FOLLOWERS

Showing posts with label POLITIK / PALA/ MIC/ DAP. Show all posts
Showing posts with label POLITIK / PALA/ MIC/ DAP. Show all posts

Tuesday, 28 July 2009

KG. BUAH PALA :LAWAN SAMY LAWAN !





Penghuni Gua : Tahniah Dato Samy Vellu. Lawan tetap lawan. Ajar lim Guan Eng yang bermulut besar itu, cara-cara mentadbir Pulau Pinang dan cara menyelesaikan krisis. Ajar LGE : jangan LGE hanya pandai bercakap sahaja.

2. Tunjukkan bahawa anda mampu melakukannya. Tunjukkan juga kepada Hindraf dan kaum India bahawa tindakan mereka menolak MIC dan anda adalah satu kesialapan besar semasa PRU12 dahulu.

3. Tunjukkan dan ajar kepada Tan Sri Koh Tsu Koon , bagaimana nak merampas kembali Pulau Pinang dari PR. Jangan asyik nak ugut kerajaan dan minta UMNO dan pemimpin nya minta maaf sahaja.

4. Kepada LGE, cabar lagi Dato Seri Samy bayar dahulu. No Problem. Dato Seri akan bayar. Duit tiada masalah. Anda mencabar silap orang. Anda cabar pemimpin PAS dan PKR boleh le. Mereka seperti anda juga , hanya tahu fitnah, menyalahkan orang lain dan hanya pandai bercakap sahaja. Kerja: habuk pun tak ada.

5. Tahniah Dato Seri. Tunjukkan Dato Seri dan MIC masih relevan kepada Malaysia apatah lagi kepada masyarakat India. Pulang balik paku buah keras kepada mereka yang menolak Dato Seri dan MIC dahulu.

6. Lawan tetap lawan. 1Malaysia. Tabik Dato Seri Samy Vellu. Cakap anda serupa dengan bikin anda. Tahniah.

PETA PELAYAR