
Malaysiakini
Bongkar: 'RM10 juta untuk presiden MCA'
author_photo("Yong Kai Ping & Ng Ling Fong")
Yong Kai Ping & Ng Ling FongOgos 12, 096:35pm
Dua puluh empat jam selepas satu laporan polis dibuat terhadap syarikat pemaju Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), pegawai tingginya membuat satu pendedahan yang mengejutkan.Ketua Pegawai Eksekutif KDSB, Datuk Seri Tiong King Sing - yang juga pengerusi Kelab Penyokong BN - mendakwa beliau telah 'menderma' RM10 juta kepada Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat tahun lalu.Wang tersebut, tambahnya, adalah untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahagian-bahagian MCA.
Timbalan Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah berkata Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali dan 'berhutang' kepada mereka sebanyak AS$40,000bagi perkhidmatan tersebut.
Bercakap kepada Malaysiakini, Tiong mendakwa beliau telah menyumbangkan berjuta-juta ringgit selepas diminta berbuat demikian oleh Ong.Wang tersebut dibayar secara tunai dalam tiga peringkat sewaktu pertemuan dengan presiden MCA itu di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.
Penghuni Gua : Kepada Ong Tee Keat : sila letak jawatan Menteri Pengangkutan dan juga sebagai presiden MCA. Kepada MCA terutama kepada Tim Presiden MCA, pohon adakan EGM bagi buat usul undi tidak percaya kepada presiden anda.
2. Presiden anda ini sudah menjadi liabiliti kepada kerajaan dan parti anda.
3. Inilah kalau bercakap banyak tapi kerja tak buat. Asyik nak mengenakan orang sahaja.
4. Kepada PM, gugurkan beliau dari jawatan menteri. SPRM sila siasat jika terdapat unsur rasuah. Ia menteri yang berkaitan dengan pelabuhan jadi memang ada unsur rasuah di dalam isu sumbangan RM 10 juta kepada Ong / MCA.
5. Sekali lagi kepada PM, tamatkan sahaja segera kerjaya Menteri ini. Ia merosakkan nama baik kerajaan dan negara. Buat meletihkan PM sahaja .
Nota : Atas alasan apa pun , wang ini tidak wajar diterima oleh MCA atau Ong Tee Keat. Apa itu sumbangan jika mempunyai kepentingan. Jika Polis yang mengambil RM 5 dikatakan rasuah, bila besar sikit orangnya dikatakan pemberian, lagi besar dikatakan hadiah, besar lagi dikatakan sumbangan, lagi besar pangkat sponsor, lagi besar dikatakan kurnia dan sebagainya.
Jadi kepada SPRM , jangan memandang ke belakang lagi. Siasat dan tuduh mereka ini secepat mungkin sekiranya mempunyai bukti. Jangan melambatkannya. Inilah di antara perkara-perkara yang merosakkan nama kerajaan walaupun yang melakukannya hanya atas sifat individu dan parti. Tendang mereka ini keluar dari kabinet jika benar.
