FOLLOWERS

Showing posts with label POLITIK / UMNO TERENGGANU. Show all posts
Showing posts with label POLITIK / UMNO TERENGGANU. Show all posts

Tuesday, 22 December 2009

SIDANG DUN TERENGGANU : CONTOH KEDUNGUAN PEMIMPIN DAN KEPIMPINAN !




KUALA TERENGGANU:Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang sebelum ini disifatkan agak lesu, hari ini bertukar rancak dan sekali sekala keadaan menjadi agak panas dengan soalan yang bertubi-tubi daripada penyokong kerajaan sendiri.

Semasa sesi soal jawab hampir satu jam pada hari pertama persidangan, beberapa soalan yang diajukan kepada Menteri Besar Datuk Ahmad Said, menyebabkan keadaan sedikit tegang dan kadangkala sindir-menyindir kedengaran dalam dewan melibatkan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) sendiri. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Memalukan. Yang jelas , kehangatan sidang DUN Terengganu hanya menampakkan kedunguan pemimpin-pemimpin dan kepimpinan UMNO Terengganu. Dari MB hinggalah Exco dan ADUNnya. Semuanya menyerlahkan kedunguan dan memaparkan kelas politik dunia ketiga.

2. Kepada PM dan Presiden UMNO : Singkirkan kesemua mereka ini dari politik Terengganu dan tanahair. Buat semak sahaja. KPI bagi semuanya ialah gagal dan tidak lulus. patut dibuang sekolah semuanya. Otak mereka hanya bertaraf murid sekolah frendah sahaja. Otak memang ada, akal tak ada. Perjuangan hanya nak memenuhkan tembolok dan ego mereka sahaja. Masalah rakyat diketepikan.

3. Apa cerita ini? dan bertahun , sengketa masih berpanjangan. Bodoh dan dungu sangat nampaknya kepimpinan Terengganu ini. Layakkah mereka untuk mentadbir Terengganu. Tak kiralah MB atau semua ADUN UMNO Terengganu. Buat malu dan berabih duit rakyat sahaja.

4. Yang mereka tahu hanyalah meruntuhkan apa sahaja yang ada dan yang telah berdiri kukuh di Terengganu. Kerja mereka ini hanya untuk meruntuh sahaja.

5. Kalau sudah berani sangat bergaduh, pergi sahaja ke Palestin. Lawanlah dengan Zionis. Nak tengok juga samseng setara mana ADUN-ADUN dan kepimpinan yang dungu ini di sana.

6. Kepada PM : Selesaikan segera . Penyelesaiannnya ialah pastikan kesemua , diulang , kesemua sekali ADUN-ADUN UMNO ini disingkirkan di dalam PRU13 nanti. Dari MB sehinggalah ke bawah. Buang semuanya. Termasuk bekas MBnya sekali.

7. Jika di biarkan keldai ini terus berada di kerusi mereka sekarang ia akan menjahanamkan kerajaan dan menyusahkan rakyat Terengganu sahaja.

8. Orang Terengganu kata : Kalu macang ni sokmo, mapuh lah Ganu. Dok asik kekoh sama sediri aje. Asik nok tunjuk gong masing-masing je. Tendang je berok mak yeh ni cepak-cepak. Amang siket Ganu.

PETA PELAYAR