FOLLOWERS

Showing posts with label POLITIK / SUBSIDI. Show all posts
Showing posts with label POLITIK / SUBSIDI. Show all posts

Friday, 16 July 2010

KENAIKAN 5 DALAM 1 : KIRA OK LAH !!


Dipetik dari blog : Malaysia Instinct Com




Oleh UNTA BELANG

Seperti yang dijangka, pembangkang tidak menunggu lama untuk menghentam kerajaan berikutan keputusannya menyelaraskan harga subsidi petrol, diesel, gas petroleum cecair (LPG) dan gula .

Antara yang paling awal 'bersilat' adalah Ketua Penerangan Pas Setiu, Dr. Azman Ibrahim. Menerusi Harakah, Azman menyifatkan keputusan itu lebih kepada 'membebankan rakyat'. Unta Belang bukan nak kata apalah, kalau pembangkang dan Dr. Azman ada dalam kerajaan sekarang, mungkin mereka akan tahu betapa sukarnya nak membuat keputusan sebegitu, biarpun kenaikan yang diumumkan cukup-cukup minimal jumlahnya.

Dengan jangka hayat memerintah tinggal setahun dua lagi, adalah BODOH sekiranya kerajaan membuat keputusan 'tidak popular' ini , tetapi adalah lebih BODOH sekiranya kerajaan jatuh bangkrap dan muflis seperti mana situasi yang melanda Greece dan beberapa buah negara di Eropah sekarang.Kerajaan di mana-mana juga yang ingin memerintah sesebuah negara dengan cara yang cukup baik, mestilah mengambil kira kepentingan umum dan tidak semata-mata untuk memenangi pilihanraya.

Unta Belang nak bagitahu kat sini, adakalanya kita kita terpaksa mengambil tindakan yang tidak 'popular' tetapi ianya baik untuk negara. Sebagai contoh subsidi minyak.Kita semua tahu tujuan kerajaan memberi subsidi minyak adalah untuk mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Sebaliknya yang terjadi, subsidi lebih banyak dinikmati oleh golongan kaya yang menggunakan kenderaan mewah berbanding dengan golongan sasar yang hanya menggunakan kereta berkuasa kecil dan motorsikal.

Unta Belang nak ingatkan di sini, harga runcit produk petroleum dalam negeri jauh lebih rendah berbanding harga runcit di negara jiran. Ini menggalakkan kegiatan penyeludupan ke luar negara. Dengan kata lain, akhirnya wang rakyat Malaysia digunakan untuk faedah rakyat negara jiran dan penyeludup.

Dalam pada itu, Unta Belang juga cukup menyampah kerana masih ada masyarakat yang mempersoalkan kenapa kerajaan masih perlu menaikkan harga petrol dan gas LPG sedangkan kita ada syarikat petroleum sendiri iaitu Petronas.

Mari sini Unta Belang nak cerita.

Seorang jurutera kanan Petronas ada memberitahu Unta Belang, Malaysia mengeluarkan minyak jenis Tapis. Namun minyak tersebut tidak digunakan dalam negeri kerana berkualiti tinggi serta harga lebih mahal dan lebih menguntungkan jika dieksport.

Oleh itu, Malaysia mengimport minyak jenis lain yang harganya lebih rendah untuk kegunaan tempatan. Dengan ini Malaysia mendapat keuntungan dengan mengeksport minyak yang lebih mahal dan mengimport minyak yang lebih murah.

Unta Belang nak bagitahu di sini, harga minyak ditentukan oleh pasaran dunia dan di luar kawalan Malaysia. Bagaimanapun OPEC memainkan peranan penting dalam menentukan tahap pengeluaran minyak dunia tetapi itupun ia masih tidak mampu mempengaruhi harga pasaran minyak sepenuhnya.

Selain itu, Petronas hanya membekalkan 42 peratus daripada pasaran runcit produk petroleum. Bakinya dibekalkan oleh syarikat asing seperti Shell, Exxon-Mobil, BHP dan Chevron. Jika harga runcit produk petroleum hendak dikekal rendah, kerajaan terpaksa menanggung keseluruhan subsidi minyak dan adalah tidak bijak kerajaan berbuat demikian.

Jika Petronas pula dikehendaki menanggung keseluruhan subsidi tersebut, bermakna Petronas juga terpaksa menanggung subsidi yang sepatutnya dibayar oleh Shell, Exxon-Mobil, BHP dan Chevron.

Ini kerana kerajaan tidak boleh memaksa syarikat minyak asing untuk menanggung subsidi tersebut kerana ia bukan milik kerajaan, faham tak?.
Baik, sekarang kita cerita mengenai subsidi gula pula.Unta Belang difahamkan yang kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja lebih RM1 bilion untuk memastikan harga gula di pasaran dapat dikekalkan seperti harga lama.

Tahun lepas kerajaan turut berbelanja sebanyak RM720 juta setahun untuk subsidi gula bagi mengekalkan harga lama.Kerajaan hanya dapat menjimatkan sebanyak RM200 juta setahun hasil kenaikan sebanyak 20 sen harga gula yang diumumkan

Itu satu hal la, mari kita perhatikan tabiat pengambilan gula di kalangan masyarakat kita.

Dilaporkan tabiat rakyat di negara ini yang gemar makan ‘gula’ dengan purata 26 sudu teh gula sehari.Ia bagi pendapat Unta Belang adalah perkembangan tidak sihat dan bertentangan dengan amalan kesihatan kita yang mewajibkan pengambilan tidak lebih 10 sudu gula sehari

Keadaan tersebut juga meletakkan Malaysia sebagai salah satu negara yang mempunyai penyakit kencing manis tertinggi di dunia. Tahukah anda, pada tahun ini juga kerajaan menjangkaan seramai 1.2 juta rakyat di negara ini menghidap penyakit kencing manis!

Kesimpulannya di sini, Unta Belang nak beritahu yang kerajaan amat prihatin kepada masalah berkaitan kebajikan dan taraf hidup rakyat. Kerajaan sentiasa berusaha bagi memastikan perbelanjaan hidup rakyat tidak terjejas berikutan dengan kenaikan harga produk petroleum dan gula seperti mana yang diumumkan

Namun begitu, jumlah subsidi dan bantuan kepada rakyat perlu dihadkan pada tahap yang munasabah agar perbelanjaan kerajaan dapat dimanfaatkan secara lebih adil dan digunakan untuk pelbagai tujuan demi kebaikan rakyat secara keseluruhan.

Perbelanjaan yang terlalu tinggi ke atas subsidi akan menjejaskan keperluan untuk perbelanjaan pembangunan ke arah meningkatkan taraf hidup rakyat dan negara.• Pada masa yang sama, rakyat sendiri perlu memgurus perbelanjaan mereka dengan bijak selaras dengan kemampuan masing-masing.

Fikir-fikirkanlah.

Penghuni Gua : PG setuju dengan pandangan Unta Belang berkenaan. Ini kerana kenaikan itu terlalu minima. Cakap aje, mana negara yang tak naik harga barangan ini?

2. Malaysia bukan negara kebajikan. Jadi ada yang rakyat perlu berkorban sedikit bagi pembangunan negara.

3. Kepada PROTES : Diam ajelah. Asyik nak protes aje. Cuba anda memerintah. Boleh ke harga barangan tersebut kekal untuk 10 ke 20 tahun akan datang?

4. Praktikal lah sikit. Jangan dok asyik main politik sangat. Menasabah le sikit.

PETA PELAYAR