FOLLOWERS

Showing posts with label UNDANG-UNDANG / SAMAN EKOR. Show all posts
Showing posts with label UNDANG-UNDANG / SAMAN EKOR. Show all posts

Sunday, 8 August 2010

LAGI HAL SAMAN EKOR : KIRIM SALAM PADA KETUA PENGARAH JPJ !!!!





..............................Solah berkata, mengikut peruntukan undang-undang, JPJ dan agensi penguat kuasa lain berhak menyenaraihitamkan pemilik kenderaan apabila saman atau notis tidak diselesaikan

''Ikut sistem, kalau sudah buat salah dan langgar undang-undang, saman dan notis akan dikeluarkan. Awak (pemilik kenderaan) perlu selesaikan saman atau notis ini.

''Jika awak tak selesai, perlulah diselesaikan supaya awak mematuhi peraturan. Ini seperti awak minum teh di kedai, kenalah bayar," katanya. ......................................................................................................

Katanya, tidak semua saman ekor akan melibatkan pertindihan nombor pendaftaran.
''Pengguna jalan raya perlu jujur, jika sudah buat salah, selesaikan saman atau notis berkenaan," ujarnya Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Nampak sangat Ketua Pengarah JPJ ini tak tahu undang-undang dan main sedap kepala dia sahaja. Analogi yang digunakannya tak kena langsung.

2. Untuk makluman Pengarah JPJ , saman ekor ini tak berperlembagaan. Mahkamah telah putuskan demikian " kes Leonard Lim Yaw Chiang –vs- Director Of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280 yang secara jelas menyatakan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan tidak boleh menyenarai hitam kenderaan semata-mata dengan saman ekor.
Ini kerana, tindakan menyenaraihitamkan kenderaan atas sebab saman ekor adalah bertentangan dengan seksyen 17 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan merupakan satu perlanggaran kepada Artikel 13 Perlembagaan Persekutuan. ".

3. Cakap kedai kopi boleh le , cakap macam tu. Ini melibatkan mahkamah. Dan anda tu Ketua Pengarah. Cakap tu, biar padan dengan standard Ketua Pengarah. Dengan saman ekor , belum tentu sesorang itu bersalah. Polis dan JPJ bukan hakim yang menentukan salah atau tidak seseorang itu. Ingat! JPJ dan Polis hanyalah penguatkuasa. Saman bolehlah. Bukan JPJ dan Polis yang menentukan salah atau tidaknya seseorang itu. YAA Hakim yang menentukan seseorang itu bersalah atau tidak.

4. Saman ekor ini sebenarnya bukan saman. Ia hanya notis saman yang perlu dibuktikan bersalah atau tidak di mahkamah sebelum seseorang individu itu diarahkan membayarnya.

5. Saman ekor tidak membuktikan seseorang itu bersalah. Saman ekor hanya diambil dengan kamera. Tetapi ia tidaak membuktikan seseorang itu bersalah. Memang gambar seseorang itu dan keretanya terpampang dalam gambar yang dirakam. Tetapi gambar hanya gambar. Ia tak membuktikan apa-apa. Ia serupa macam peguam kes Linggam dahulu. Dia katakan , memang gambar dalam vedeo itu suara dan rupanya macam dia, tetapi bukan dia. Hanya macam dia.

6. Itulah sebabnya Suruhajaya Di Raja tidak boleh buat apa-apa kepadanya. Hanya macam saya. Bukan saya!!!! Itulah mengapa Linggam tidak dapat diambil tindakan oleh Suruhanjaya tersebut.

7. Jadi kepada Ketua Pengarah JPJ, Ingat! Mahkamah telah buat keputusan dalam isu saman ekor. Patuhinya. Jangan main sedap kepala sendiri. patuhi keputusan mahkamah yang telah mendahului kes ini dengan mengatakan ia tidak berpelembagaan dan bertentangan dengan sek 17 Akta pengangkutan Jalan 1987.

8. Satu perkara yang tidak berpelembagaan mengenai saman ekor ini pada pandangan PG dan mahkamah yang memutuskannya ialah, pesalah lalulintas ini tidak diberitahu serta merta kesalahan trafik yang telah dibuatnya yang mana inilah salah satu sebab mengapa ia tidak berpelembagaan. Setiap orang yang ditangkap atau di saman mestilah diberitahu seberapa segera yang boleh. Bukan selepas sebulan kemudian. Itu pun dengan hanya notis.

9. Kepada Pengarah JPJ, juga perlu ingat ! anda hanyalah penguatkuasa, bukan hakim. Perlembagaan telah menetapkan bidang kuasa esekutif , legislatif dan kehakiman. Jadi fahami dan patuhinya. Jangan pakai dan gunakan akal sendiri. Patuhi undang-undang dan kes law yang terdahulu bagi isu saman ekor.

10. HAPUSKAN SAMAN EKOR!!!!!!!!!!!!!!!!kAMI TAK NAK!!!!! sAMAN EKOR ADALAH SATU KERJA HARAM DAN TIDAK BERPELEMBAGAAN!!!!

Nota : PG tak ada satu dan tak pernah sekali pun kena saman ekor. Entah dan tak tahu kenapa. Mungkin kerana patuhi undang-undang jalanraya kot!!!!!!!!!!!

PETA PELAYAR