FOLLOWERS

Showing posts with label POLITIK / PELIWAT. Show all posts
Showing posts with label POLITIK / PELIWAT. Show all posts

Friday, 3 December 2010

MENGAPA SUKMA, AZIZAN DAN SAIFUL AJE YANG DAPAT NIKMAT DARI MANUSIA " ANUGERAH TUHAN " !!!!!!




Dosa terbesar Mahathir ialah menafikan hak rakyat Malaysia untuk menikmati khidmat seorang pemimpin ‘anugerah Tuhan’ sebagai Perdana Menteri. Pada September 1998, Mahathir yang takut kehilangan kuasa telah melucutkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dari ‘anugerah Tuhan’ ini dan sekaligus menyingkirnya dari UMNO. Kerana tulah ini, Mahathir jatuh tersungkur lima tahun kemudian.

Abdullah Badawi yang mengganti Mahathir pun turut tersungkur kerana tidak memberi laluan kepada ‘anugerah Tuhan’. Kini orang ramai tertanya-tanya berapa lama Najib Razak dapat bertahan sebelum tersungkur akibat tulah kepada ‘anugerah Tuhan’.

Ciri-ciri pemimpin ‘anugerah Tuhan’ ini ialah “karisma, amanah, keberanian, kegigihan dalam perjuangan menegakkan keadilan, kebenaran dan kesejahteraan rakyat, mengenepikan kepentingan peribadi dan keluarga, kesediaan berkorban, memiliki kebijaksanaan (hikmah) dan ketahanan fizikal”. Justeru itu, jawatan Perdana Menteri ialah hak kelahiran ‘anugerah Tuhan’ ini.

Bayangkan jika ‘anugerah Tuhan’ menjadi Perdana Menteri, sudah tentu masalah-masalah negara seperti “kemiskinan rakyat yang masih berleluasa di Sabah, Sarawak dan Semenanjung, masalah rasuah yang semakin membarah, keruntuhan moral (akhlak) dan pelbagai penyakit sosial yang semakin kronik, penyalahgunaan kuasa yang berwewenang, hutang negara yang semakin bertambah, track record kerendahan moral dan akhlak” dapat diselesaikan dengan mudah. Rakyat akan dipupuk menjadi masyarakat madani. Negara menjadi sebuah Utopia berkat mukjizat ‘anugerah Tuhan’ ini.

Keadilan dan ketulusan akan berleluasa, tidak timbul kisah pemecatan melalui surat palsu. Kebebasan media dinobatkan tanpa ganggu-gugat dari “Empat Budak Melayu”. Harmoni antara kaum akan membungar hasil usaha Biro Tata Negara. Suruhanjaya Pilihan Raya diperkemas supaya pemilihan dapat diadakan tanpa kepincangan, penyelewengan dan tuduhan berat sebelah. Pelaburan terus luar negara, terutama dari Timur Tengah, akan mendadak naik.

Pemimpin ini ialah anugerah Tuhan kepada semua rakyat Malaysia. Di mana keadilan jika setakat ini hanya Azizan, Sukma dan Saiful Bukhari sahaja yang dapat menikmati anu ‘anugerah Tuhan’ ini?


Sharifuddin Said
Ipoh, 1 Disember 2010


Penghuni Gua : Mengapa ya ? Hanya Saiful, Azizan dan Sukma Dermawan sahaja yang mendapat nikmat dari manusia anugerah Tuhan ini? Mengapa tidak kita ?

2. Bertuahnya mereka !!! Keh keh keh keh keh keh !!!!! Itulah dosa Tun Mahathir. Dosanya kerana menyekat kita semua dari mendapat nikmat dari " anugerah Tuhan " ini. Kih kih kih kih !!! Tak gitu ?

Nota : Kesian juga Kak Jah tu. Asyik buat lawak aje sengkek aje. Tak habis-habis. Kesian juga. Kesian juga, kesian juga : orang lain bermadukan wanita, Kak Jah pulak bermadukan lelaki. Itu lagi lawak !!!!!

Sunday, 6 December 2009

JANJI PELIWAT DAN ISLAM LIBERAL !


Dipetik dari Blog : Buaya Merah


Penghuni Gua : Inilah contoh bahayanya seorang peliwat dan islam liberal menjadi pemimpin. Atas kepentingan peribadi dan politik , sanggup gadaikan apa sahaja. Semua yang tersurat di dalam perlembagaan hendak diubah demi mencapai cita-cita peribadi dan politik.

2. Adakah mereka yang sebegini layak memimpin negara?

3. Kepada anak-anak muda yang akan mengundi di dalam PRU 13 : Fikirlah secara mendalam akan pilihan anda. Adakah pemimpin sebegini yang kita mahu dan kehendaki untuk menjaga amanah Allah. Semua Allah menjauhkan bala ini daripada negara kita.

4. Fikir, fikirkanlah wahai semua anak-anak muda. Anda semua yang akan mewarisi negara ini. Kami pun sudah mempunyai masa yang terhad dan terus mengecil. Inilah sahaja sumbangan PG kepada anda dalam masa yang terhad ini. Fikirkanlah.....Negara ini bukan tempat untuk cuba-cuba dan tempat ujian. Sekali berlaku kesilapan beratus tahun untuk pulih kembali . Itupun jika boleh pulih.

5. Fikirkanlah.....Politik dan memerintah ini bukan kesukaan tetapi amanah dan tanggungjawab.

PETA PELAYAR