Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak mempertahankan pendiriannya menyalahkan kerajaan negeri terdahulu berhubung kenaikan tarif air di negeri itu oleh Syarikat Air Darul Aman (Sada) mulai bulan ini.
Beliau mendakwa kerajaan BN sebelum ini adalah penyebab utama kerajaan negeri pimpinannya terpaksa menanggung beban hutang dengan kerajaan pusat sebanyak RM1.7 bilion.
Beliau mendakwa kerajaan BN sebelum ini adalah penyebab utama kerajaan negeri pimpinannya terpaksa menanggung beban hutang dengan kerajaan pusat sebanyak RM1.7 bilion.
Penghuni Gua : Hai senang nya jadi MB Pakatan ni. Ada masalah terus taichi . Semua tolak dan mencuci tangan dan menyalahkan kerajaan. Macam ni senang ajelah jadi MB ini.
2. Kerajaan pun boleh juga beri alasan nak naikkan harga air. Boleh salahkan dunia kerana naikkan harga minyak, bahan mentah, salahkan Allah kerana kurangnya hujan turun, salahkan rakyat kerana sungai dah cetek dan kotor dek sampah. Salahkan ajelah kemudian duduk diam di masjid , dok meratib aje. Akhirnya rakyat yang gigit jari dan merana.
3. Sepatutnya dah menjadi MB, pakai otak atau pergunakan otak-otak mereka yang pakar seperti Mahfuz, Tuan Ibrahim, Si Tantawi dan Mat Sabu tu. Mereka pakar dalam segala bidang. Orang cakap bab fdi si mahfuz yang berkelulusan SRP pun boleh bercakap. Jadi gunakan otak makhluk ini untuk menyelesaikan masalah air di Kedah. Bukan dok asyik salahkan kerajaan terdahulu.
4. Kerajaan pun boleh nak salahkan orang terdahulu. Boleh sumpah seranah kerajaan British, Portugis, Belanda, Dunia dan sebagainya. Tetapi apa hasilnya?
5. Itulah, mereka ini cakap aje berdegar. Otak tak ada. yang ada hanya pandai menyalahkan orang lain. Cadangan sendiri serta idea sendiri tak ada. Hanya asyik islam, islam, ekonomi islam. Hanya konsep. Tetapi detailnya tal ada pun dibentangkan.
6. Mereka ini hanya cakap aje pandai. Apa isu yang tak disentuh mereka. Seolah kalau dengar mereka berseramah, segala masalah akan selesai. Dah ada tanggungjawab sekarang, baru tahu susah dan nak melarikan diri.
7. Kaedah cuci tangan ini hanya standard sekolah rendah aje!!!!! Itulah standard MB Kedah. Cuci tangan, saya tak tau, saya tak tau, saya tak tau !!!!!!

