FOLLOWERS

Showing posts with label POLITIK / PAS / IBRAHIM ALI. Show all posts
Showing posts with label POLITIK / PAS / IBRAHIM ALI. Show all posts

Sunday, 27 September 2009

TGNA KELUAR FATWA GAJI MP YB IBRAHIM ALI HARAM ! HARAM?





..........................................“Yang buat desakan keluar ini orang lain, bukan dari Pakatan Rakyat, saja dia adu domba... orang Pakatan Rakyat ini sudah akil baligh dan cerdik semua, kalau betul nak keluar itu dia punya pasal, apa boleh buat, tapi ini sengaja nak melaga-lagakan.” Sementara itu, beliau mengulangi pendiriannya mendesak

Datuk Ibrahim Ali, meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas, kerana tindak-tanduknya didakwa menaikkan kemarahan penyokong parti itu selepas menang kerusi berkenaan atas lambang Pas pada pilihan raya umum lalu.

“Dia (bertanding di Pasir Mas) dengan bendera Pas, bila (penyokong Pas) Pasir Mas minta undur, dia kena berundur, duit yang dia makan itu tak betul, sembahyang Tuhan tak terima.

“Baik letak jawatan, senang... perut kenyang tapi masyarakat pandang lekeh. Orang Pas undi dan menangkan dia, orang Umno ada sikit-sikit. Pilihan raya umum ke-13 dia nak bertanding lagi itu dia punya pasal, ikut dialah, tapi Pas akan bertanding," katanya. .............................................Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Senangnya TGNA Aziz ini mengeluarkan hukum dan fatwa. Katanya duit YB Ibrahim Ali Makan tu duit tak betul. Maknanya duit haram.

2. Pada PG hukum TGNA tu tak betul. Gaji yang YB Ibrahim terima sebagai MP tu halal dan boleh di makan oleh anak isteri. Tak ada salahnya. Beliau menjalankan tugas tanpa mencuri tulang sebagai MP Pasir Mas. Tak pernah pun b dan mencuri beliau memonteng atau mencuri tulang dalam tugasnya sebagai MP.

2. Kalau di kata gajinya haram hanya kerana Ibrahim Ali bertanding dengan menggunakan bendera PAS itu adalah strategi dan kepandaian Ibrahim dan juga kerana kebodohan PAS dan diperbodohkan oleh YB Ibrahim. Senangnya PAS dan pemimpinnya diperbodohkan oleh Ibrahim adalah kerana PAS dan pemimpinnya angkuh dan tidak ikhlas dalam perjuangan. Asalkan PAS dapat perintah Kelantan dan menang pilihanraya maka PAS akan beri apa sahaja kepada Ibrahim atau sesiapa sahaja untuk bertanding dalam berbagai cara dan bentuk. Pada PAS , asal menang dan mengalahkan UMNO BN sudah begitu baik. Bukan islam keutamaannya. Tetapi politik.

3. Jadi kerana niat PAS yang tidak baik yang hanya hendak mempergunakan Ibrahim maka bala akhirnya menimpa PAS dan pemimpinnya. Inilah kebesaran Allah. Niat yang bermula tidak baik maka Allah akan balas dengan perkara yang sama. Ibrahim akhirnya mempergunakan PAS dan pemimpinnya.

4. Berbalik tentang gaji dan elaun MP, kepada PG ia halal. Ibrahim bukan bertanding atas tiket PAS tetapi hanya guna bendera PAS. Jauh bezanya. Beliau menjalankan tugas serta tanggungjawabnya sebagai MP. Kita semua rasakan kehadirannya di persada politik tanahair dan apa pun gajinya halal atas kerja yang dijalankannya.

5. Kepada TGNA dan PAS serta pemimpinnya : lihatlah! Allah akhirnya menunjukkan kekuasaannya . Niat anda yang tidak ikhlas dalam membenarkan YB Ibrahim menggunakan bendera PAS semasa PRU 12 akhirnya memakan diri. Akhirnya Ibrahim memperbodohkan anda dengan strateginya yang lebih cemerlang.

6. Kepada PG, TGNA sebenarnya marahkan diri sendiri dan diri pemimpin PAS yang telah membodohkan diri mereka semua dengan mendesak TGNA membenarkan Ibrahim bertanding dalam PRU12 dengan guna bendera PAS. Jadi marahlah diri anda sendiri Tuan Guru. Dan jangan lupa marahkan juga pemimpin PAS lain yang dungu dan terus dungu kerana atas sebab sukar diajar dan dipimpin. Yang mereka tahu hanya mengkafirkan orang dan merasakan mereka lebih islam dari orang islam lain.

7. inilah puncanya. Kepada Ibrahim. Makan dan gunakanlah gaji dan elaun anda sebagai MP. Tak ada masalah halal haramnya. Yang haramnya bila buat tuntutan bil hotel yang tidak pernah diduduki. Sehingga mencecah beribu ringgit tiap bulan. Lihat sahaja ke bekas ADUN Jeli YB Apandi Ali dan seorang lagi ADUN PAS yang membuat tuntutan palsu menginap di hotel Perdana beberapa tahun dulu, dan telah dituduh di mahkamah .

8. Jadi bab halal haram ini, ada baiknya TGNA bercakap kepada MP dan ADUNnya cukuplah. Macam yang pernah PG hadir sidang DUN Kelantan pada 1989 dahulu : di mana di dalam satu sesi soal jawab seorang ADUN PAS menuduh ADUN UMNO rasuah dan makan duit haram.

9. Senang sahaja Tan Sri Mohamed Yaakob ( Allahyarham ) MB Kelantan pada masa itu menjawabnya. jawab Tan Sri Mohamed ialah PAS perlu lihat diri sendiri. PAS pun rasuah terutama ADUN-ADUNnya semasa tiap-tiap kali datang sidang DUN Kelantan. Datangnya sebuah kereta 4 orang tetapi bila menuntut , tuntut elaun kenderaan seorang-seorang. Seolah datang dengan kereta sendiri.

10. Satu dewan bergegar mendengar jawapan MB Kelantan itu. Semua ADUN PAS terkebil-kebil tak boleh menjawab termasuk TGNA.

11. Itulah kisahnya. Kata dulang , paku serpih. Kata orang diri sendiri yang terlebih.

PETA PELAYAR