dalam cita-cita ini juga ada berbagai cara.

Ada yang bertungkus lumus berjuang dengan ikhlas dari bawah.

Ada yang terlantik kerana senioriti. Ada yang jalannya terbentang luas kerana hubungan kekeluargaan dengan orang-orang politik.

Dan ada yang menggunakan tipu muslihat, rasuah, memijak dan menikam sesiapa sahaja demi mencapai cita-cita mereka.

Anwar Ibrahim adalah salah seorang yang menggunakan cara yang akhir ini.

Anwar Ibrahim hanyalah seorang pelajar sastera ketika mula-mula berjinak dengan politik.

Beliau juga hanya lulus cukup makan dari Universiti Malaya. Tetapi, sekurang-kurangnya beliau lebih bijak memilih karektor dan mengatur strategi untuk memperdayakan semua orang sehingga sampai ke tahap No. 2 dalam negara.

Beliau berjaya memikat hati ramai anak muda dan pemimpin atasan sehingga tidak dapat menghidu niat jahat serta watak sebenar beliau selama beliau berusaha untuk mencapai cita-citanya.

Tetapi, lain halnya dengan Ketua Pemuda graduan Oxford yang kononnya amat bijak ini.

Selain dari bijak bertutur bahasa Inggeris, nampaknya seperti tidak ada kelebihan langsung dari segi lain. Tanpa wang dan kuasa bapa mertua, anak muda ini sebenarnya tidak ada apa-apa.

Kini, hanya wanglah yang menyebabkan masih ada penyokong yang sanggup mencabar Perdana Menteri bagi pihaknya.

Sejak dari mula melangkah ke dalam politik, atau sebenarnya sejak baru sahaja ingin melangkah dalam politik, beberapa pihak sudah dapat menghidu niat busuknya.

Namun, kesombongan anak muda ini menyebabkan dia gagal melihat bahawa bau badannya sudah dapat dihidu seluruh negara.

Dia meneruskan strategi publisiti murah untuk menonjolkan diri dan menyangka seluruh negara benar-benar termakan dengan strateginya.

Keangkuhan telah meletakkan dirinya setaraf dengan budak-budak yang mencari publisiti murah melalui Akademi Fantasia.

Dia tidak dapat melihat bahawa rakyat mampu membaca tujuan dan muslihat dari setiap gerak langkahnya.

Sehingga kini pun, dia masih menyangkakan yang rakyat, terutamanya Melayu adalah bodoh, hina dan boleh dibeli belaka, sepertimana penyokong-penyokongnya yang beberapa kerat itu juga.

Ada yang menceritakan bahawa ketika orang-orangnya memenuhi Tingkat 4, mereka menukar tingkat 4 Jabatan Perdana Menteri menjadi seolah-olah kedai runcit Cina dan berbual dengan kuat serta masak dan makan minum di dalamnya tanpa menghormati Perdana Menteri dan Menteri-menteri lain yang keluar masuk ketika itu.

Segala protokol dan adab sopan langsung dibakulsampahkan.

Inikah yang dipanggil kebijaksanaan ala Oxford? Orang beginikah yang Pemuda ingin jadikan Menteri Kabinet?

Jika belum benar-benar berkuasa sudah hampir membangkrapkan negara, apa akan terjadi jika diberi kuasa sepenuhnya? Jika tidak ada satu kejayaan pun yang dibawanya kepada UMNO, apakah alasan untuk menyokongnya sehingga sanggup mencabar Perdana Menteri?

Datuk Seri Najib tidak harus tertekan dengan permintaan budak-budak benak lagi tamak ini.
Tetapkan pendirian, kukuhkan keyakinan dan tawakkal kepada Allah. InsyaAllah, ‘kepercayaan’ itu mampu mengalih gunung.

Kedudukan UMNO, kesejahteraan negara dan kepercayaan rakyat kepada Datuk Seri Najib adalah lebih penting dari apa sahaja sekarang ini.

Jangan sekali-kali diperjudikan semua itu hanya kerana habuan untuk anak-anak muda perosak agama, parti, bangsa dan negara.

Penghuni Gua : Entah. Tapi yang pasti PG memang syukur KJ tak dilantik sebarang jawatan dalam kerajaan. Sebagai orang luar, memang kami semua merasakan KJ adalah satu liabiliti kepada UMNO dan BN.

2. Biarlah kekal begitu. Biarlah KJ kekal dengan Pemuda UMNO. Dah pemuda UMNO nak sangat KJ. Mungkin pandangan buruk kami terhadap KJ hanya atas persepsi. Tetapi , itulah. Persepsi adalah faktor penting dalam apa perkara pun. Benar atau salah soal lain.

3. Mungkin KJ silap membina persepsinya sendiri atau mungkin benar seperti yang di dakwa banyak orang. Jadi biarlah ia kekal dengan keadaan sekarang atau cukup masa, labuhkanlah dia dalam politik pemuda.

4. Ada pihak dari pemuda UMNO yang beri kata dua kepada DS Najib kerana KJ tak dilantik ke kebinet . Pada pandangan PG ia adalah satu tindakan bodoh sombong. Beliau ( yang memberi kata dua tersebut ) mungkin berada dalam kepompong atau bertelinga pekak badak. Mereka tidak tahu suara orang Melayu terbanyak yang menyampah dengan KJ ini.

5. Jadi , untuk kebaikan UMNO dan BN, lupakanlah KJ tu............Patah tumbuh , hilang bersepah gantinya.......................PG setuju benar dengan tulisan Lu Pikirlah Sendiri di atas.

6. PG amat sayangkan parti melayu UMNO ini walaupun sebagai orang luar. Tetapi bukan sayang semua mereka yang di dalamnya.............................Kepada pemuda UMNO: Fikirkanlah untuk jangka panjang UMNO , bukan untuk sekerat dua pemimpin. ...............

PETA PELAYAR