FOLLOWERS

Showing posts with label POLITIK / PUTAR ALAM PAS. Show all posts
Showing posts with label POLITIK / PUTAR ALAM PAS. Show all posts

Monday, 19 July 2010

CURI ENJIN JET : PUTARLAH SELAGI BOLEH SALAHUDDIN , PUTARLAH !

( Dari PI Bala , RPK termasuk yang ini juga , semuanya
takut pada bayang yang mereka cipta sendiri !!!!!!!!!!)



Kongsi 0PAS hari ini menggesa kerajaan menjamin keselamatan bekas sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) N Tharmendran yang mendakwa dia diugut oleh bekas rakan-rakannya berhubung kes kecurian enjin jet.

"Saya tidak mahu Tharmendran menerima nasib yang sama seperti apa yang terjadi kepada saksi-saksi utma kes berfoail tinggi, di mana mereka terpaksa melarikan diri demi keselamatan,” kata naib presiden PAS, Salahuddin Ayub pada sidang medianya di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Hanya alasan. Dalih seorang penjenayah. Dari PI Bala hinggalah RPK semuanya takut pada bayang-bayang yang mereka ciptakan sendiri.

2. Sama lah dengan Bala dan RPK. dah buat salah, maka kesalahan cuba di calit pada prang lain. Tak ada orang mati lagi di Malaysia ini kerana dibunuh oleh kerajaan . Kecualilah perompak dan komunis.

3. Biasalah. Mereka akan terus putar dan berputar. Maka pemimpin dan parti politik yang kuat putar pun mengambil kesempatan untuk faedah politik mereka. Sokong penjenayah, komunis adalah halal asakan mendapat untung dari segi politik. Kerajaan dan jabatan kerajaan dituduh sebagai penjenayah walau pun tiada bukti. Penjenayah yang dituduh di mahkamah ( tentunya ada bukti ) dijulang sebagai hero.

4. Pelik. Tetapi benar. Itulah politik songsang parti politik pembangkang ini. Mungkin ini disebabkan mereka ini pun berkepala hotak dan berfikiran lebih dari penjenayah sebenar. Mungkin lah kot.

5. Putarlah selagi boleh putar Salahuddin. Di akhirat anda tak terlepas juga. Putarlah dan buatlah fitnah dan berbagai andaian. Tetapi akhirnya Allah juga yang berkuasa. Otak yang baik jika di salahguna atau digunakan untuk tujuan politik palsu seperti ini, tak lama akan menerima balasannya.

6. Lihat lah nanti. ................Putarlah Salehuddin. Putarlah.

Nota : Terbaru, tertuduh curi enjin jet batalkan ikat jamin dan rela ke penjara. Kononya kata peguamnya kerana bimbang ditangkap oleh pihak tentera. Apa nak takutkan. Pada pandangan PG, tertuduh masih belum dibuang kerja / ditamatkan perkhidmatan oleh ATM. jadi tak salah dan sewajibnya beliau melpur diri di kem tentera / ATM. Lainlah kalau beliau telah dibuang kerja. Pada pandangan PG, ini semuanya nak cari publisiti aje. Anak orang baik katakan. Belitnya pun sama aje dengan si PI Bala tu. Auta je yang lebih..........................

PETA PELAYAR