
Dewan undangan negeri Pulau Pinang kecoh hari ini apabila Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim memberi amaran bahawa tragedi 13 Mei akan berulang jika rakyat hilang keyakinan dengan pihak berkuasa dan sistem sedia ada.
Mengulas bidasan orang ramai berhubung kematian remaja 14 tahun - Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati polis, Azhar menyoal sama ada rakyat mahu tentera mengambil alih negara memandangkan polis didakwa tidak lagi berkesan. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Siapa dan kerajaan mana lebih bebas? Kerajaan BN atau kerajaan yang diperintah oleh PR. Kalau tengok kepada senerio semasa, PR ini cakap aje tentang kebebasan , hak asasi dan ketelusan.
2. Tetapi perbuatannya hampas. ADUN cakap sikit kalau tak kena dengan selera mereka maka akan kenalah ADUN BN digantung dan sebagainya. Lihat aje dalam kes Khir Toyo dan bebarapa ADUN BN di Selangor, digantung setahun.
3. Lihat aje di Kedah, silap sikit ADUN BN pun di gantung, Di Pulau Pinang, jangan cakap le. Masa di Perak dulu pun berapa orang ADUN BN di gantung nya. Semua main gantung segalanya.
4. Tetapi kalau lihat kerajaan BN samada di Parlimen mahupun di kerajaan negeri yang diperintah BN, amat kurang sekali kejadian gantung menggantung ini. Paling lkuat pun dihalau keluar dari dewan aje. Walhal , ADUN dan MP PR ini bahasanya jauh lebih buruk dan kotor sifatnya. Penuh dengan maki hamun dan fitnah. Main hentam dan tuduh membuta aje. DUN-DUN di bawah BN ini tak ada pun sesuka hati mengantung ADUN PR.
5. Jadi kita boleh lah fikirkan setakat mana kebebasan yang dicanangkan oleh kerajaan PR. Kebebasan hanya untuk mereka. Itu belum perintah negara. Hanya perintah peringkat negeri. Kalau mereka perintah negara, habis semua leher kita ini digantung betul-betul berdasar dari tindakan mereka dalam mentadbir kerajaan setakat ini.
6. Bukan aje mereka tak akan bubar ISA. Mungkin tambah lagi dengan ISA yang baru. PG yakin dan percaya , itulah yang akan mereka lakukan. Itu pun semua nya dilakukan atas alasan untuk menjamin kebebasan.
7. Kebebasan ? Kebebesan ikut otak mereka lah. Tengoklah kejadian di atas: apa yang terjadi kepada Dato Azhar di Pulau Pinang. Apa perlu dirujuk ke Jawatan kuasa berkenaan. Tak ada apa pun yang dicakapkan oleh Dato Azhar. MP mereka lebih buruk perangainya di Parlimen pun hanya di halau dari dewan walaupun melakukan dan bercakap lebih keji dari apa yang diucapkan oleh Dato Azhar tersebut.
8. Pengundi Muda! Fikirkanlah. Jangan sesekali menyerahkan Malaysia ini kepada tangan-tangan kotor dan yang hanya pandai bercakap sahaja. Perbuatannya ..............................hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
