FOLLOWERS

Showing posts with label POLITIK / TEMBERANG DSAI. Show all posts
Showing posts with label POLITIK / TEMBERANG DSAI. Show all posts

Friday, 28 May 2010

DSAI NAK DEDAH RASUAH : SIAPA DEDAH SIAPA DSAI !





PKR hari ini berkata parti itu mempunyai 'bukti kukuh' bagi menyokong dakwaan bahawa ahli parlimen mereka yang berpaling tadah disogok sekurang-kurangnya RM2 juta dan ditawarkan kontrak kerajaan yang bernilai jutaan ringgit.

Ketua Pembangkang, datuk Seri Anwar umum yang juga ketua umum PKR berkata pendedahan serta bukti yang bakal dikemukakannya akan menunjukkan rasuah politik yang diamalkan oleh pemimpin Umno dan agen-agennya. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Apa cerita DSAI ini. Siapa dedah siapa sebenarnya. Yang sebenarnya DSAI yang terdedah dan telah terlondeh luar dalam.

2. DSAI dakwa MPnya yang keluar PKR dapat kontrak dari kerajaan BN hingga hampir 2 juta. Dedah aje le. Katanya tak mahu dedah lagi buktinya kerana nak lihat reaksi dari MP tersebut dulu. Dedah aje DSAI. Jangan le main tarik tali. Atau nak test market kot. Buahnya tak ada. Hanya nak cari isu. Perkara senang , nak disusahkan.

3. DSAI kata dia ada bukti kukuh. Dah kukuh dedah aje le. Mungkin sekukuh bukti DNA kes liwatnya yang terdahulu dan sekarang kot. DNA kes liwat DSAI lagi kukuh. Tetapi mengapa liat sangat nak bersumpah dan ke mahkamah. Mungkin bukti rasuah bekas MPnya itu sekukuh DNA kes liwatnya kot. Itu yang liat nak dedah seperti liatnya DSAI nak ke mahkamah.

4. DSAI juga cakap dia akan dedah bukti tersebut dalam masa terdekat. Bila dekat tu DSAI oii. Kes liwat anda pun dah dekat 2 tahun. Terhegeh-hegeh berjalan dan tersangkut-sangkut. DSAI ini , kalau bab gempak serah le pada beliau. Serupa le dengan si Shamsul AMK dan Azmin Ali. Azmin Ali dulu pun cakap akan dedah dalam masa terdekat berita yang menggemparkan iaitu bukti bahawa ahli UMNO yang membakar gereja di Ampang. Tapi dah hampir 6 bulan tak dedah dedah juga. Tapi Blogger mereka, masyaallah, mengwar-warkannya bukan main seolah esok lusa berbodonglah ahli UMNO akan ditangkap kerana membakar gereja. Gereja pun boleh percaya pulak tu.

5. Akhirnya , hanya pendedahan dan maklumat tahi minyak aje. Muka blogger mereka pun, buat selamba aje dan buat sardin aje bila dah tertipu.

6. Pendedahan DSAI di atas pun bukan main di war-warkan oleh Blogger PR. Akhirnya hanya pendedahan tahi minyak.

7. Setakat cakap aje , sudahlah DSAI oiii. Bukti saintifik seperti DNA anda tak percaya pulak . DNA dikatanya konspirasi. Pendedahannya berdasar cakap mulut suroh orang percaya pulak.

8. Konspirasi kot !!!!!!!!!!!!!!!!!!! DSAI yang mengatur konspirasi ni sebenarnya!!!! 16 sep pun entarh ke mana. Kata nak dedah juga nama-nama MP yang akan melompat ke PR. Habok pun tak ada!!!!!! Keh keh keh keh!!!!!!!!!!!

9. Temberang aje lebih. Nak buat macam mana!! Dah penyokong PKR memang suka dengar temberang. Jadi DSAI pun temberang lah. Padan muka!

Nota : Yang DSAI kaya raya dan buat rumah berjuta tu, datang duit dari mana. Gaji TPM dulu banyak mana sangat. Tak guna lansung gaji TPM tu pun tak boleh pun nak buat rumah RM34 juta tu. Jadi jangan temberang lah DSAI. Lihat diri sendiri.

PETA PELAYAR