
Laman web Pahang Daily Online bertindak menarik balik enam tulisan berhubung dakwaan penyakit kelamin dialami Mohd Saiful Bukhari Azlan – saksi utama dalam perbicaraan kes liwat melibatkan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Langkah itu diumumkan melalui satu tulisan yang disiarkan semalam di laman berkenaan.
Enam tulisan yang disiarkan lebih dua tahun lalu itu adalah berhubung dakwaan Mohd Saiful Bukhari (kiri) mengalami masalah kesihatan akibat terkena sumpah laknatnya pada Ogos 2008. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Kepada Saiful, PG cadangkan teruskan saman kepada Pahang Daily, portal sampah fitnah ini.
2. Portal sampah ini bongkak sangat dan menulis tak pakai otak. tahu tulis dan enggan bertanggungjawab kepada tulisan mereka. Biar padan muka mereka. Biar kena jual segala harta dan rumah mereka bagi membayar ganti rugi kepada Saiful. Kes ini pasti Saiful akan menang dengan ganti rugi yang besar. Teruskan Saiful. Teruskan tindakan terhadap sampah ini.
3. Maaf bukan jawapannya. Maruah anda telah terjejas teruk. Ganti rugi yang mahkamah akan rewardkan kepada anda itupun tak dapat mengembalikan maruah anda yang disebakan oleh portal ini. Ia akan menjadi pengajaran kepada semua pihak. Penulisan bukan perkara main-main.
4. Bloggers membincangkan dan memberi pendapat mengenai sesuatu isu bukan memfitnah. Itu prinsipnya. Puak ini antara isu dan fitnah pun mereka tak dapat bezakan. Jadi kepada Saiful teruskan tindakan anda terhadap Pahang Daily. Tutup mulugt besar mereka ini. Teruskan Saiful, teruskan!!!! Dapat duit ganti rugi tu, setidaknya dapat membantu membayar upah peguam bagi kes liwat DSAI tu.
5. Lebih dari cukup pun ganti rugi tu nanti. Semua yang ada di Pahang Daily tu akan bungkus semuanya. Ramai. Dengar cerita berpuluh tuanpunyanya. Tak gitu ?
