FOLLOWERS

Showing posts with label SUHAKAM / POLITIK. Show all posts
Showing posts with label SUHAKAM / POLITIK. Show all posts

Wednesday, 7 July 2010

SUHAKAM : DI PLATFORM MANA SEBENARNYA ?






Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dilarang daripada memasuki tapak pembinaan Istana Negara baru yang sedang dalam pembinaan ketika cuba menyiasat dakwaan bahawa pekerja asing dilayan dengan teruk dan ada juga dikatakan tidak menerima gaji bagi tempoh tiga bulan. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : PG hairan juga dengan SUHAKAM ini. Apa peranan dan fungsinya. Memanglah ia boleh menyiasat mengenai pelanggaran yang berkaitan hak asasi manusia di Malaysia ini. Isunya mengapa kalau kes berkaitan dengan desakan pembangkang cepat sangat mereka bertindak. Tak ada aduan resmi pun , bukan main proaktif mereka bertindak. Hanya berdasar lapuran akhbar.

2. Bila melibatkan isu dan pelanggaran hak asasi manusia yang dibuat oleh pembangkang dan NGOs yang sama dengannya tak ada pula SUHAKAM bertindak. Terus senyap sahaja. Di mana peranan SUHAKAM sebenarnya.

3. Contohnya, demo-demo haram yang dianjurkan oleh pembangkang di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur sejak dahulu. Selain melanggar undang-undang , ia telah menyusahkan rakyat terbanyak kerana akibat dari demo haram ini, keadaan kesesakan amat teruk dan menjejaskan kehidupan kami semua . Malah dalam demo-demo haram ini , kanak-kanak juga di eksloitasi oleh pembangkang untuk berdemo dan menjadi perisai manusia. Mengapa dalam hal ini SUHAKAM tak menyiasat dan membuat perakuan kepada kerajaan apa yang patut dilakukan terhadap pendemo haram ini?

4. SUHAKAM perlu ingat, hak asasi manusia ini ada dua bahagaian. Hak asasi individu atau kelompok kecil dan yang keduanya hak asasi awam. Hak asasi awam yang perlu diutamakan. Bukan sebaliknya.

5. SUHAKAM ini berdiri di platform mana sebenarnya. Ditengah, di kiri atau di kanan? Nampaknya ke arah kiri. Macam suara pembangkang aje!!!!

6. Dalam kes di atas pun , bukan main SUHAKAM bertindak nak menyiasat kontraktor yang membina istana DYMM Seri Padukan Baginda Yang Di Pertuan Agung. Bukan main cepat lagi. Aduan resmi pun tak ada. Begitu cepat sekali mereka bertindak.

7. Minta SUHAKAM komen sikit. !!! Hak asasi awam atau hak asasi individu / kelompok kecil yang menjadi keutamaan SUHAKAM? Yang nampaknya jelasnya ialah , SUHAKAM lebih utamakan hak asasi individu dan kelompok kecil ( yang menentang kerajaan sahaja ) yang sibok disiasatnya.

8. Mengapa ya???? Ada apa-apa kot!!!!!!!!!!!!!!!!!

PETA PELAYAR