



Jam 11 pagi tadi PG sekeluarga pergi ke Muar Johor untuk makan tengahari. kami sekeluarga makan tengahari yang di host kan oleh Puan hayati dan suami. Makan tengahari iaitu nasi putih berlaukkan pais, ikan merah masak asam pedas, siput sedut, udang goreng dan asam pedas pari. Selain itu pekena dengan air kelapa muda. Fuhhhhhhhhhhhhhh. Mantap. Lepas makan terus balik. Sesiapa nak merasa masakan yang amat enak ini , kunjungilah gerai SIMOL ASAM PEDAS JJ, Jalan Joned, Muar Johor.
2. Jam 5 petang PG dengan anak bongsu telah menunggang kuda Mummyjane dan Ranger sejauh 20 km di kawasan Taman Tasek Utama dan Hutan Rekreasi Ayer Keroh. Menitih juga peluh dibuatnya. Inilah tunggangan terakhir minggu ini. Isnin mula kerja di Kuala Lumpur. Hujung minggu baru boleh tunggang kuda balik.
3. Alahai. Kena kerja semula. Malas pula nak mula kerja. dah setahun enam bulan belajar Masters. Nak mulakan tugas rasa lemah sikit. mungkin dalam masa seminggu dapat sesuaikan diri kot.@#^&*()(*&^%$#$^&*(*%$%^&*(*&^%$^&*(*&^%
