FOLLOWERS

Sunday 6 September 2009

PERHIMPUNAN HARAM : TAN SRI KOH CADANG AMBIL GAMBAR DULU JANGAN TANGKAP DULU !





PETALING JAYA: Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, mengesyorkan polis supaya menggunakan kaedah merakam situasi sesuatu perhimpunan, demonstrasi atau tunjuk perasaan sebagai bukti sebelum bertindak menahan individu yang terbabit. Beliau berkata, ia bagi mengelakkan tanggapan orang ramai mengenai sikap polis yang dilihat sebagai tidak adil dan berat sebelah serta mengambil tindakan menahan pihak tertentu sahaja.

"Polis mestilah konsisten dan adil kepada semua. Tidak sepatutnya memberi gambaran bahawa polis mengambil tindakan terhadap satu pihak dan tidak mengambil tindakan terhadap pihak yang lain.

"Kita mesti ada satu kaedah dan garis panduan yang dinampak oleh rakyat dan orang ramai sebagai adil dan konsisten," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan parti Gerakan Selangor di sini hari ini. Beliau berkata, polis kemudian bolehlah bertindak melalui bukti yang didapati menerusi rakaman video yang dibuat seperti melakukan penahanan sekiranya didapati peserta demonstrasi atau tunjuk perasaan itu telah mencetuskan kekecohan.

"Jika demonstrasi secara aman, saya ingin mengesyorkan supaya polis jangan bertindak begitu cepat menahan mereka yang terlibat, sebaliknya nasihatkan supaya tidak meneruskan (demonstrasi) selepas mencapai matlamat mereka untuk kemukakan bantahan.

Penghuni Gua : Tan Sri Koh ini nak menyibuk dan mencari publisiti murahan lagi. Cukuplah dengan cadangan bodoh tersebut. Adalah lebih baik beliau melihat apa yang kerajaan China ambil tindakan terhadap penunjuk perasaan di Urumqi China kalau nak katakan polis Malaysia kejam.

2. Apa perlu rakaman gambar terlebih dahulu. Perhimpunan haram tetap perhimpunan haram. Perhimpunan haram wajar disuraikan agar tidak sewenangnya hendak berdemo hingga mengganggu ketenteraman orang lain.

3. Koh mengatakan polis perlu nasihat dahulu. Itupun tidak perlu. Memang mereka sudah tahu perhimpunan salah dan boleh disuraikan mengikut beberapa undang-undang negara. Adakah sebelum ini terlalu kurang polis memberi nasihat. PG melihat tidak kering gusi polis menasihat dan sehingga sebelum tindakan penyuraian pun FRU masih memberi amaran demi amaran agar bersurai. Adakah ini masih tidak memadai.

4. Adakah perlu perhimpunan ini sehingga mengaggui ketenteraman dan pertumpahan darah dahulu barulah polis boleh mengambil tindakan?

5. Lebih baik Koh memberikan tumpuan kepada KPI yang PM arahkannya buat dan laksanakan sehingga kini masih belum terbuat sehingga dato Idris Jala terpaksa dipanggil untuk membantu. Jadi kepada KOh janganlah sibuk memberi pandangan bodoh anda dan pandangan yang tanpa ada justifukasi. Menyampah kita semua melihatnya.

6. Kepada Koh juga, baik tumpukan perhatian anda dan merangka bagaimana GERAKAN dapat memulihkan keyakinan bangsa cina agar menyokong mereka. Jangan sibuklah dengan pandangan bodoh dan tidak bertempat ini.

7 . Jangan jadikan PDRM sebagai kambing hitam akibat dari kebodohan yang anda lakukan semua. Semua kemelut yang terjadi ini sebahagiannya adalah hasil dari polisi perkauman anda. Apa yang anda telah lakukan untuk berbaik semula dengan pemimpin UMNO di Pulau Pinang. Jika belum ada, lebih baik fikirkan perkara tersebut dari menyibok dengan perkara yang bukan bidang anda.

8. Anda jadi CM di Pulau Pinang pun atas ehsan UMNO sebanyak 2 penggal. jadi baik diam perkara yang bukan bidang anda. Hentikan pandangan dungu ini.

9 Menyampah.

5 comments:

  1. Salam PG, kawan rasa, Polis tiak perlu berbuat begitu, bukankah setiap demonstrasi yang hendak diadakan perlu mendapat permit, tidak kiralah sama ada aman ke, tak aman ke saja, jalankan tindakan.....

    ReplyDelete
  2. Salam sejahtera,
    Kalau setakat ambil gambar saja, lepas tu macam mana nak tangkap kalau mereka didapati melakukan kesalahan?
    Katakanlah seseorang itu melakukan kekerasan terhadap polis atau kerosakan awam, cukup dgn mabil gambar sahaja? Biarkan mereka pergi, esok baru nak tangkap. Mana nak cari orang tu? Masa ada didepan mata dibiarkan - ambil gambar saja, dia dah cabot baru terkial-kial nak tangkap. Nak cari dimana?
    Kepada Koh, cari le point lain kalau nak cakap pun. Jangan main ikut sedap mulut je takut dilupai orang. KPI tak berapa menjadi hingga DS Najib terpaksa lantik Idris Jala membantu. Faham-faham le....

    ReplyDelete
  3. SLM BRO..DIA SEPATUTNYA CARI JLN MCM MANA NK BANTU BN DI PENANG. KLU DIA BIJAK TENTU DIA TAHU MCM MANA CARA NK RAIH SOKONGAN RAKYAT TERUTAMA KAUM CINA TERHADAP BN. ATAU PUN MEREKA BLH BEKERJA SAMA DGN MCA TANPA PERLU BERSIKAP HIPOKRIT

    ReplyDelete
  4. hum tapi betul juga apa yang cadangkan..sekurang kurangnya polis ada bukti kalau kes dibawa ke mahkamah..siarkan secara terus di buletin utama..biar satu malaysia tengok perangai orang demonstari ni kemudian barulah rakyat boleh memilih siapa yang benar.

    maksudnya ada rakaman dibuat semasa polis mengawal demonstari. malah di amerika, didalam kereta peronda sudah tersedia video untuk merakam keadaan semasa polis mengejar pesalah.

    mengapa malaysia masih ketinggalan teknologi sebegini sedangkan megah mengatakan negara sudah maju..malah cctv yang dipasang juga tidak memuaskan sehingga ada kes terjadi didalam bangunan kerajaan tidak dapat disiasat..cukup memalukan....

    ReplyDelete
  5. Dr Kho Tu Bodoh.. Nanti bila Perompak masuk rumah dia Liwat Bini dia dan anak pempuan dia.. Dia marah Polis kerana tak tangkap itu Perompak sebab dia bertahu Polis da ada Rakam itu Gambar masa itu pewrompak Liwat dia punya bini / anak pempuan dan itu CCTV pun ada rakam...Dia ingat itu perompak Polis boleh kenal ke atau itu perompak ada beri nama dan lamat tempat tinggal dia ke..Lu Punya pasal lah BN Penang kalah.. Lu Pun Sama DAP pun sama.. lu duri dalam daging BN

    ReplyDelete

PETA PELAYAR