
Ahli parlimen PKR menawarkan kepada Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah untuk mengetuai kaukus parlimen untuk membuka jalan bagi penyertaan mahasiswa dalam politik.
"Untuk (penyertaan) mahasiswa dalam politik, kami sedia bekerjasama dengan YB Saifuddin dalam sebuah kaukus dalam usaha menghapuskan Akta Universiti dan Kolej Universit9 (Auku)," kata ahli parlimen PKR bagi kawasan Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Perangkap telah dihulur oleh PKR kepada Tim. Menteri Pengajian Tinggai. Apa lagi. Sambut le perangkap tu Dato Saifuddin. Memang itu hajat Dato pun. Jadi PKR telah hulurkan platformnya.
2. PG dah 3 kali mengingatkan Dato Saifuddin ini di KLIK, KLIK, KLIK , KLIK kerana Dato Saifuddin ini cuba bermain api dan melebihkan sudu dari kuahnya. Kepala Menteri pun nak dipijaknya dalam hal / isu mahasiswa bepolitik.
3. Mungkin juga perangkap ini memang Saifuddin yang nak PKR sediakan untuknya kot. Memang itu hajat Saifuddin. Dulu pun memang beliau adalah yang terapat dengan DSAI selain Dato Zahid Hamidi dan Dato Suhaimi MP Benta ( dah bungkus di arena politik ). Kepada Dato Saifuddin, PG cadangkan bukan sahaja beliau menyertai Kaukus Mahasisa politik yang dicadang oleh PKR tersebut: adalah lebih afdal dan baiknya beliau terus aje keluar dari UMNO dan menyertai PKR. Ada beliau di dalam kerajaan pun, takat ini tak ada pun apa-apa hasil selain menyusahkan kerajaan dan menikam Menteri dari belakang.
4. Tak ada apa pun sumbangangnya terhadap pengajian tinggi. Itulah ( mahasiswa berpolitiklah ) aje modalnya pun setiap hari selama 2 tahun . Lain cadangan dan pandangan untuk kementerian langsung tak ada. Kosong , " yelek ".
5. PKR ini , biasalah. Asal ada peluang ( dalam keadaan isu ini memang diberi peluang oleh Dato Saifuddin mungkin secara sedar kot!!!!! ) dengan muka tak malu, mereka akan tawar apa sahaja. Kalau ada pula MP dan Menteri kerajaan yang syok sendiri pulak seperti Dato Saifuddin ini, lagilah pula. Muka tak malu ini biasalah bagi PKR dan penasihat agungnya. Penasihat agungnya pun, muka pun memang tak ada.
Nota : Ingat dulu selepas pelan 16 sep gagal? Nama Dato Saifuddin ini adalah di antara nama yang dikatakan akan melompat ke PKR bagi merealisasikan hasrat agung DSAI menawan Putra Jaya melalui pintu belakang. Jadi dalam isu mahasiswa berpolitik ini, macam ada, apa-apa aje Dato!!!! Dato ini mungkin kuda racing PKR kot yang dihantar ke dalam kerajaan untuk membuka gelanggang? Teka aje!!!!
Kepada PM dan TPM, nyahkan aje, sekiranya nyamuk-nyamuk ini masih mengigit . Ada pun buat semak dan menyusah serta merimaskan kerajaan aje.................Membazirkan duit gaji yang kerajaan berikan berpuloh ribu ringgit sebulan ( RM 50 k sebulan lebih kurang ). Hasilnya tak mencapai pun KPI kementerian. Ukurlah KPI Dato ini kalau tak percaya. Kalau markah 1 hingga 5. PG berikan 0.001 markah aje. Itu pun kira nasib baik. Ada baiknya Dato Saifuddin ini ambil berat sikit isu kecurian balak di kawasan Temerloh tu. Kecurian balak di sepanjang lebuh raya pantai timur tu. Ada juga faedahnya.... sebagai MP Temerloh.
Nota 2 : Kepada Menteri dan Tim Menteri yang lain, jangan nak menunjuk pandai dan menjadi jaguh untuk mengubah apa yang telah dengan susah payah Tun Mahathir bina dahulu. Jangan nak memandai-mandai.....!!!!!!
