FOLLOWERS

Showing posts with label RIADAH / SCUBA. Show all posts
Showing posts with label RIADAH / SCUBA. Show all posts

Tuesday, 14 June 2011

SCUBA DIVING ( ADVANCE ) DI TIOMAN 2 !!!!




Penghuni Gua
: Lega !!! Sebab dah selesai membuat selaman 100 kaki di sekitar Pulau Tioman dan setakat ini telah lulus kursus lanjutan ini. Selaman pagi tadi mula jam 9 pagi hingga jam 1030 dan petang dari jam 230 petang hingga jam 430 petang. Menyelam di coral dan kapal tenggelam. Amat indah sekali. Bapak-bapak ikan semuanya yang berada di bawah sana. Esok sambung lagi jam 0830 pagi hingga jam 11 pagi dan dari jam 2 petang hingga jam 4 petang. Latihannya ialah mengenai navigation. Berkunjunglah ke Pulau Tioman. Ianya amat mengasyikkan.


KURSUS SCUBA ADVANCE DI PULAU TIOMAN !!!!




Penghuni Gua
: Semalam 13 jun 2011 , PG dengan 8 rakan dari Kuala Lumpur telah sampai di Pulau Tioman. Kami akan berada di Tioman Pahang sehingga 18 jun 2011. PG datang ke Pulau Tioman dan menetap di Panuba Inn Resort bagi mengambil kursus menyelam SCUBA lanjutan ( advance ). Rakan-rakan yang lain pula mengambil kurus menyelam SCUBA " Open Water ". Semalam PG dah selesaikan selaman hari pertama dengan latihan-latihan gelung, apungan, dan sebagainya. Menyelam sedalam 35 kaki.






2. Jam 830 pagi ini , PG akan membuat selaman sedalam 100 kaki di kawasan terumbu karang di kawasan Air Batang , Pulau Tioman. Jurulatih yang mengajar PG adalah dari Peranchis dan Jerman.


3. Mudah-mudahan berjaya dan selamat dengan selaman hari ini. Kepada rakan-rakan di luar sana, datanglah ke Tioman . Anda pasti terpegun dengan keindahannnya. Dan sertailah riadah selaman dan anda akan terpukau dengan dunia bawah laut yang amat indah dan begitu menawan sekali.


4. Jom selam. !!!!!!!!!!!!!!!!! ( Silapnya ...............kamera bawah air tak bawa pulak ). Kalau ada rezeki dapat pinjam dengan kawan-kawan nanti mungkin ada gambar bawah air yang akan PG paparkan nanti.

PETA PELAYAR