
K'jaan sedia kaji benar mahasiswa berpolitik
Ogos 9, 10 5:48pm
Ogos 9, 10 5:48pm
Kerajaan bersedia untuk berbincang dengan semua pihak termasuk pemimpin pelajar bagi meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) untuk membolehkan mahasiswa melibatkan diri dalam politik kepartian.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata sebagai permulaan, beliau akan menghadiri perbincangan meja bulat mengenai perkara itu yang dianjur Majlis Belia Malaysia (MBM).
Beliau berkata perbincangan meja bulat itu akan turut disertai pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin mahasiswa.
"Apa yang penting ialah soal hak mereka (mahasiswa) untuk bersuara dan berorganisasi yang dijamin oleh Perlembagaan. Di samping itu ia penting untuk mematangkan demokrasi kita," katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini. Berita lanjut : KLIK
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata sebagai permulaan, beliau akan menghadiri perbincangan meja bulat mengenai perkara itu yang dianjur Majlis Belia Malaysia (MBM).
Beliau berkata perbincangan meja bulat itu akan turut disertai pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin mahasiswa.
"Apa yang penting ialah soal hak mereka (mahasiswa) untuk bersuara dan berorganisasi yang dijamin oleh Perlembagaan. Di samping itu ia penting untuk mematangkan demokrasi kita," katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini. Berita lanjut : KLIK
BUTTERWORTH 10 Ogos - Pertimbangan yang menyeluruh dari pelbagai aspek perlu dibuat sebelum membenarkan penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) melibatkan diri dalam politik negara, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin.
Beliau berkata, perkara itu juga perlu mendapat pandangan pensyarah dan tenaga akademik di setiap IPT kerana mereka juga sebahagian daripada komponen dalam universiti.
"Biarlah perbincangan itu terus dilakukan, banyak aspek perlu dipertimbang termasuk membenarkan universiti itu bertukar menjadi gelanggang politik dan memastikan politik tidak berkembang masuk ke dalam kampus. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Di atas sekali adalah kata-kata dan hasrat Tim Menteri Pengajian Tinggi. Selalunya ia mendahului Menteri. Perkara dasar nampaknya beliau selalu melangkah kepala Menteri. Yang di bawah adalah sanggahan Menteri Pengajian Tinggi tentang cadangan Tim Menteri Pengajian Tinggi untuk membuka ruang seluasnya kepada mahasiswa untuk berpolitik.
2. PG bukan apa, banyak kali dan sudah berkali Saifuddin ini bermain politik dan hendak popular di kalangan mahasiswa. Apa yang saifuddin begitu beriya-iya sangat nakkan mahasisiswa berpolitik? Setakat ini adakah undang-undang menyekat kebebasan bersuara dan berpesatuan mahasiswa. PG amat aktif berpesatuan ( termasuk bersama Saifuddin ) semasa di Universiti Malaya ( Masa tu dia amat condong kepada DSAI - ikut je ke mana DSAI pergi ). Tak ada pun masalah dengan AUKU. Tak ada pula AUKU mengahalang PG menjalankan berbagai aktiviti kami. Isunya samada kita memohon kebenaran atau tidak. Setakat 2 ke 3 persatuan yang PG jadi setiausaha , tak ada pulak HEP menolak sebarang aktiviti persatuan. Semuanya lulus. Isunya ikut peraturan.
3. Adakah SaifuDn nak jadikan universiti satu lagi medan dan tempat ceramah politik . Siang malam ceramah politik di adakan. Saifuffin sendiri adalah produk semasa AUKU belum di pinda. Tak ada masalah pun dan bagus menjadi pemimpin politik.
4. Saifuddin jangan membaca perlembagaan negara dengan membaca sekerat-sekerat iaitu dari segi hak kebebasan bersuara dan berpesatuan. Perlembagaan juga ada menerangkan batas-batas dan sempadan bersuara dan berpesatuan. Jadi jangan cuba menjadi suara pembangkang. PG sampai sekarang pun , amat kuatir dengan cara berpolitik Saifuddin ini. cakapnya tak lain hanyalah berjuang dan memasukkan politik ke dalam kampus. Tak ada kerja lain ke Tim. Menteri ini?
5. Tun Dr Mahathir berkeringat dan bersengkang mata , memerah otak bagi mengawal kebiadaban mahasiswa era DSAI dan Hishamuddin si Penarik Beca tu. Nak ke kita melahirkan mahasiswa yang begitu ? Yang hanya tahu bercakap bab konsep dan mengkritik saban hari tanpa ada cadangan konkrit? hanya tahu kritik kosong dan menyalahkan orang lain. saifuffin nak lahirkan pemimpin sebegini?
6. Jangan Saifuddin nak memandai-mandai merombak dan menjahanamkan apa yang Tun Mahathir telah usahakan dengan baik. Kita yang baru setahun jagung dan masih boleh dipertikai kesetiannya kepada kerajaan , begitu senang nak jahanamkan semua yang telah diperkukuhkan oleh pemimpin terdahulu . Jangan nak menunjuk pandai Saifuddin dan jangan nak cari populariti di kalangan mahasiswa.
7. PG menyokong penuh apa yang disarankan oleh Dato Khaled Nordin , Menteri Pengajian Tinggi. Kekalkan begitu Dato. Jangan kita nak memandai merungkai apa yang telah baik yang telah dibuat oleh pemimpin terdahulu. hati-hati dengan Timbalan Dato ini. Kadangkala dan sudah banyak kali sPG perhatikan ia selalu melangkah bendul dan lebih sudu dari kuah. Dato perlu kawal sikit perangainya.
8. Kepada Menteri Pengajian Tinggi, kawal Timbalan anda dan kekalkan apa yang telah dibuat dengan begitu baik oleh pemimpin terdahulu. Jangan nak memandai-mandai. Sekali silap, sukar untuk kita perbaikinya.
Nota : Bagus sangatkah mahasisiwa di zaman DSAI dan penarik beca? . PG nampak , tak ada apa pun. Kalau nak dibandingkan dengan Tun mahathir : Jauh panggang dari apilah. Semua pemimpin mahasiswa waktu itu , semuanya jenis baling batu sembnyi tangan. Lihat ajelah si Hishamuddin di blog Penarik Beca. Buat kacau di kampus. Kemudian lari ke Australia. Tutup muka dengan kertas pembungkus dan baling telur kepada PM Tun Razak. Apa yang tak di hinanya Malaysia ini. Akhirnya dengan bantuan DSAI, dia menjilat semula ludahnya ( negara yang dihinanya hampir 31/3 hayatnya ) dan kembali ke Malaysia dengan hidangan karpet merah dari DSAI dan kumpulannya. Dialah sekarang ini jadi kepala pengat dan orang di belakang tabir aktiiviti DSAI. Masa reformasi dulu , kena tangkap oleh polis, temberang polis dengan mengatakan ia hadir perhimpunan haram atas kapasiti reporter. Itulah kepandaian mahasiswa di zaman ini walaupun bukan semuanya.
