FOLLOWERS

Showing posts with label POLITIK / PMBK / TGNA. Show all posts
Showing posts with label POLITIK / PMBK / TGNA. Show all posts

Monday, 23 November 2009

MENANTU TGNA LETAK JAWATAN ( ? ) : KISAH YANG BELUM BERAKHIR !


Malaysiakini


Menantu Nik Aziz letak jawatan
Nov 23, 09 3:17pm


Menantu tokoh PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilanda kontroversi sejak dua minggu lepas meletakkan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Abdul Ariffahmi Abd Rahman, yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menjadi fokus kontroversi apabila memecat Syed Azidi Syed Abdul Aziz, seorang pegawai kanan exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Wassalam. Mereka yang tidak amanah dan perasuah tidak sepatutnya berada di dalam kerajaan Serambi Mekah. Sepatutnya lama dulu lagi TGNA mengambil tindakan memecatnya. Perlantikannnya pun menimbulkan syak dan " tidak molek" dari apa segi pun. Kalau BN melantik " Pok Radok " dikatanya kroni. Kena diri sendiri katanya atas sebab merit / kebolehan.

2. Bagi menantunya ini , dengan perletakan jawatan ( pecat secara terhormatlah ) tersebut, bukan bermakna sudah boleh goyang kaki. Kes rasuah masih menanti anda samada yang terdahulu atau rasuah haji bersama TGNA. Rasuah haji itu adalah gara beliau. PG percaya ia menggunakan TGNA yang lurus bendul itu untuk faedahnya. Pandai budak ini. Tetapi akhirnya jatuh ke tanah juga. PG percaya dalam tempoh terdekat beliau akan dituduh atas rasuah haji tersebut. Lihatlah nanti.

3. Tetapi pemimpin PAS senyap aje. Tak berkokok. PG nak juga dapat komen dan ulasan dari si Mahfuz dan si Tantawi tu. Bab ini semunya senyap. Pejuang islam ke ni. Dalam perkara-perkara jenayah punb oleh senyap. Jika BN / UMNO bukan main. Berbuih mulut si Mahfuz dan Tantawi tu bercakap. Islam mengajar begitu ke wahai PAS. Dalam perkara mungkar dan melibatkan kemaslahatan umum pun kita masih diam membisu. tak haram ke?

4. Bab kucing kurap Ching Peng, pemimpin PAS sibok sangat minta kerajaan buat refferendum / pungutan suara. Bab yang lebih menyangkut hal rakyat dan jenayah rasuah diam pula !

5. Inilah kot yang diajar oleh islam ala PAS. Mana keberanian pemimpin islam ini. Jihad dengan berdiam diri aje kot. Jihad juga.

6. Meluat PG melihat telatah mereka semua. Cakap tak serupa bikin. Hampas sahaja. Cakap berdegar degar bab hudud, nak menegur mengenai perkara ini pun tak berani. Mereka hanya menggunakan isu hudud sahaja. Tak lebih dari itu. Perkara semudah ini sahaja pun kemetot nak mengur TGNA atau menantunya, apatah lagi nak laksana hudud. Cakap boleh lah...........

PETA PELAYAR