FOLLOWERS

Showing posts with label POLITIK / PAS / SYURGA. Show all posts
Showing posts with label POLITIK / PAS / SYURGA. Show all posts

Thursday, 20 August 2009

TGNA NAFI SEBUT PELESTIN DAN BAB SYURGA : RAKAMAN CERAMAH SEBALIKNYA !



Penghuni Gua mendengar Berita Perdana TV3 sebentar tadi tentang rakaman ceramah TGNA yang mengatakan "Ahli Umno Tidak Akan Masuk Syurga".

2. TGNA menafikan mengeluarkan kenyataan tersebut dan menafikan berkali-kali bahawa ia ada menyebut perkataan palestin. Jangan nak burukkan palestin nak sebut pun beliau tidak pernah , katanya.

3. Dari rakaman tersebut memang jelas PG dengar bahawa TGNA ada menyebut perkataan palestin dan menyebut bahawa ahli UMNO tidak akan masuk syurga. TGNA juga seperti berita di bawah juga menafikan menyentuh mengenai ahli UMNO tetapi mengaku menyentuh tentang penyokong UMNO.

4. Apa bezanya. kalau sudah penyokong UMNO tak masuk syurga maka ahlinya dan pemimpnnya apa lagi. Nak berbau syurga pun tak layak le.

5. TGNA mungkin dah jadi seorang pelupa kot. Mungkin sudah berumur. Semalam Salehuddin cabar akhbar Utusan dan Berita Harian menyiarkan rakaman ceramah tersebut. Sekarang TV3 sudah siarkan jam 8 malam tadi. Sekarang bagaimana?

6. Kita tunggu komen TGNA dan Salehuddin. PG juga sedang cuba untuk mendapatkan rakaman tersebut jika boleh. sama-sama kita tunggu.

Harakahdaily

20 ogos 2009

Nik Aziz mahu saman pemutar belit kenyataan beliau


.........................................."Saya biasanya mengunakan perkataan penyokong Umno, saya tidak mengunakan ahli Umno. Penyokong lain, ahli lain.

"Saya tidak pernah menyentuh mengenai ahli-ahli Umno, tetapi saya menyentuh dasar yang dibawa oleh Umno," katanya lagi.

Tambahnya lagi, memang mana-mana orang Islam yang mengasingkan Islam dan iman mustahil akan masuk syurga.

"Mana-mana gerakan orang Islam yang hanya mementingkan Islam sahaja tanpa iman, memang mustahil masuk syurga, itu yang saya sebut, tidak langsung maksudkan anggota parti Umno," tegasnya.

Sambungnya lagi, beliau juga turut menafikan beliau mendakwa parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

"Saya tidak sebut langsung tentang Palestin waktu tu, ni semua tak lain tak bukan untuk memburukkan saya dan membiarkan saya ni jadi balah (berkelahi) pula dengan Umno,"ujarnya.................................................Berita lanjut : KLIK

PETA PELAYAR