
Sudah 4 hari masa berlalu. Dan ia terus berlalu. PG setia menunggu dan membaca semua akhbar utama dan blog serta portal berita termasuk dari PR dan PKR untuk mendengar dan membaca pendedahan yang Azmin Ali akan dedahkan.
2. Pendedahan yang dimaksudkan ialah penjenayah pembakar gereja yang mana menurut Azmin Ali dilakukan oleh ahli UMNO. Sebelum ini Azmin berjanji nak dedahkan mereka ini dalam jangka masa terdekat kerana semua butir dan maklumatnya sudah beliau miliki ( dalam poket katanya ).
3. Sekarang sudah 4 hari. Habok pun tak ada. Kalau dengar Azmin Ali cakap hari itu, PG percaya sangat, dalam tempoh 2 hari sudah dan akan mendedahkannya. Maklumlah katanya semua dah ada dikoceknya.
4. Cepatlah dedahkan Azmin. Anda tidak perlu buat lapuran polis. Anda hanya perlu dedah. Dan pihak blogger seperti kami pun boleh buat lapuran polis tentang penjenayah ini jika maklumat benar. Jangan pedulikan pendapat Menteri Hishamuddin yang tidak mahu siasat tentang isu yang bakal dedahkan. Anda dedah dulu maklumat tersebut dengan segera dan pihak bloggers seperti kami akan buat lapuran polis. Polis akan menyiasat. Tidak ada masalah.
5. Jadi kepada Azmin jangan berlengah dan berputar belit. Cepat dedahkan maklumat yang ada dipoket anda. Kami sedang menunggu dan akan terus menunggu...................Kita semua akan terus memantau pendedahan Azmin ini atau pendedahan ini hanyalah satu lagi temberang dari Azmin . Ikut rekod, biasanya temberang sahajalah. Tapi tak apa , PG tetap memantau dan menunggu nya.
6. Kepada pengundi muda, perkara-perkara sebeginilah perlu dikaji dan diikuti untuk mengetahui wajah sebenar pemimpin politik kita. Tak perlu mengkaji isu yang besar-besar kalau nak tahu temberang pemimpin politik ini. Jadi nilaikan dan fikirkanlah....
7. 4 hari lagi PG akan menulis kembali isu ini...................................
