FOLLOWERS

Showing posts with label POLITIK / MELAYU. Show all posts
Showing posts with label POLITIK / MELAYU. Show all posts

Wednesday, 12 August 2009

PERTAHAN KUASA POLITIK PERIBUMI : DATO NOOR AZAM MOHD NOOR MENULIS !




TULISAN saya pada 4 Ogos lalu berakhir dengan pertanyaan: Apakah tindakan politik yang perlu kita buat sekarang? Demonstrasi atau laporan polis lagi?

Berikut ini adalah jawapannya. Saya Melayu lama. Bukan Melayu baru. Perjuangan Melayu lama setelah merdeka bukan untuk "hak asasi dan demokrasi". Ia adalah untuk memastikan kuasa utama yang memerintah bumi warisan ini, terus di tangan pribumi.

Demokrasi tidak berguna, kalau kuasa memerintah dipegang oleh warga yang asal keturunannya bukan dari dunia Melayu. Demokrasi juga tidak bermakna jika hampir seluruh kekayaan negara dibolot oleh kaum bukan pribumi.

Maka kita janganlah "mabuk hak asasi dan demokrasi" dan "taksub parti". Megah berdemonstrasi di jalanan dan jadi alat pemimpin yang enak di atas kerusi.

Ini bukan soal perkauman tetapi amalan di semua negara kecuali di Pulau Singapura. Disebabkan kesilapan percaturan politik kita, pulau milik Melayu itu diserahkan kepada bangsa dari luar Dunia Melayu.

Saya boleh terima pemerintahan rakyat Malaysia keturunan Cina dan India, sekiranya mereka betul-betul sudah menjadi bangsa Malaysia. Seperti orang Inggeris, Perancis, Itali, Jerman, Sepanyol, Yahudi dan Negro Afrika yang betul-betul jadi bangsa Amerika. Seperti orang Cina dan India di Thailand dan Indonesia. Dan mereka itu mestilah bersedia menjunjung Perlembagaan negara kita ini.

Malangnya di negara kita ini, unsur-unsur utama ke-Cinaan dan ke-Indiaan semakin bertambah kukuh berkembang. Sebaliknya ciri-ciri tamadun pribumi pula hendak dihapuskan.

Maka politik permusuhan makin meningkat dan ketenteraman awam tergugat.

Tuanku Sultan Azlan Shah memberi amaran agar tindakan "beberapa individu atau kumpulan tertentu jangan sampai membawa kepada huru-hara". Dan baginda berdoa: "Barang dijauhkan Allah, daripada bangsa menghadapi nasib malang 'menang sorak kampung tergadai', akhirnya terpaksa mengemis di bumi sendiri."

Baginda mengakui, "Raja dan takhta sebenarnya berada di atas politik dan tidak boleh turun untuk berdebat secara terbuka memberi jawapan dan menangkis tohmahan serta fitnah yang dilemparkan."

Akan tetapi, pada hari ulang tahun keputeraan ke-81, baginda terpaksa turun menyatakan titah murka apabila terbukti "Badanbadan penguatkuasa dicabar secara provokatif, masjid dan kesucian Islam rela dinodai, malah institusi raja dan takhta turut dicemar dan dihina menerusi taktik menyemai rasa benci rakyat terhadap raja."

Justeru baginda memperingatkan: "Raja pemerintah bukan daripada kalangan insan yang buta penglihatan, pekak pendengaran dan bisu pertuturan. Bahkan segala yang berlaku dalam negara adalah dalam ruang penglihatan, pendengaran dan pertuturan raja pemerintah."

Oleh yang demikian, rakyat yang taat setia kepada raja dan negara, amat mengharapkan dapat apalah kiranya Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu akan segera mengambil apa juga tindakan yang berkesan bagi menyelesaikan kemelut politik sekarang.

Seperti yang baginda sebutkan, "Raja Berperlembagaan" boleh "bertindak tertakluk kepada kuasa yang termaktub dalam Perlembagaan".

Baginda telah juga menegaskan: "bahawa raja pemerintah adalah sebahagian daripada institusi negara yang diperuntukkan dengan kuasa budi bicara oleh Perlembagaan untuk melaksanakan 'semak dan imbang' demi memelihara ketenteraman awam, kestabilan negara, kepentingan umum dan kebajikan warga terus terpelihara di samping memastikan perkara-perkara pokok dan fundamental mengenai agama Islam dan orang Melayu kekal di pertahankan".

Maka tiada seorang pun akyat yang taat setia kepada raja, Perlembagaan dan negara ini boleh mempersoalkan tindakan Duli-Duli Yang Maha Mulia menggunakan "kuasa budi bicara" itu, untuk tujuan-tujuan yang disebut di atas.

Yang menentang hanya penderhaka, pengkhianat bangsa dan negara selain kalangan orang Melayu yang mabuk politik dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat kuasa.

Ampun Tuanku. Masa sudah terlewat. Kuasa dan kebijaksanaan mestilah dipergunakan. Patik mohon permintaan ini dipertimbangkan jua. Ini bukan sembah derhaka.

Matlamat merapatkan jurang penguasaan ekonomi Cina-Bumiputera dan menghapuskan pengenalan kaum berdasarkan tempat tinggal, gagal dicapai. Bahkan sumber utama Tragedi 13 Mei ini, semakin ketara.

Jika tindakan dan program yang lebih drastik tidak dilakukan, akan wujud lebih banyak bandar dan taman perumahan Cina.

Justeru pertumbuhan bandar dan taman perumahan tidak boleh dibiarkan sesuka hati pemaju hartanah.

Jangan terlalu mengejar ekonomi, kesan buruk politik dilupakan. Ini cabaran utama untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lebih banyak wujud bandar seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Penang, Petaling Jaya, Subang Jaya, Kota Damansara, Bandar Sunway, akan merombak keseimbangan kuasa politik kerana undi perkauman.

Dan ini akan menjadi bom jangka yang mencari sebab sahaja untuk meledak. Matlamat Satu Malaysia tak akan tercapai.

Perdana Menteri melancarkan pelbagai projek pembangunan, memberi bermacammacam subsidi dan bantuan kepada semua golongan rakyat. Akan tetapi saya tidak pernah mendengar sambutan daripada pemimpin-pemimpin yang mewakili pelbagai kaum dan pertubuhan rakyat. Seolah-olah segala yang diberi dan dirancangkan itu tidak pernah sampai kepada rakyat, pegawai dan kakitangan kerajaan.

Maka kerajaan perlu menukar strategi dan cara. Para menteri dan isteri mereka perlu mengurangkan bicara. Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tidak perlu membuat ucapan dan kenyataan untuk siaran media setiap hari, sepanjang masa.

Apa kata kalau ditugaskan pegawai kerajaan, pemimpin persatuan guru, pegawai dan kakitangan kerajaan dan pelbagai pertubuhan rakyat, wakil buruh, petani dan nelayan - daripada semua kaum - naik ke pentas berpidato dan melancarkan program kerajaan dan menyampaikan bantuan untuk mereka.

Menteri jadi tuan rumah dan menyambut pemimpin rakyat ikut duduk di depan.

Saya tidak dapat mencari jawapan, mengapa ramai pegawai kerajaan bersikap "apati dan tidak apa". Ramai pula yang amat gembira memperkecil-kecilkan, malah mengejek-mengejek kerajaan tempat mereka mendapat rezeki keperluan hidup.

Mengapa orang Melayu suka sangat menghina bangsanya sendiri? Apakah mereka lupa, mereka dapat berada di tempat sekarang kerana yang berkuasa adalah bangsa kita? Maka kerajaan mestilah menukar cara.

Raja Pemerintah telah melangkah keluar dari tembok istana, menitahkan hujah politik secara terbuka, menangkis serangan, membela bangsa. Menteri pun pasti boleh menukar cara. Mengangkat rakyat ke pentas, menggantikan menteri untuk berbicara. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya.

Bahagian kedua rencana ini akan disiarkan esok.

PENULIS ialah bekas Setiausaha Politik kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika beliau menjadi Perdana Menteri

Penghuni Gua : Hayati dan fikirkannya wahai bangsaku.

Sunday, 26 July 2009

NASIB MELAYU DI BUMI MELAYU : DR RIDHUAN TEE MENULIS !

26 jul 2009



Saya tidak menafikan bahawa kematian Teoh Beng Hock perlukan kepada pembelaan. Saya amat mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk menubuhkan satu inkues dan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock.

Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agar dapat memuaskan hati semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti pembangkang yang begitu bersungguh-sungguh dalam isu ini.

Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar menunggu sehingga siasatan selesaikan dijalankan. Di kala itu, kita akan mengetahui apa yang benar, apa yang salah dan siapa yang benar dan siapa yang salah. Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan berkokok berpuas-puasnya mengenai perkara ini.

Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu perkara dibuktikan. Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan membuat andaian pelik-pelik, yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui sebelum sesuatu perkara dibuktikan.

Dalam menganalisis isu ini, saya teramat hairan kenapa tiga parti politik Cina, MCA, Gerakan dan DAP, serta parti pembangkang Melayu yang lain begitu bersungguh-sungguh membuat pelbagai andaian dengan menuding jari kepada pihak-pihak tertentu, tanpa menunggu keputusan siasatan.

Saya tidak menafikan ada yang tidak kena dengan cara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengendalikan kes ini. Namun, tindakan menuding hari ini seolah-olah memperlihatkan mereka mahu memenangi hati orang Cina, demi kepentingan politik. Lebih-lebih lagi parti-parti komponen seperti Gerakan dan MCA yang telah mula hilang kepercayaan orang Cina.

Ketua Wanita MCA mengeluarkan kenyataan lebih ekstrem mendesak Menteri Dalam Negeri supaya anak yang dikandung oleh teman wanita Beng Hock diletakkan status anak sah taraf dan bukan anak luar nikah. Sedangkan kita semua tahu bahawa mereka belum berkahwin secara rasmi atau telah bersekedudukan tanpa nikah. Bermakna, anak itu tetap anak zina atau anak luar nikah (anak tidak sah taraf). Berapa ramai lagi anak luar nikah yang ingin kita sahkan hasil daripada hubungan luar nikah ini.

Sedarkah Ketua Wanita MCA betapa ramai gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi mangsa (bersekedudukan dengan pasangan Islam atau bukan Islam, sama ada secara paksa atau sukarela) melahirkan anak luar nikah tanpa dibinkan kepada bapa mereka? Kenapa MCA tidak memperjuangkan nasib mereka? Kenapa MCA tidak pergi berjumpa Menteri Dalam Negeri untuk mengesahkan semua hubungan sumbang ini? Apa pun jua punca kematian Beng Hock, hubungan yang haram tetap haram, ia tidak boleh disahkan, hanya kerana insiden ini.

Jika ditakdirkan Gautama Buddha (juga Konfusius dan Lao Tzu) masih hidup, sudah tentu tindakan Ketua Wanita MCA ini akan dicela kerana ajaran Buddha (juga agama lain, terutama agama Islam) mengharamkan sama sekali perbuatan berkesedudukan (zina) tanpa nikah, apatah lagi sehingga melahirkan anak luar nikah.

Saya amat mengharapkan parti-parti politik Cina bertindak waras dan jangan terlalu ekstrem. Fikirkanlah hati orang lain jua bila mengeluarkan sesuatu kenyataan, terutama orang Melayu.
Orang Melayu tidak kurang yang menjadi mangsa seperti Beng Hock. Persoalannya, berapa ramai di kalangan kita yang bangun membela mangsa tersebut? Kenapa bila seorang Cina meninggal dunia (kita masih belum mendapat puncanya), Malaysia seolah-olah seperti macam nak kiamat atau dilanda tsunami.

Saya juga amat bersimpati dengan Beng Hock, tetapi beliau sudah ditakdirkan meninggal dunia dalam keadaan sedemikian. Mesti ada hikmah di sebaliknya. Tidak bolehkah kita tunggu hingga siasatan selesai.

Saya ingin bertanya kepada parti-parti politik Cina, akhbar-akhbar Cina dan parti-parti politik pembangkang Melayu, sejauhmanakah pembelaan dibuat sekiranya ia berlaku di kalangan orang Melayu? Misalnya, pembunuhan gadis model Mustakizah Jaafar pada 14 November 1998. Berapa ramai yang bersungguh-sungguh menunjukkan belang mereka. Apakah MCA, Gerakan dan DAP begitu bersungguh-sungguh menunjukkan pembelaan terhadap Mustakizah?

Berapa ramai yang tampil berdemonstrasi dan menyerahkan memo bantahan atau mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan. Adakah MCA, Gerakan dan DAP begitu terkehadapan dalam isu ini? Begitu juga dengan Pas dan PKR (belum wujud lagi), adakah mereka begitu bersungguh-sungguh dalam mempertahankan nasib Mustakizah? Sehingga kini, kes kematian Mustakizah masih lagi menjadi misteri.

Saya masih ingat pada November 2005, kononnya tahanan warga China telah dipaksa berbogel dan ketuk ketampi oleh seorang anggota polis wanita semasa dalam tahanan. Aksi tersebut telah dirakam dan gambarnya menghiasi dada-dada akhbar tempatan terutamanya akhbar berbahasa Cina. Dengan rasa bersalah yang teramat sangat, walaupun belum dibuktikan, kerajaan ketika itu telah mengarahkan Menteri Dalam Negeri, untuk segera terbang ke China bagi menjelaskan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul akibat daripada kejadian tersebut.

Semua ini hasil desakan dan tindakan ekstrem MCA, Gerakan dan DAP, termasuk akhbar-akhbar Cina, serta tidak ketinggalan parti-parti pembangkang. Setelah siasatan dijalankan, ternyata gadis yang dipaksa berbogel itu bukan warga China tetapi seorang gadis Melayu. Malang sungguh menjadi orang Melayu, selepas itu, kes ini tidak lagi dibincangkan, malah menjadi senyap dan tidak dibahaskan lagi di dada-dada akhbar, terutama akhbar Cina.

Apa yang saya maksud di sini ialah bila sesuatu kejadian yang menimpa orang Melayu, tidak ramai yang berasa sensitif tetapi bila orang lain terutamanya (Cina dan India), seolah-olah hari sudah hampir kiamat seperti tidak ada isu lain yang hendak dibincangkan lagi.

Kita jarang berpolitik untuk mempertahankan apa yang benar dan apakah yang salah? Tetapi kita lebih banyak berpolitik dengan politik yang merugikan iaitu menuding jari untuk melihat siapakah yang menang (benar), siapakah yang kalah (salah). Politik hanya untuk mencari keuntungan politik atau mendapat undi politik, sedangkan maruah agama dan bangsa tergadai. Berbaloikah dengan berpolitik sebegini? Sedangkan orang lain sentiasa mengambil kesempatan hasil dari kelemahan kita?

Kita juga jarang berpolitik melihat kepentingan semua kaum, tetapi berpolitik secara sempit mempertahankan kaum sendiri sehingga hilang rasional akal. Tujuannya tidak lain, untuk mempertahankan kuasa dan memancing undi. Masing-masing mahu menjadi jaguh kaum, dengan mengenepikan kepentingan umum. Berapa banyak surau dan masjid dirobohkan untuk tujuan pembangunan? Berapa ramai bukan Islam tampil mempertahankannya? Orang Islam masih boleh menerimanya. Itulah sikap toleransi yang amat saya kagumi.

Tetapi bila ada satu kuil atau tokong dirobohkan bagi tujuan pembangunan, satu Malaysia bagaikan nak ribut dan kelam-kabut seolah-olah telah berlaku penganiayaan terhadap orang bukan Islam.

Malaysia diperlihatkan tidak mengamalkan kebebasan beragama. Macam-macam tuduhan dibuat, tidak cukup dalam negeri, dibawa sama keluar negeri untuk menagih simpati dan memburuk-buruk tanahair sendiri. Berbaloikah?

Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa rumah ibadat orang bukan Islam (Hindu, Buddha dan Kristian) melebihi berkali-kali ganda daripada jumlah masjid dan surau.

Jumlah kuil Hindu sahaja sudah melebihi masjid dan surau, apatah lagi jika dicampurkan dengan rumah ibadat agama Buddha dan Kristian dan lain-lain. Sedangkan semua sedia maklum bahawa orang Islam adalah penduduk majoriti dan agama Islam adalah agama rasmi negara ini.

Logik

Dari segi logik dan rasionalnya, sudah tentu kita mahu melihat bilangan surau dan masjid melebihi rumah ibarat yang lain, dengan mengambil kira sejarah dan keistimewaan Islam (Melayu) seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

Tetapi adakah ia berlaku? Jawapannya, tidak. Realiti yang jelas adalah, kita mempunyai patung yang tertinggi dan terbesar di dunia, walaupun penduduknya hanya berjumlah lebih kurang 10 peratus. Beginilah nasib Melayu di bumi Melayu. Terlalu menjaga hati orang, sehingga hati sendiri terguris tiada siapa yang tahu atau mungkin orang lain tak ingin ambil tahu, sebab tidak berkaitan atau tidak menguntungkan.

Saya juga teramat ingin mendengar kenyataan daripada orang bukan Melayu (parti politik Cina dan India) tentang pembelaan nasib umat Islam Cina Uighur yang dibunuh secara terancang oleh kerajaan China. Kenapa mereka tidak bersuara menentang tindakan ganas ini?

Hanya kerana orang Cina itu beragama Islam, maka ia menjadi senyap. Bayangkanlah kalau yang terlibat itu adalah Cina yang tidak Islam, sudah tentu mereka akan melompat-lompat.

Begitu juga isu apabila adalah orang Cina/India yang bertindak keluar daripada Islam yakni Murtad atau orang Melayu murtad, berapa ramai bukan Melayu yang tampil ke hadapan memberitahu mereka supaya janganlah murtad.

Berapa ramai kalangan mereka yang memujuk mereka yang mahu murtad agar jangan murtad, hormatilah agama Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan jagalah hati orang Melayu Islam. Apa yang selalu kita dengar ialah mereka akan mengapi-apikan lagi mereka yang ingin murtad untuk terus murtad dan mempertahankannya bermati-matian setelah mereka murtad.

Mereka mengatakan ini adalah hak asasi manusia. Tetapi bila mana tiba isu berkaitan Islam, maka semua hak asasi itu hilang entah ke mana. Yang dicari hanya ketidakadilan Islam, ketidakadilan mahkamah syariah dan bermacam-macam lagi.

Ini tidak termasuk lagi isu perebutan mayat saudara baru yang meninggal. Apa yang saya tahu, kita selalu mengalah berhadapan dengan golongan ekstrem ini. Paling menyedihkan, mereka langsung tidak bersyukur apabila kita beralah.

Tetapi apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka hajatkan, setelah undang-undang menyebelahi kita, maka kita (agama Islam dan mahkamah syariah) akan dikecam habis-habisan.

Justeru, sudah sampainya kita berpolitik secara matang dengan meletakkan kepentingan semua kaum di hadapan bertunjangkan kepada perlembagaan, berbanding politik etnik (kaum) yang sempit.

Dalam isu Beng Hock ini, bersabar dan tunggulah sehingga siasatan selesai. Jangan membuat andaian dan mengapi-apikan isu ini, kerana ia tidak menguntungkan sesiapa. Yang pergi tetap telah pergi, hidup ini perlu diteruskan. Jadikanlah ia sebagai suatu ikhtibar untuk kita menerokai atau berpolitik dengan lebih baik seperti mana Allah SWT berfirman dalam al-Quran, jadikanlah sesuatu kejadian yang berlaku sebagai pengajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan.

Dr. Mohd Ridhuan Tee
Penulis ialah Pensyarah Kanan,
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Penghuni Gua : Bagus tulisan Dr Mohd Ridhuan Tee ini. Bagus untuk semua orang melayu islam di Malaysia memikirkannya.


2. Kalau dibaca tulisan ini. insaf kita. Mana melayu islam kuat sangat berkokok. Mereka ini cuma asyik berpolitik dan menjual serta gadaikan agama kerana politik. Kerana politik sanggup berbohonh bab agama. Yang halal di kata haram , dan yang haram dikatakan haram. Atau yang lebih bijak lagi, meragukan.

3. Mereka tidak berani berkata benar tentang islam keranma kepentingan politik. Mereka ini hanya mengutamakan politik dan asyik mengusung serban, jubah, kopiah dan tanda hitam di dahi yang tidak tahu apa tujuan nya. Mereka inilah munafik sebenar.

4. Tahniah Dr Ridhuan. Anda boleh menulis dan menyntuh mngebai Melayu islam dengan amat baik. Yang melayu islam lain cuma asyik membuta dan memaki hamun dan mengkafirkan sesama islam. Juga mereka ini merosakkan nama islam dengan mencerca bangsa lain kerana setengah kaum tidak mengundi mereka di dalam pilihanra. Inilah gambaran islam serban, islam hanya jubah, dan islam hanya kopiah serta islam yang hanya tanda fikizikal hitam di dahi yang satu pun tidak membawa makna.


5. Cuma seekor cina muslim aje tak sedar dan masih juga mengatakan yang haram jadi halal dan yang halal jadi haram. Iaitu ADUN Titi Terong ( Blog Cina Islam ) . Mogok lapar dibolehkan kerana diubah kepada puasa sunat, Nizar lilin dibolehkan kerana ziarah dan sidang akhbar dan berbagai lagi. Sebab nya cina islam ini, mula berkawan dengan munafik-munafik berrserban dan bertanda hitam di dahi ini.

6. Sedarlah Melayu Islam.

Wednesday, 22 July 2009

BEZANYA PERHIMPUNAN ORANG MELAYU DAN PERHIMPUNAN ORANG BUKAN MELAYU !


Lihat Gambar.: Siapa bodoh ?




1. Gambar 1. Beribu orang bukan Melayu cerdik berbaris bagi membeli ASN , lebihan yang orang melayu tak mahu beli. 2 jam berbaris sejak jam 6 pagi tadi ( KLIK ) untuk dapatkan ASN. Bagusnya mereka untuk memikirkan masa depan keluarga mereka. Akal mereka amat panjang dan boleh dicontohi. Inilah jenis perhimpunan yang mereka kerap lakukan.






2. Gambar 2. Gambar beribu Melayu bodoh yang senang dipergunakan oleh sesiapa sahaja. Oleh apa bangsa pun senang nak gunakan mereka ini. Semuanya Melayu. Sampai ke malam membuat perhimpuan haram. Tinggal anak bini di rumah. Berjelir lidah melalak dan memfitnah. Balik rumah kemudiannya makan kedarah penat lelah isteri memasak. Ini le jenis melayu bodoh. Kerjanya membuat perhimpunan haram. Satu sen pun tak bawa hasil. Bodoh tak boleh diajar. Cerdik tak boleh diikut.

3. Kepada generasi muda Melayu / Islam semua : analoginya bukan susah. Tak perlu buat kajian panjang berjela. Gambar -gambar ini mungkin juga keagungan Allah , yang hantar sebagai suatu isyarat dan pengajaran kepada kita Melayu / Islam untuk kita berfikir. Mengapa gambar ini boleh ada dan terpapar dalam keadaan ini.

4. Yang ada otak, fikirlah sendiri.

PETA PELAYAR