
Khamis Jun 10, 2010
Pakatan Rakyat Digesa Tidak Perbaharui Lesen Premis Perjudian
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
Pakatan Rakyat Digesa Tidak Perbaharui Lesen Premis Perjudian
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
KOTA BHARU: Kerajaan Pakatan Rakyat digesa supaya tidak memperbaharui lesen premis perjudian yang beroperasi di negeri-negeri yang dikuasai mereka.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasarudin Hasan Tantawi berkata, aktiviti perjudian secara tidak langsung meningkatkan indeks jenayah dalam negara.
"Sebagai satu pengajaran dan didikan berkesan, Dewan Pemuda PAS menyeru agar negeri-negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat tidak memberi kerjasama kepada Kerajaan Pusat dalam menyuburkan amalanmungkar dan keji ini. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Kali ini PG setuju dengan cadangan dan pandangan si mulut besar PAS ini ( sama taraf dengan gurunya si mahfuz ) yang mencadangkan lesen premis perjudian tidak lagi diperbaharui selepas tempoh lesen premis ini tamat pada tahun ini di negeri pemerintahan PR.
2. Tahniah Tantawi. Tahniah untuk cadangan anda ini. PG nak juga lihat keikhlasan PAS dan PKR ( DAP jangan cakap lah : DAP ini parti haiwan yang sentiasa mengaum dan tak ada lain, hanyalah ngauman untuk kaum cina sahaja. ). Jadi kepada kerajaan Kelantan, Kedah dan Selangor diharap dapat melaksanakan cadangan si Tantawi ini. Boleh ke?
3. Melalak satu dunia pemimpin PAS dan PKR dalam isu judi bola. Habis segenap masjid buat demo saban minggu membantah judi konon-kononnya. Jadi PG nak lihat sangat keikhlasan negeri pemerintahan pakatan ini dalam penghapusan judi di negeri tersebut. Jangan cakap aje lebih.
4. Sehingga sekarang habok pun tak ada angin-angin nak batalkan lesen atau tidak akan perbaharui lesen. PG amat percaya, sedmua bantahan dan kecaman pemimpin PAS dan PKR ini dalam misu judi bola ini hanyalah sebab politik. Tak lebih pada itu. Isu ia bertentangan dengan islam, moral dan sebagai mak nenak alasan penentanga mereka hanyalah bagi mengambil kesempatan politik. Itu sahaja.
5. Jadi jika mereka ikhlas dalam isu maksiat dan perjudian, maka lebih elok dan wajib sekali kerajaan pimpinan mereka agar jangan memperbaharui lesen premis perniagaan judi ini. Jangan cakap saja. Jangan pula lepas pada ini TGNA akan keluar fatwa seperti dulu iaitu dalam membenarkan penjualan arak di Kelantan. Alasan dan fatwanya ialah ia bagi memberi peluang orang bukan islam menikmatinya dan cukai arak ini boleh digunakan untuk tujuan kebajikan.
6. Jadi apa bezanya dengan lesen judi yang dikeluarkan oleh kerajaan pusat ?
7. PG akan tunggu pelaksanaan cadangan si Tantawi ini. Jika betul lesen premis ini tak di perbaharui oleh kerajaan mereka, PG akan beri undi untuk PRU ke 13 nanti ( untuk PRU 13 sahaja ) kepada mereka. Bukan sokong kerajaan PR tetapi beri hormat atas keberanian mereka. Berani cakap berani buat.......................jangan cakap aje lebih.
8. Yang pasti, mereka ini hanya cakap aje. Tindakannya , hapah pun tak ada.
9. Kepada Awang Adek : " Judi haram di sisi islam dalam keadaan apa pun. Sementara masa masih ada, bertaubatlah. Kalau nak makan komisen pun, carilah tempat lain. Bukan komisen judi. Cukuplah tunjukkan kebodohan anda di bumi Malaysia ini. Carilah cadangan dan idea yang boleh membantu kerajaan dalam merealisasikan wawasan 2020 dan Rancangan Malaysia ke 10 yang dibentang kerajaan hari ini, Ada juga faedahnya".
Nota : Yang pasti, penyokong PAS hanya makan asap ajelah kalau percaya cadangan Tantawi akan di laksanakan. Cadangan Tantawi ini , hanyalah politik dalaman PAS juga. Untuk naik nama sendiri aje. Bukan tak kenal dengan Tantawi ini. Sehingga sekarang pun , tak ada satu tindakan pun dalam usaha nak bela isteri kedua Rohaizat Perrmatang Pasir seperti mana ia janjikan semasa PRK Permatang Pasir dulu. Habok pun tak ada................!!!!!!!!!!!!!!!!!
