
Dewan Rakyat sekali lagi gempar apabila tiga lagi ahli parlimen Pakatan Rakyat diusul untuk digantung selepas didakwa menghina dewan.
Satu usul untuk menggantung tiga wakil rakyat berkenaan atas dakwaan menghina dewan tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini.
Keputusan itu, bagaimanapun didakwa dilakukan tanpa mengemukakan notis tujuh hari. Berita lanjut : KLIK
Satu usul untuk menggantung tiga wakil rakyat berkenaan atas dakwaan menghina dewan tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini.
Keputusan itu, bagaimanapun didakwa dilakukan tanpa mengemukakan notis tujuh hari. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Puaka parlimen buta halk lagi. Puaka-puaka ini nak tunjuk temberang cara sivaji. Gempar lebih. Habok pun tak ada. Kuasa speaker nak dipersoal.
2. Macam nilah, cuba puaka-puaka ini yang dok persoal kuasa speaker yang dikatakan tidak adil ini dengan menilai apa yang mereka juga lakukan di DUN Pulau Pinang , DUN Selangor dan DUN Kelantan.
3. DUN Selangor, hanya kerana tak hadiri sidang SELCAT dan persoalkan SELCAT , maka Khir Toyo digantung hadiri DUN selama setahun. Dan beberapa yang lain juga mengalami nasib yang sama.
4. Cuba lihat perkara yang sama di DUN Pulau Pinang. Hanya kerana menyebut perkataan 13 mei di dalam DUN, maka ADUn BN iaitu Dato Azhar digantung 6 bulan tanpa asas. Hanya sebut 13 mei. Bukan ada apa. Hanya sebut jangan tragedi 13 mei berulang lagi . Itu sahaja. Kena gantung 6 bulan.
5. Kedah juga begitu. Berapa kali ADUN BN di halau keluar dewan. Akhbar pun diharamkan oelh speaker dan MB hanya kerana tak lapur perkara yang menggembirakan MB Kedah.
6. Kepada puaka-puaka parlimen ini, pooooorrrrrahhhhhhhhhhhhhhh. Cakap aje peraturan dan demokrasi. Amalan mereka sendiri pun lebih teruk dari itu. Pemilihan parti mereka pun lintang pukang tak ada peraturan. Ada hati pulak , nak kritik speaker kata tak ikut peraturan.
7. Cuma nak tanya puaka ini " Masa bila pulak PKR dan pemimpinnnya pandai dan nak ikut peraturan? Demo Haram, Pakatan haram, lakukan pemilihan parti cara haram, buang calon nak bertanding ( Jenapala ) dengan keluar surat haram, buat demo haram, baling kerusi dalam pemilihan cara haram, menang pemilihan PKR pun cara haram kerana tak ada mandat dari ahli ( 10 % aje ahli keluar mengundi ). Juga menjawat jawatan ketua umum juga haram ( tiada dalam perlembagaan PKR ). Dan banyak pemimpinnya termasuk sahibul samahah nya yang dituduh di mahkamah kerana melakukan seks haram. Jadi nak cerita hal peraturan? Boleh jalanlah!!!!!
8. Apa cerita ? Tak gitu?
