
Dipetik dari blog : Nik Abduh Nik Aziz
........................................Saya melihat sesetengah ahli PAS cukup berani di dalam berblog. Malangnya, mereka hanya berani berbohong, memfitnah dan menyebar semua kata – kata manusia dan peristiwanya. Lebih malang, mereka tidak berani untuk berkata benar, apatah mengakuri pada yang benar.
Jika anda gian sangat nak menulis, menulislah yang kekal baik hingga ke lubang kubur. Yang memberkati anda dan kehidupan manusia.............................................Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Nik Abduh mungkin baru sedar. Mungkin kerana beliau masih muda. Macam kami yang lebih tua dan sudah lama bergelumang dan bergaul dengan kumpulan ini: inilah sifat sebenar nya. Bukan aje Bloggers , ia termasuk pemimpin dan pendokong PAS juga.
2. Buka mulut aje, tak ada kerja lain. Fitnah dan memaki hamun sesama islam dan mengkafirkan sesama islam. Merekalah lebih islam dari yang lain.
3. Pandangan anak TGNA Aziz tersebut memang benar. Bukalah semua blog-blog pendokong PAS. Tak ada lain. Hanya memaki hamun dan fitnah. Contoh terbahru ialah semasa PRK Bagan Pinang. Isu seorang ahli PAS di tetak dan cedera parah. Semua bloggers menyerang BN dan UMNO habis-habisan. Akhirnya semua fitnah dan bohong.
4. Ada ke mereka pernah minta maaf? Sehingga si Tantawi yang berserban sebesar bakul tu ajak semua penyokong PAS datang beramai-ramai ke Bagan Pinang agar berjihad. Maki hamun nya jangan cakap lah.
5. Nak komen lain malas le. Tetapi kalau nak dibanding dengan pemimpin negara seperti Tun Hussain Onn, Tun Mahathir, Tun Abdullah, Dato Najib, tak pernah pula PG mendengar mereka ini bercakap kasar dan memaki hamun orang sejak PG hidup ini. Tetapi Bloggers-bloggers dan pemimpin PAS ini yang semuanya berserban berbakul besarnya dengan siap tanda hitam di dahi : mulut dan hati mereka ..... MasyaAllah.
6. Nasihat PG kepada bloggers PAS ini, sebelum nak menulis dan memfitnah tu, buang segala ayat suci dan berbagai hadith pada blog masing-masing serta lambang serban, jubah dan kaabah yang terpampang di blog masing-masing. Kalau fitnah pun , tak ada dan kurang lah sikit kerosakkan kepada nama islam itu. Buat malu aje.
7. Yang PG paling tak suka tentang bloggers mereka ini kalau mengambil atau memetik paparan dari blog orang lain, langsung tidak ditulis diambil dari mana. Alih-alih seperti mereka yang tulis. Perbuatan mereka ini amat hina. Mereka memaparkan semula posting tersebut seolah mereka lah yang tulis.
8. Menyampah.
6. Terima kaseh Nik Abduh kerana mengesahkan apa yang telah kami tulis selama ini. Maknanya PG tak fitnah pun sebelum ini. Semuanya benar.
