FOLLOWERS

Showing posts with label SPRM / PEGAWAI BEBAL. Show all posts
Showing posts with label SPRM / PEGAWAI BEBAL. Show all posts

Saturday, 15 August 2009

SPRM KELUAR ARAHAN TIDAK AKAN SIASAT LAGI RASUAH MELIBATKAN TOKOH POLITIK : KENYATAAN BEBAL SPRM !




Berita TV3 jam 130 petang tadi melapurkan seorang Tim. Pesuroh jaya SPRM ( Siasatan kalau tidak silap PG ) telah mengeluarkan arahan kepada semua pegawa SPRM bahawa bermula pada hari ini, SPRM tidak akan lagi menyiasat mana-mana kes rasuah, penyelewengan atau salahguna kuasa terhadap mana-mana tokoh politik atau yang berkaitan politik.

Alasannya mudah : Setiap kali tangkapan dan siasatan SPRM dalam kes rasuah yang melibatkan politik atau tokoh politik maka SPRM akan dikecam dan maki hamun. Beliau seterusnya berkata beliau rela hilang jawatan kerana memberi arahan sedemikian. Ini kata Tim Pesuruhjaya SPRM Malaysia.

Penghuni Gua : Sejak PG hidup inilah kali pertama PG mendengar seorang pegawai yang amat kanan dalam sebuah organisasi mengeluarkan kenyataan yang paling bodoh dan amat bebal sekali.

2. Apa kuasanya tidak akan siasat lagi kes-kes rasuah yang melibatkan politik? Hanya kerana dikecam boleh keluarkan arahan kepada pegawai SPRM supaya jangan siasat. Siapa dia nak keluarkan arahan ini. Undang-undang mewajibkan anda siasat. Jika enggan maka beliau PG cadangkan agar kerajaan mengambil tindakan tatatertib atas kesalahan engkar perintah dan bertindak mengingkari undang-undang dan dasar kerajaan.

3. Dicadangkan kerajaan juga membuat parakuan agar orang no 3 di dalam SPRM ini dipecat dari jawatan berkenaan atau dibuang terus kerjanya dengan menghantar perakuan kepada DYMM Agung. Pegawai terkanan ini tidak layak berada di kerusi berkenaan. Ia bertindak seperti pondan yang takut segala cabaran yang mendatang.

4. Kerajaan telah mengistiharkan perang terhadap rasuah. Maka adalah menjadi tugas dan tanggungjawab pegawai SPRM melaksanakan tugas tersebut tanpa menoleh kebelakang lagi. Kecaman, hinaan adalah asam garam terhadap mana-mana pegawai penguatkuasa. Adakah kita hendak jadikan amalan mana-mana ketua jabatan, setelah di kecam, maka keluarkan arahan dan ugutan tidak akan melaksanakan tangkapan dan penguatkuasaan dan siasatan terhadap sesuatu kes? Jika beginilah keadaannya , maka jahanamlah sesebuah negara ini.

5. Pegawai SPRM ini telah menegaskan beliau sanggup kehilangan jawatan ini kerana mengeluarkan kenyataan pondan ini. Maka kepada kerajaan : nyah sahaja pegawai yang bebal dan pengecut ini dari SPRM dan dari kerajaan pun. Beliau tidak layak berada di kerusi berkenaan. Inikah komitmen dan kerja keras yang akan kita harapkan dari seorang pemimpin kanan kerajaan? Layakkah kerajaan menyimpan pegawai sebegini?

6. Pecat segera pegawai kanan bebal ini dari SPRM. Beliau tidak tahan tekanan. Nyahkan segera.

PETA PELAYAR