FOLLOWERS

Showing posts with label PUAKA DEMO LONDON MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label PUAKA DEMO LONDON MALAYSIA. Show all posts

Thursday, 11 August 2011

PERKARA SAMA BOLEH BERLAKU DI MALAYSIA!!!!!!!


Penghuni Gua
: Gambar di atas adalah rusuhan yang berlaku di london. Bermula hanya kerana perkara kecil . Akhirnya telah memakan korban yang banyak. Menyusahkan banyak pihak. Penganjur rusuhan senyap dan terus melarikan diri bila keadaan kacau bilau.

2. Jika tidak merekalah puakanya yang dok menghasut orang berdemo haram. Perkara yang sama berlaku di Malaysia. Cuma tak seburuk di london akibat ketegasan polis dan kerajaan dalam bertindak menghalang puaka demo haram ini bermaharajalela. Mereka ini tahu hasut orang verdem haram. Tapi tak bertanggungjaab. Jika berlaku apa-apa akan salahkan kerajaan dan polis. Polis keraslah, polis zalim lah. Tak demokrasilah. Melanggar hak asasi manusialah dan segala macam terma yang digunakan untuk halalkan tindakan haram mereka.

3.Jika yang buruk berlaku , mereka hanya munuding jari menyalahkan pihak polis dan kerajaan. Itulah aje kepandaian mereka. Kemudian repot pada PBB atau mengaku ke Britain sehingga yang ada melarikan diri dan terus menetap di London kerana kerajaan di dakwa zalim dan polis kejam dan melanggar hak asasi manusia. Tetapi bila polis bertindak keras di London, tak ada puak puak ini di Malaysia, mengecam tindakan polis berkenaan. Lihat gambar itu sudahlah.

4. Polis Malaysia wajib mengambil contoh bagaimana polis London yang terkenal dengan hak asasi manusia ini bertindak. Mereka hanya cakap dan tau mengecam Malaysia jika melakukan perkara yang sama pada puaka demo haram di Malaysia. Tetapi bila kena tang diri dan negara mereka, mana hak asasi manusianya?

5. Begitu juga pejuang hak asasi Malaysia ini. Diam membisu tentang tindakan London mengekang perusuh ini.

6. Jadi kepada kerajaan dan polis , bertindaklah sekeras mungkin jika ada lagi demo haram di Malaysia ii agar perkara di London tidak berlaku di Malaysia. Memang semua demo haram mendakwa mereka demo aman. Tetapi ramai nak ambil kesempatan dan hanya menjadikan nya untuk diri sendiri dan kepentingan politik bodoh mereka. Bukan ikhlas pun nak pejuangkan hak rakyat. Nak penuhkan tembolok dan tengkok mereka aje. Cakap aje yang lebih mereka ini. Kemudian jaja ayat suci Al Quran nak halalkan kerja haram mereka.

7. Jadi kepada kerajaan dan polis, teruskan dengan tindakan keras dan lebih tegas terhadap puaka demo haram ini. Jangan lagi diberi muka. Tak mustahil , perkara yang sama atau lebih buruk berlaku di Malaysia jika kita tidak mengambil tindakan tegas dan keras lebih awal.

8. Benamkan puaka demo haram ini dari bumi Malaysia. Kami semua di luar ini dah naik meluat dengan tindakan mereka.

9. Tak gitu yang lain?

PETA PELAYAR