FOLLOWERS

Showing posts with label POLITIK / MIC / UGUT. Show all posts
Showing posts with label POLITIK / MIC / UGUT. Show all posts

Saturday, 29 May 2010

UGUTAN KELUAR BN : BERAMBUS AJELAH MIC ! APA NAK KAJI-KAJI !



Beberapa hari yang lepas anak Vell Paari Samy Vellu mengecam dan menuduh UMNO mengamalkan pembunuhan politik dan menyokong Gerakan Anti Samy ( GAS ). T. Morgan pula iaitu Tim. Ketua Pemuda MIC ( si budak mentah ini ) ugut UMNO dan BN untuk mengkaji kedudukan MIC dalam BN.

2. Kepada PG senang aje. Ada MIC pun buat semak aje. Terutama jika terdapat ramai pemimpin seperti Vell Paari dan T. Morgan. Apa sumbangan mereka kepada BN? Juga apa sumbangan MIC kepada BN? Hidup MIC dan pemimpinnya pun bergantung nyawa kepada BN dan UMNO.

3. Baguslah kalau MIC keluar aje dari BN. Taak perlu kaji-kaji lagi kedudukannnya di dalam BN. Keluar aje. Kita dan kami nak juga melihat sejauh mana MIC boleh hidup di dalam persada politik negara ini.

4. BN dan UMNO sedang sibok memikirkan cara nak memulihkan BN, MIC hanya asyik bergaduh sesama sendiri. Jadi kalau ada MIC pun hanya buat semak otak DS najib dan Muhyiddin aje. tak ada MIC lagi baik.

5. Permohonan maaf Vell Paari yang dikecam sebagai biadap oleh Muhyiddin sebagai biadap adalah tidak memadai. MIC atau pemuda BN harus mendesak kedua samseng MIC ini dikenakan tindakan tatatertib.

6. Pemimpin UMNO dikenakan tatatertib kerana kononnya dikatakan melanggar disiplin kerana menyebabkan komponan BN terasa hati. MIC bagaimana? Kebal ke mereka.? Atau UMNO atau pemuda UMNO yang kekurangan telor untuk bertindak? Atau menunggu DS Najib atau Muhyiddin bersuara dahulu baru nak bekerja. Inilah masalahnya.

7. Berambus ajelah Vell Paari , T. Morgan atau MIC. Tak ada siapa nak halang pun. Jangan dok main ugut-ugut! tak ada yang takutnya dengan ugutan kamu berdua! Kepada 2 samseng MIC di atas : Cermin dulu diri anda! Juga cermin wajah MIC.

PETA PELAYAR