
KUALA LUMPUR 17 Ogos - Seorang peniaga hari ini menfailkan saman RM2 juta terhadap tiga ketua polis dan kerajaan Malaysia kerana didakwa bertindak kasar sehingga menyebabkan kecederaan terhadapnya semasa perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) di Jalan Tun Perak, tiga tahun lepas. .............................................................................................
Alyesak Hamid @Hassan, 34, menamakan Ketua Polis Kuala Lumpur sebagai defendan pertama; Ketua Polis Daerah Dang Wangi sebagai defendan kedua; Ketua Polis Negara sebagai defendan ketiga manakala Kerajaan Malaysia selaku defendan keempat. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Siapa yang suroh anda pergi ke perhimpunan haram tu. Dan tak ada oranmg larang pun , nak saman polis berapa juta pun. Saman le 40 juta pun. Tak ada orang nak larang. kalau dengan saman 2 juta sekadar nak suroh orang takut, sori le. Tak takut pun..... Tak ada apa nak ditakutkan oleh pihak polis.
2. Semua orang boleh saman. Tetapi jangan terkejut jika kalah saman nanti, anda pula akan kena dan dikenakan berbagai bayaran kepada polis dengan perintah mahkamah...... Kena ingat tu. Jangan rasa diri gah sangat. Kadangkala tu / memang begitu pun, peguam tak ceritakan semua apa yang akan terjadi jika sekiranya kalah tuntutan saman tu. Jangan fikir habis-habis pak mat oiii..................
3. Saman, jangan tak saman. Saman lah selagi terdaya dan seberapa banyak yang anda suka. !!! Keh keh keh keh
