
Malaysiakini
ADUN Pandamaran, Ronnie Liu akan menyiarkan senarai perbelanjaan peruntukan negeri bagi tiga kawasan seliaannya, menjelang menghadiri siasatan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) tidak lama lagi.
Selain DUN Pandamaran, Liu yang juga exco kerajaan Selangor, turut menyelia pembelanjaan peruntukan negeri tahunan RM500,000 bagi DUN Sungai Pelek dan DUN Sungai Panjang.
"Saya mahu menunjukkan kepada rakyat bahawa tidak ada apa yang hendak saya sembunyikan," katanya dalam satu sidang akhbar di Shah Alam. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Nampaknya si gangster ini cuba corner baring dan nak mengelirukan kita semua. YB ini ingat kita semua ini juga bodoh sepertinya.
2. Isu didalam pembahagian peruntukkan DUN ini bukan kepada siapa projek itu di sasarkan tetapi isunya ialah kepada siapa projek itu di serahkan ( kroni ) , cara projek diluluskan, adakah projek itu mengikut speksifikasi, ada atau tidak penyelewengan, dan juga rasuah dari kontraktor yang dapat projek ini kepada tabung DAP.
3. Juga sebahagian peruntukkan ini menggunakan kepala surat kontraktor Bumi putra tetapi orang lain yang menjalankan projek juga yang menjadi isu ialah harga / jumlah sebut harga adakah menasabah dengan projek dan juga tidak lupa adakah 1 projek diluluskan dua kali peruntukkan.
4. Ini isunya. Yang SPRM siasat bukan ke mana atau untuk siapa projek itu. Itu bukan isu. Jadi tidak usah nak siarlah ke mana peruntukkan itu di salurkan. Ia bukan satu isu. Jangan nak tunjuk baik dan mengelabui kami semua.
5. Kami bukan sebodoh anda. SELCAT boleh le anda tipu dan SELCAT pun memang minta ditipu pun. Ia hanya sekadar wayang bagi menghalalkan tindakan dan bagi menutup isu ini dari pandangan umum dan hanya untuk menyelamatkan kerajaan PR sahaja.
6. Kepada SPRM: Teruskan siasatan. Lapuran SELCAT kelak tidak mengikat anda dan anda juga tidak perlu takut dengan SELCAT . SELCAT juga tidak membawa apa-apa makna dalam siasatan anda. Gunakan sepenuhnya kekuatan yang ada pada anda ( SPRM ). Jangan sesekali berulangnya tankapan pondan anda seperti dahulu.
