FOLLOWERS

Showing posts with label POLITIK / YB BUNG MOKHTAR. Show all posts
Showing posts with label POLITIK / YB BUNG MOKHTAR. Show all posts

Friday, 18 December 2009

SELAMAT BERBAHAGIA BUNG MOKHTAR !~





PETALING JAYA: “Kebahagiaannya (Bung) adalah kebahagiaan saya juga. Marilah kita mendoakan kebahagiaan Bung dan pasangannya."

Demikian harapan Datuk Mohamad Aziz, rakan baik Datuk Bung Mokhtar Radin yang mahu semua pihak supaya mendoakan semoga Ahli Parlimen Kinabatangan gembira dengan kehidupannya sekarang.

Pada masa yang sama, hanya perkataan ‘dah selamat’ yang terpacul daripada mulut Mohamad setelah beliau berbual dengan Ahli Parlimen Kinabatangan itu melalui telefon.

“Apa yang saya boleh katakan, beliau sudah selamat. Saya tidak mempunyai maklumat lain,” kata Ahli Parlimen Sri Gading itu ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau yang enggan mengulas lanjut hanya mahu media mentafsir sendiri perkataan ‘dah selamat’ itu. Ditanya sama ada Bung Mokhtar telah melangsungkan majlis pernikahannya dengan Zizie, Mohamad menjawab beliau tidak tahu-menahu berhubung hal itu. Bung Mokhtar dikatakan telah bernikah dengan Zizie namun kedua-dua pasangan berkenaan menafikan perkara itu.

Desas-desus mengenai perkahwinan Zizie dan Bung Mokhtar mendapat liputan meluas media hari ini, bagaimanapun kedua-dua mereka enggan memberikan sebarang komen mengenai kesahihan hubungan intim itu.

Penghuni Gua : Semuga berbahagia dan terus berbahagia YB Bung Mokhtar. Mesti berlaku adil dan saksama. Adil bukan sama tetapi meletakkan sesuatu di tempatnya.

2. Yang tua tu jangan dianiaya. Yang tua tulah yang bersama Bung masa susah dan masa badan kita masih berbau hangit dan busuk. Jadi mahu jaga yang tua lebih sikit..

3. Juga jangan ponteng sidaang parlimen. Wajib hadir malah perlu lebih lantang kerana sudah tambah power baru. Bagi kaw-kaw sikit dalam sidang parlimen nanti.

4. Untuk nasihat kelakian : Kepada YB Bung, kalau nak ubat kuat , lawatilah dan bacalah Harakah dan blog-blog PAS. Macam-macam ada ubat kuatnya. Kalau masih tak cukup kuat , boleh tanya YB RM 3 juta tu. Tapi sakit sekarang. Juga YB Bung kena tunjukkan YB lebih baik adilnya berbanding YB RM 3 Juta dan Ketua Pemuda PAS perlis yang pukul bini tu.

5. Selamat Pengantin Baru YB. Benda sedap dan selagi halal , lakukan lah pada yang mampu. He he he he....

PETA PELAYAR