FOLLOWERS

Sunday 22 November 2009

KUCING KURAP INI MINTA MAAF : TIADA MAAF !

MStar Online

KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng untuk pertama kalinya menawarkan permohonan maafnya kepada seluruh mangsa dan keluarga mangsa yang pernah mengharungi kesengsaraan akibat keganasan anggota-anggota PKM sewaktu zaman darurat dahulu.

Dalam satu temuramah dengan wartawan The Star, Eddie Chua di Bangkok baru-baru ini, Chin Peng berkata walaupun PKM berpegang kepada falsafah tidak membunuh orang awam tetapi beliau mengakui adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan kesilapan mungkin berlaku di sepanjang era darurat tersebut.

“Dalam kes-kes tertentu kami mungkin telah melakukan kesilapan...tetapi itu semasa era perang. Dalam perang, susah hendak kita bezakan siapa yang bersalah dan tidak bersalah tapi jika ada di antara kami yang dengan tidak sengaja telah menyebabkan kematian orang awam, dengan itu saya ingin memohon maaf...dan saya juga minta maaf kepada seluruh ahli keluarga yang terpaksa menanggung penderitaan ini,” katanya. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Binatang dan kucing kurap Ching Peng ini cuba meminta maaf. Binatang kata masa itu perang. Komunis pun mati bukan tentera sahaja yang mati. Jawapannya senang sahaja. Itu bukan perang tetapi pemberontakan dan pengkhianatan kepada negara. Sebagai rakyat mereka tidak akan berperang dengan rakyat dan negara sendiri.

2. Pada PG, ini sebagai strategi untuk melembutkan kerajaan Malaysia agar membenarkannya kembali ke Malaysia. PG percaya , permohonan maaf ini pun , diajar oleh pendokong mereka termasuk beberapa ahli politik Malaysia yang kerap berjumpa kucing kurap ini di Thailand.

3. Dulu pun, ada seekor kucing kurap yang paling hebat mencemuh kerajaan akhirnya bergelandangan di merata dunia. Akhirnya dia dapat kembali ke Malaysia atas sumbangan dan pertolongan oleh seorang pemimpin islam liberal. Setelah balik, menjadi penggerak demontrasi haram di belakang tabir. Bila ditangkap polis , ia mengatakan is journalist. Berjanggut berjambang. Tersiar di Malaysia Kini hari-hari. Itu pun cuba nak tunjuk pandai dan mengutuk kerajaan setiap hari.

4. Kepada kerajaan, jangan sesekali memaafkan kucing kurap dan binatang ini. Cukuplah kerajaan dipermainkan sekali dalam membawa masuk kucing kurap yang pertama dulu. Ada blog lagi kini. Jangan benarkan kucing kurap ini kembali atas alasan apa pun atau dengan desakan siapa pun.

5. Juga Kerajaan jangan sesekali bertindak bodoh dan diperbodohkan oleh kucing-kucing kurap ini dan pendokong-pendokongnya, yang masih ramai di sini. Mereka ada agenda..................

6. Siasat , siapa di belakang semua ini.......... darah PG pun dah mula menyirap dan mendidih ni.....


Perkembangan terbaru : NAIB PRESIDEN PAS CADANG REFFERENDUM UNTUK KUCING KURAP CHIN PENG. Berita lanjut KLIK


................................Dalam pada itu Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, berdasarkan perkembangan terbaru itu, beliau menyarankan agar pihak kerajaan membuat satu referendum untuk rakyat menentukan sama ada permohonan maaf berkenaan boleh diterima dan sekaligus menerima kepulangan Chin Peng.

"Saya cadangkan agar kerajaan buat satu referendum atau pungutan suara untuk mengetahu keinginan sebenar rakyat."Kita sepatutnya serahkan kepada rakyat untuk buat keputusan mengenai isu ini... saya pasti kerajaan tentu bijak untuk mengendalikannya," kata beliau.

Jelas Salehudin lagi, hanya melalui referendum berkenaan kerajaan boleh mendapatkan maklum balas sebenar sama ada rakyat mahu menerima permohonan maaf Chin Peng dan seterusnya membenarkannya pulang ke tanah air. ............................Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Agung sangatkah binatang ini sehingga satu pungutan suara perlu dibuat. Penting sangatkah Chin Peng ini ini kemajuan negara sehingga seluroh rakyat dan negara memikirkan dan membuang masa untuk pungutan suara. Inikah sahaj kejituan dan kecerdikan pemimpin islam PAS ini?

2. Nampak gayanya , dungu sangatlah pemimpin islam sebegini. Politik , politiklah. Bila menyangkut keselamatan dan maruah negara , janganlah kita sama turut menjadi pelacur juga.

10 comments:

  1. PG, tiada maaf bagi mu Ching Peng...... kalau dia diragut nyawanya kat luar negara, mayat atau abu mayat dia pun jangan dibenarkan bawa balik......

    Bersorak nanti Nizar dengan kuncu-kuncunya di Perak, entah-entah 44 hari berkabung......

    ReplyDelete
  2. Tuan PG
    bangsat itu bukan kucing kurap tapi ANJING KURAP

    ReplyDelete
  3. jangan sekali-kali dibawa sicelaka ini pulang ke malaysia...melainkan untuk dibicarakan dan dihukum
    dosanya pada rakyat malaysia amat besar
    pas nak jadi kominis ke??

    ReplyDelete
  4. Kalau tak salah kenapa nak mintak maaf. Akhirnya....mengaku juga dia. Sejak bila pulak PAS ni jadi begitu pemaaf....UMNO jadi musuh sampai ke mati, komunis juga idaman kalbu. huhuhu

    ReplyDelete
  5. patut heret jer apek ni naik tribunal jenayah perang mcm pol pot tuh.. tak cukup dengan malayan union dan tentera jepun dulu pun kita dah cukup sengsara boleh pulak bawak masuk komunis utk menambahkan lagi kesengsaraan.. kalu nak komunis sangat pi lah negara lain, TAK SEDAR DIRI! TUA BUNGKER!

    ReplyDelete
  6. dah terlambat.. baik dia diam sahaja..lagi dia ckp bnyk lagi sakit hati dibuatnya..

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum..
    kalau disuruh langkah mayat kucing sekalipung, jangan diharap maaf daripada kucing!

    ReplyDelete
  8. Dia tak akan boleh balik punyalah..melainkan dgn kebenaran Najib..atas seribu satu alasan yg boleh diberikan..
    Tunggu dan lihat sajalah..

    ReplyDelete
  9. Salam PG,
    Kucing Kurap @ Anjing Kurap tu buang saja di tempat pelupusan sampah moden, masukkan dalam insenerator....diluar negara, bukan di Malaysia ni. Spt kata yang gambi, jgn ada habuk dan bulunya pun yg dibawa balik, hantar ke tongsan ~ bRAVEhEART

    ReplyDelete
  10. -Yang maha dilahanat ching peng, sbenarnya xda isu maaf dsini, kau x layak mtk maaf sekalipun.
    -referendum pun x ada isu lsg dmana rakyat yg 50% x alami keperitan zaman kominis.
    -jk lahanat ni dbawa masuk, maka ramai la komunis lg nak masuk dgn tiket "maaf".
    -perang? hello masa tu bukan perang lg! kau pemberontak kpd yang di pertuan Agong.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR