
'Saya sedia ditahan bawah ISA'
Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM
Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM
KUALA LUMPUR 2 Julai - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau sanggup ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada bila-bila masa sahaja sekiranya dianggap memudaratkan keselamatan negara. ..................................................................................................
Katanya, beliau juga tidak akan sesekali melarikan diri, bersembunyi atau cuba mendapatkan sokongan negara lain seperti yang dilakukan oleh segelintir pemimpin dan individu.
"Saya pernah ditahan di bawah ISA dua kali sebelum ini namun saya adalah antara yang menyokong kuat supaya akta ini dikekalkan. Ditahan kali ketiga bermakna saya menerima Ph.D dalam ISA," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Tahniah YB Ibrahim. Tahniah. Tahniah atas keberanian anda. Pedulikan kutukan dan cercaan KJ tu. Siapa KJ ini? PG pun tak kenal. Hanya dengar nama dia aje sekali sekala. Anda kenal ? Entah.................
2. Pedulikan cabaran dan kutukan KJ tu. Bukan ada apa pun. Hanya sampah sarap aje cercaan dan kutukan KJ tu. Cakap dia pun bukannya laku gadai dalam UMNO , apatah lagi dalam BN pun.
3. Desakan KJ agar YB dikenakan ISA kerana dikatakan berunsur hasutan pun hanya sampah sarap. KJ pun bukan tahu apa pun mengenai ISA. Desakan YB Ibrahim agar Ka Siong dihumban ke Kemunting bukan satu perkara hasutan pun. PDRM tak sebodoh itu untuk bertindak ke atas YB Ibrahim.
4. KJ tu sepatutnya mengambil tempat yang disyorkan nya kepada Ibrahim berdasar tindakan dan ucapannya selama ini yang banyak berunsur hasutan dan ugutan. Lihat ajelah apa dia buat semasa Setiausaha Agung US melawat Malaysia dahulu. PG mendapat tahu, PDRM terpaksa memberi kata dua kepada Pak Lah. Nasihatkan KJ berundur dari membuat kacau majlis Setiausaha Negara US atau berhadapan dengan tangkapan. Akhirnya Pak Lah bercakap sendiri dengan KJ agar bersurai. Jika tidak bungkus.
5. Kepada KJ, sudahlah. Jaga diri anda dan perbaiki diri anda cukup. Diri sendiri pun tak lepas kemana. Politik pun masih semput.
6. Kepada YB Ibrahim dan PERKASA, teruskan perjuangan membela nasib Bangsa. Cuma jangan ganggu hak kaum lain. Kita perjuangkan hak kita berdasar apa yang diperuntukkan dalam perlembagaan negara. YB dan PERKASA tak ganggu orang pun apa tah lagi mengganggu KJ. Peduli kan KJ tu.........................................................................................bukan apa pun dia tu.
KJ hanyalah seorang YB yang telah patah tulang rusok kanannya. Jalan pun senget sebelah kanan. Hanya menunggu masa rebah. Sebab tu sibok membina imej baru tu dengan menyokong membabi buta YB Ka Siong tu...................Habok pun tak ada. Tak ada pun ahli MT UMNO yang menyokong kenyataan dan kutukannya kepada YB Ibrahim pun. Jadi dari sini kita boleh lihat siapa dan di mana kedudukan dan taraf KJ di mata partinya sendiri. Timbalan Ketua Pemudanya sendiri pun tak ada sepatah kenyataan menyokong kenyataan KJ ini. Kesian................
Untuk KJ juga , hayati apa kata TPM semalam , Mungkin anda lebih faham. Kata TPM , " Dalam pada itu, Muhyiddin berkata Umno perlu lantang dan tidak perlu takut dalam mempertahankan hak orang Melayu kerana asas perjuangan parti itu adalah bagi membela bangsa Melayu dan agama Islam di Malaysia.
"Sekarang saya nampak badan bukan kerajaan (NGO) yang agak lebih lantang memperjuangkan hak orang Melayu sedangkan itu agenda Umno. Kenapa kita dilihat lesu? Orang Melayu tidak sehebat dulu. Jadi mereka (orang Melayu) pergi ke badan-badan lain. Ini satu kesilapan," katanya.
Beliau berkata Umno perlu terus ke hadapan memperjuangkan hak orang Melayu namun pada masa yang sama, mereka juga tidak boleh menafikan hak bangsa-bangsa lain dalam negara. Berita lanjut : KLIK
