
Penghuni Gua : Idris Ahmad menyifatkan kenyataan YB Dato Shafie Afdal adalah amat biadap apabila Shafie melabelkan PAS sebagai Parti Ajaran Sesat.
2. PG nak tanya satu ajelah !!! Siapa yang lebih biadap? Shafie, Idris Ahmad atau TG Haji Hadi?
3. Lihat sahaja fatwa TGHH di bawah :
" Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.
4. Jadi siapa yang lebih biadap. Patutnya yang amat biadap itu , Idris Ahmad patut tujukan kepada bosnya iaitu TGHH yang megkafirkan sesama islam. Termasuk Idris sendiri.
5. Idris rasa panas pungkok kot!!! Bahasa Idris ini pun apa kurangnya. Dengan serban dan kopiah di kepala setiap masa dan tanda hitam di dahi, tetapi mulutnya mengalah syaitan yang direjam. Memaki hamun dan memfitnah orang aje hari -hari sebaik buka mata di waktu pagi. Berhenti mengata orang dan fitnah orang , hanyalah bila mata pejam. Itu pun , silap haribulan, memaki hamun orang dan fitnah terbawa dalam mimpi dan mengigaunya!!!
