Nasihat yang disuarakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya anggota parti berhati-hati dengan maklumat daripada blog, mengundang reaksi negatif daripada penggiat media berkenaan.
Salah seorang pengendali blog berpendapat, pandangan Abdul Hadi seperti itu menunjukkan sikap hipokrit pemimpin PAS yang pada ketika yang lain, sibuk menguar-uarkan mengenai kebebasan media.
Mat Saman Kati, pengendali Perak Express berkata PAS sepatutnya menggunakan peluang untuk lebih mendekati golongan penulis blog dan bukannya mengambil sikap bermusuhan dengan mereka. ..................................................................................................................
"Dulu tidak ada macam ini, tidak ada orang yang berani tegur pemimpin PAS atau beri peringatan. Sekarang jadi fenomena baru apabila ahli PAS kritik presiden sendiri tanpa berselindung lagi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. ...................................................................................
Bagaimanapun, ramai di kalangan penulis blog yang berasa kecewa apabila pandangan yang diketengahkan melalui blog mereka tidak dihargai oleh para pemimpin.
"(Penulis blog) rasa sumbangan mereka ini sia-sia saja, sedangkan blogger Pakatan Rakyat inilah yang giat untuk tingkatkan imej Pakatan, tapi tidak dihargai.
"Pandangan kita dibakulsampahkan, dipanggil dengan nama 'luncai', 'pengkhianat', sedangkan kita bukan hendak kutuk semata-mata. Kita juga sedia dikutuk," katanya.
Jelasnya, pemimpin berkenaan bagaimanapun enggan bekerjasama dengan mereka, sebaliknya lebih cenderung untuk bermusuhan.
"Dalam PAS, cukup jelas siapa yang menentang dan menyokong blogger. Yang menentang itu ialah geng-geng yang (usaha membentuk) kerajaan perpaduan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang, (timbalannya) Nasharuddin (Mat Isa).
"Mereka inilah yang teruk dihentam oleh penulis blog kerana promosi kerajaan perpaduan (dengan Umno)," katanya lagi. .............................................................................................................................
Mohd Fauzi Mohd Azmi, yang juga dikenali sebagai Topeng Perak berkata, .............................................................................................. "Akhirnya, kongres penulis blog PAS itu menjadi medan untuk mentarbiah penulis blog supaya tidak mendedahkan isu melibatkan parti dalam blog. Perbuatan ini sebenarnya menyekat kebebasan penulis blog," katanya. .................................................................................................................................................................................................................................."Penulis blog yang banyak mempertahankan PAS pula dianggap munafik, hendak memecahbelahkan parti dan hendak melaga-lagakan kepemimpinan," katanya lagi.
Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Begitulah nasib blogger PAS . Habis madu sepah dibuang.
2. Begitulah corak dan tahap kebebasan media di kalangan pemimpin dan parti PAS. Hanya indah dibibir mulut. Tetapi perlaksanaan serta amalannya........................................Kebebasan cara islam kot?
3. Lihat apa yang mereka buat kepada Blogger Tulang Besi dan sebagainya sebelum ini. Tak laku gadai Tulang Besi sekarang dibuat oleh pemimpin dan PAS.
4. Bloggers mereka yang mengecam idea kerajaan perpaduan, yang mengkritik pemimpin pAS akan disenarai hitamkan dan diberi berbagai nama-nama yang kita sendiri malu nak menyebutnya. Nak kata tak tahu agama, mulut mereka kumat kamit sepanjang masa berfikir. Kopiah, serban, kening bercelak, bertanda hitam di dahi ( lihat aje le Idris Ahmad si serba tahu tu ), berjubah, mengurut janggut sepanjang masa, bermasya Allah sepanjang masa, tetapi mulut mereka lebih teruk dari syaitan di neraka jahanam.
5. Jadi inilah sifat sebenar PAS dan pemimpinnya. Tidak berjiwa besar. Tidak boleh dikritik. Mereka hanya tahu mengkritik dan menjual apa-apa produk dan idea semuanya dengan nama islam agar rakyat yang tak berpelajaran menjadi pengikut totok mereka.
6. Kebebasan? PAS dan pemimpinnya, cakap aje le yang lebat. Bebas bila memuji mereka. Bila dikritik!!!! Itulah yang terjadi. Blogger mereka sendiri seperti Tulang Besi ( dulunya Panglima Perang utama mereka pun ) contohnya, langsung tak laku gadai sekarang. Lihat juga Kickdefella. Dulunya , taraf Kickdefella ini , bawah sikit aje dari Musyiddul Am PAS disanjung dan dipuja. Tapi lihatlah sekarang! Hampas. PAS dah nerakakan keduanya.
7. Tetapi bagus juga PAS melanyak Bloggers mereka. Biar bloggers mereka yang lain tu sedar taraf dan kedudukan mereka di mata PAS dan pemimpinnya. Mata dan telinga Blogger mereka ini dah lama buta dan dibutakan oleh PAS dan pemimpinya atau sebahagaiannya memang buta dan membutakan mata dan mata hati mereka sendiri.
8. Dah kena begini baru mereka sedar! Jadi kepada yang lain, fikirkanlah sifat sebenar PAS ini. Cakap tak serupa bikin.
Nota : Lihat sendiri Blog Malaysia Waves, Tulang Besi sekarang. habis dihentam kiri kanan dan diputuskan link oleh blogger dan bekas rakan blogger mereka dalam PAS. Terkulat-kulat blogger ini sekarang. Semalam pun ada 2 ke 3 bloggers PAS terus menghentam Tulang Besi dan Malaysia Waves dengan laknatullah, luncai, pengkhianat agama dan sebagainya. Kepada Bloggers PAS yang lain, inilah juga yang bakal dialami oleh anda nanti. Masa aje, lambat dan cepat!!
Kesian...................................
