FOLLOWERS

Showing posts with label POLTIK / CURI PASIR SELANGOR. Show all posts
Showing posts with label POLTIK / CURI PASIR SELANGOR. Show all posts

Saturday, 17 July 2010

INGATAN KETUA POLIS SELANGOR KEPADA MB SELANGOR ! FAHAM SIKIT !!





SHAH ALAM 16 Julai - Kerajaan Selangor diminta menyerahkan siasatan kes kecurian pasir yang berlaku di negeri itu kepada penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ketua Polis negeri, Datuk Khalid Abu Bakar (gambar) berkata, ini kerana siasatan kes kecurian pasir bukan di bawah bidang kuasa polis dan perkara itu telah dipersetujui sejak sekian lama.

Beliau berkata, polis hanya akan membantu sekiranya ada permintaan daripada pihak PBT, itu pun jika kes yang dilaporkan berkait dengan jenayah.

"Dalam mesyuarat yang dijalankan bersama pihak Setiausaha Kerajaan Negeri minggu lalu, juga disebut bahawa siasatan kes curi pasir adalah di bawah PBT.

"Jadi kita harap kerajaan negeri faham perkara ini dan mintalah pihak PBT melakukan siasatan atau tubuhkan sendiri pasukan khas dengan kerjasama PBT kerana itu memang bidang kuasa mereka," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kerajaan Selangor yang dilihat gagal menangani isu kecurian pasir di negeri itu kini cuba menyeret Kerajaan Pusat dalam kontroversi tersebut.

Ia terbukti apabila Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim kelmarin berkata, kerajaan negeri telah mengemukakan surat kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi meminta kerjasama Kerajaan Pusat membantu menyelesaikan isu tersebut.

Selain Muhyiddin, Abdul Khalid memberitahu, surat berkenaan turut dikemukakan kepada Khalid, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Mengenai surat yang dikatakan telah dihantar oleh Menteri Besar kepada beliau kelmarin, Khalid berkata, surat itu baru diterimanya petang semalam.

Ujar beliau, dalam surat itu yang dihantar ke pejabatnya, turut dikepilkan beberapa laporan polis yang dibuat oleh Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB).

Antara laporan tersebut, dakwaan kumpulan itu dihalang oleh Orang Asli untuk mengorek pasir di Olak Lempit, Kuala Langat, kecurian pasir di beberapa lokasi dan pondok di tempat korek pasir dibakar.

Turut disertakan kata beliau, satu surat yang antara lain meminta supaya kes kecurian pasir disiasat secara profesional oleh pihak berkuasa.

"Itulah surat yang kononnya dihantar kepada saya, Ketua Polis Negara dan Timbalan Perdana Menteri, dan laporan polis yang banyak itu seolah-olah nak beritahu yang kita tak jalankan siasatan.

"Saya ingin maklumkan yang dalam banyak-banyak laporan itu hanya kes pondok terbakar sahaja yang polis siasat kerana ada unsur khianat. Kes-kes lain sepatutnya disiasat oleh PBT," jelas beliau.

Sehubungan itu, kata Khalid, beliau menasihatkan Menteri Besar dan kerajaan negeri segera menubuhkan pasukan penyiasat di bawah PBT agar kes curi pasir di negeri ini dapat ditangani dengan baik.


Penghuni Gua : Ingat YAB MB Selangor. Ketua Polis Selangor dah beri penerangan mengenai bidang kuasa bab curi pasir ini. Ia kuasa kerajaan negeri.

2. Jangan cuci tangan. Bial SPRM dan PDRM tangkap pemimpin PR yang rasuah atau panggil beri keterangan mengenai rasuah , anda juga yang sibok mendakwa, bahawa ini serangan kerajaan pusat terhadap kerajaan PR Selangor dengan guna 2 jentera kerajaan ini.

3. Bila tersepit, pandai pulak nak minta tolong kedua agensi ini bagi mencuci daki PR.

4. Cukuplah hipokrit tu YAB Khalid. Menyampah kami dibuatnya.

Nota : Jangan pandai lulus lesen aje, tapi penguatkuasaannya tak ada. hanya nak makan kedarah hasil aje. Begitu juga dengan lesen kelab malam dan lesen hiburan serta rumah urut. Kerajaan Negeri hanya pandai lulus lesen, tetapi penguatkuasaan oleh PBT tak ada langsung. Kemudian bila bertambah maksiat, nak salahkan polis kerana kononnya tak jalan kerja.

Kerja penguatkuasaan keatas lesen kelab malam, perjudian dan rumat urut tu, semuanya kerja PBT. Sekarang ini jadi terbalik kot, polis pulak yang jadi mangsa. PBT asyik kedarah duti lesen dan hanya pandai keluar lesen. Penguatkuasa PBT goyang telor aje. Kemudian MB pulak nak salahkan PDRM. Apalah........................Lihat le diri sendiri......................

Lihat juga posting PG sebelum ini mengenai isu yang sama : KLIK

PETA PELAYAR