
Dua lagi pemimpin MIC yang turut mendesak Datuk Seri S Samy Vellu meletak segera jawatan presiden, telah dipecat dari MIC.
Mereka ialah ahli jawatankuasa MIC - KP Samy dan G Kumar Amaan - yang mengadakan sidang akhbar minggu lalu untuk menyuarakan kekecewaan mereka terhadap Samy Vellu kerana tidak meletakkan jawatan lebih awal. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Apa cerita Dato Seri Samy. Main gantung pecat, gantung pecat, gantung pecat.
2. Berapa ramai lagi mahu gantung dan pecat. Nampak gayanya macam Dato Samy ni , tak mahu bersara aje.
3. Bersara lah awal lah Samy. Ada pun buat semak aje. PG pernah berbual dengan dengan pemuda-pemuda india mengenai Samy dan MIC . Mereka mengatakan, mereka bukan benci pada MIC tetapi benci pada Samy Vellu sahaja. Jika Samy bersara maka mereka akan sokong semula MIC.
4. Dicadangkan mereka yang digantung dan dipecat oleh Dato Seri Samy ini , bawa aje keranda beramai-ramai ke depan pejabat MIC seperti yang di buat oleh Mendiang Pandhitan.
5. Jom bawa keranda beramai-ramai ke pejabat MIC.
