FOLLOWERS

Showing posts with label POLITIK / MAHFUZ. Show all posts
Showing posts with label POLITIK / MAHFUZ. Show all posts

Tuesday, 20 July 2010

MELAYU LEBIH MULIA TANPA UMNO : YB MAHFUZ ( MANUSIA SERBA TAHU ) !!!




KUALA LUMPUR, 19 Julai: “Melayu akan lebih kukuh dan mulia tanpa Umno, dan Malaysia akan lebih maju tanpa Umno," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kerana meyakini kuasa politik melayu akan hilang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Ye ke ni Mahfuz? Ye ke? Atau main cakap sedap mulut aje.

2. Adakah Melayu akan lebih mulia di bawah PAS bersama DAP dan PKR? Buktikan. Apa yang telah PAS muliakan penduduk Kelantan dan Terengganu dulu? Tak ada apa pun. Tok Guru makan kedarah rasuah haji bersama menantunya adalah.

3. Di Terengganu dulu, apa yang PAS sudah muliakan penduduk dan rakyat Terengganu? Yang ada cuma makan kedarah balak dan menutup tadika kemas . Itu betul ada. Selain itu , asyik dok berebutkan jawatan penghulu dan JKKK . Dan yang paling mulia, bila TGHH asyik tambah bini sahaja sehingga 4 orang ( yang akhir sekali sebelum kalah di Terengganu dulu ialah seorang doktor di Hospital Terengganu ). Itu betul ada. Memuliakan wanita . Kih kih kih kih.

4. Akhirnya TGHH kalah teruk. Rusila pun terlepas dari genggaman apabila undi wanita di Rusila yang selama ini padu untuk TGHH beralih kepada Dato Rahman the giant.

5. Soalannnya, apa yang telah PAS muliakan melayu selama ini? Hanya penuh dengan maki hamun, fitnah setiap hari sesama islam, mengkafirkan sesama islam, sembahyang dua masjid ( masih ada lagi di sebelah Besut Terengganu., sembelihan orang UMNO tak boleh di makan , dan berbagai lagi. Inilah yang PAS dan Mahfuz maksudkan PAS memuliakan Melayu kot.

6. Cuba lihat di Malaysia ini, dari Bangunan Daya Bumi, lebuh Raya Utara Selatan, Putra Jaya, Jambatan Pulau Pinang dan Proton, dan sebagainya semuanya di belasah oleh PAS dan sekutunya dengan mengutuk Tun Dr Mahathir kerana di katakan semua membazir duit rakyat dan merupakan projek gajah putih. Akhirnya mereka telan ludah dan kahak mereka sendiri.

7. Tentang pendidikan islam pun, apa yang telah PAS buat mengikut kuasa yang ada pada mereka di Kelantan? Jiwa islam apa yang ada di Kelantan? Sama je pun. Kalau di Pantai Barat seperti di KL dan sebagainya terdapat kes kalwat, zina, minum arak, buang anak dan lain-lain, apa kurangnya di Kelantan. Sama aje.

8. Jadi apa yang mulianya Melayu di bawah PAS berbandingkan dengan Melayu di bawah UMNO. ? Mulia kah wanita Melayu di bawah PAS. Lihat aje lah Ketua Dewan Ulama PAS Perlis. Apa yang dibuat kepada isterinya, pukul, liwat, tak beri nafkah, datang period pun balun. Apa yang dibuat oleh seorang ADUN di Kelantan kepada isteri kembojanya. Makan kedarah / nafkah pun tak diberi walau duit berjuta? Dan banyak lagilah kalau nak tuliskan satu persatu. Muliakah Melayu di bawah PAS ? Kih kih kih kih. Cermin diri sendirilah Mahfuz!!!!

9. Kalau takat cakap aje boleh le Mahfuz. Cakap tak serupa bikin. Baik Mahfuz memuliakan anaknya dahulu yang sehingga kini masih bermasalah.....................kih kih kih kihkih kih............Cakap ajelah yang lebihnya kau ni Mahfuz. Geli kita semua mendengarnya!!!!!!!!!!!

Monday, 22 March 2010

PARLIMEN SARANG PELACUR? BIAR BETUL MAHFUZ !

( Inilah di antara bukti kepelacuran PR wahai Mahfuz )



KUALA LUMPUR, 21 Mac: Parlimen tidak sepatutnya dijadikan sarang ‘pelacur politik’ sehingga meruntuhkan kemuliaannya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Jangan jadikan Parlimen sebagai sarang pelacuran yang dipenuhi kuman siflis dan wabak aids yang akan meruntuh kemulian dewan yang dibanggakan selama ini," tegas beliau ketika mengulas ahli-ahli Parlimen yang melompat.

Beliau meminta ahli-ahli Parlimen yang melompat itu menyedari bahawa rakyat memberi kepercayaan kepada mereka atas nama Pakatan Rakyat (PR) bukan atas nama diri mereka. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Wah bukan main celupar mulut si Mahfuz dari parti islam ini. Mengalah mulut pelacur sebenar.

2. Beginilah Mahfuz. Senang ceritanya ; sekiranya pelan 16 sep menjadi kenyataan yang mana ia adalah di antara restu anda , bermakna lebih kurang 20 orang ( kononnya lah ) MP BN akan melaompat ke PKR dan PR.

3. Jadi bukankah ia pelacur juga. Bermakna DSAI dan anda juga adalah bapa ayam . DSAI dan kumpulan andalah yang mempopularkan dan merestui serta mendahului budaya lompat parti dan cara tindakan pelacur ini.

4. Jadi jangan lah cepat menuduh MP-MP bebas ini sebagai MP pelacur kerana bapa pelacur atau bapa ayam nya adalah DSAI dan kumpulan anda juga. Allah Mahabesar. Budaya lompat parti yang anda restui dan rancangkan itu , kuman siflis dan kuman AIDS nya telah terkena kepada anda serta PR. Anda yang merasakan kesan penyakit, yang anda cuba bawa dan perkenalkan. Padan muka anda.

5. Jadi kepada Mahfuz, baik anda tujukan kata-kata anda ini kepada anda sendiri atau terus kepada pujaan hati anda iaitu DSAI. Inilah bapa segala pelacur di Malaysia. Dialah yang membawa penyakit ini. Ada juga sama. Anda meludah diri anda dan PR. Inilah kebesaran Allah. Allah nak tunjukkan kebesarannya bukan susah. Berbagai cara dan kaedah. Mungkin inilah kaedahnya kot.

6. Sudahlah Mahfuz: Jaga anak sendiri lagi baik. Cakap tak serupa bikin. Menyampah.

PETA PELAYAR