
Pemimpin pembangkang Sabah, Jeffrey Gapari Kitingan menggesa kerajaan negeri Sabah dan Sarawak supaya menimbangkan secara serius mewujudkan beberapa negeri baru di kalangan mereka.
Katanya, keluasan kawasan yang besar, kecekapan mentadbir yang lebih baik melalui desentralisasi dan memaksimumkan potensi sebagai alasan untuk berbuat demikian.
Ideanya adalah Sabah dibahagikan kepada lima negeri - Tawau, Sandakan dan Kudat di pantai timur dan utara manakala dua lagi negeri iatu Pantai Barat dan Pedalaman.
Bagi Sarawak pula, menurut Jeffrey, semua sebelas bahagian dijadikan negeri-negeri Sarawak, iaitu Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.
"Jumlah 16 negeri dan satu wilayah persekutuan Borneo akan menengelamkan 11 negeri dan dua wilayah persekutuan di Semenanjung Malaysia,” katanya semasa ucaptama tertutupnya yang berjudul 'The Genesis of Malaysia Revisited' dan 'The Way Forward' di Kota Kinabalu, semalam. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Lain macam aje cadangan Dr Jeffrey ini. Jauh dan banyak yang tersurat dan tersirat dari ucapannya ini.
2. Kepada kerajaan dan pihak berkuasa, buat kajian dan selidikan lanjut. Jangan pisang berbuah dua kali. Keselamatan negara adalah keutamaan.
3. Dr Jeffrey ni , nak bermain dengan api ke? Kepada kerajaan, jangan sesekali benarkan peristiwa semasa Tun Dato Mustafa dulu berulang kembali. Negara yang dah tergugat dan berpecah amat sukar dipulihkan kembali. Baik bertindak sebelum terlambat.....................Cadangan Dr Jeffry ini, akan memberi impak besar kepada keselamatan negara...............Fikirkan..........!!!!!!! PG percaya , jika ia menjadi kenyataan, ia tidak berakhir dengan cadangan ini sahaja...............Fikirkan!!!!!!!!!!!!!
