FOLLOWERS

Wednesday 4 November 2009

MALAYSIA LAW JOURNAL : KES KETERANGAN AGEN PROVOKATOR

[1995] 3 MLJ 642
Public Prosecutor v Chong Nyuk Min & Anor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (IPOH) — CRIMINAL TRIAL NO 58–2–94

Judges KANG HWEE GEE J

Date 26 JULY 1995

Citation [1995] 3 MLJ 642

Catchwords:
Evidence — Witness — Statements made in the course of trial — Statements made in examination-in-chief omitted in cross examination — Whether inconsistencies were within scope of s 155(d) of the Evidence Act 1950 — Whether inconsistencies that arise should be assessed accordingly by the court — Evidence Act 1950 s 155(d)

Evidence — Witness — Credibility of — Prosecution witnesses went for lunch together during court adjournment — Whether would cast suspicion that they were collaborating

Evidence — Witness — Credibility of — Statement in first information report — Omitted certain details which had been given by prosecution witnesses — Whether embellishments

Criminal Law — Dangerous Drugs Act (Malaysia) — s 39B — Trafficking in dangerous drugs — Whether presumption of possession of dangerous drugs under s 37(d) rebutted — Whether presumption of trafficking of dangerous drugs under s 37(da) rebutted

Criminal Law — Dangerous Drugs Act (Malaysia) — s 40 — Informant evidence — Whether identity of an informer whose only function was to accompany and introduce an agent provocateur to a drug trafficker protected

Bahasa Malaysia Summary:

Kedua-dua tertuduh dipertuduh dengan kesalahan secara bersama untuk melanjutkan kepada satu tujuan bersama untuk mengedar 120.8g heroin di bawah s 39B Akta Dadah Merbahaya 1952 (‘Akta itu’) di suatu kawasan terbuka sebuah tanah perkuburan Cina di Pusing, Perak, pada 1 September 1993, lebih kurang 9.30 malam.
Mereka ditangkap dalam satu operasi yang dikendalikan oleh polis yang telah menggunakan bantuan seorang pemberi maklumat dan dua orang ejen provokasi, yang telah berlagak sebagai pengedar dadah yang ingin membeli dadah daripada mereka. Saksiutama untuk pihak pendakwaan adalah Detektif Polis Konstable Mak (‘DPC Mak’) dan Detektif Lans Korporal Cheah (‘DLC Cheah’), iaitu dua orang ejen provokasi tersebut dan Ketua Insp Zorki, yang membuat laporan polis terhadap tertuduh dan yang merupakan seorang anggota daripada pasukan serang hendap. Pemberi maklumat tidak dipanggil untuk memberi keterangan, dan dia juga tidak dikemukakan di mahkamah.
Versi fakta-fakta yang diberi oleh tertuduh adalah berbeza daripada satu sama lain, dan juga daripada pihak pendakwaan. Pihak pembela juga mencabar kebolehpercayaan saksi utama pendakwaan, antara lain, atas alasan bahawa: (i) semasa pemeriksaan balas, DPC Mak tidak menyatakan beberapa fakta yang dia telah sebut semasa pemeriksaan utama; (ii) DPC Mak telah membimbing DLC Cheah dalam pemberian keterangannya, kerana mereka telah dinampak makan tengah hari bersama semasa penangguhan mahkamah; dan (iii) keterangan pihak pendakwaan berkenaan dengan peristiwa yang berlaku pada tanah perkuburan telah dibunga-bungai, kerana Ketua Insp Zorki tidak mengatakan beberapa perincian peristiwa tersebut dalam laporan polisnya.

Diputuskan:
Diputuskan,
mendapati kedua-dua tertuduh bersalah, dan menjatuhkan hukuman mati mandatori di bawah s 39B(2) Akta itu:

(1) Adalah jelas bahawa peguam pihak pembela tidak boleh memulakan prosiding pencabaran terhadap DPC Mak, kerana kesemua kenyataan yang dikatakan inkonsisten tersebut dibuat semasa perbicaraan. Sebarang variasi atau tidak konsisten yang mungkin timbul dalam keterangannya, sama ada terhadap keterangan sendiri atau terhadap keterangan seorang saksi lain patut ditaksir dengan sewajarnya oleh mahkamah, kerana kenyataan tersebut adalah jelas di luar lingkungan s 155(d) Akta Keterangan 1950, yang hanya berkaitan dengan ‘kenyataan dahulu’ yang tidak konsisten.

(2) Mengenai cabaran yang dibuat oleh peguam pihak pembela bahawa DPC Mak dan DLC Cheah, yang merupakan ejen provokasi, telah berbincang mengenai kes tersebut dan bahawa DPC Mak telah membimbing DLC Cheah, mahkamah berpendapat bahawa adalah merupakan suatu perkara yang tidak diingini untuk saksi-saksi yang hadir di mahkamah dilihat bersama pada masa penangguhan mahkamah dalam keadaan yang mungkin menimbulkan kesangsian bahawa mereka mungkin bersuhabat dalam memberi keterangan terhadap seseorang tertuduh. Peristiwa seperti ini sudah tentu merupakan suatu fakta yang relevan yang mesti dipertimbangkan apabila mentaksirkan kebolehpercayaan kedua-dua saksi tersebut. Akan tetapi, mengikut fakta, tidak ada apa-apa sebab kenapa kebolehpercayaan DPC Mak terjejas. Maka, permohonan untuk mencabar kebolehpercayaan mereka tidak dibenarkan.

(3) Peruntukan s 107 Kanun Acara Jenayah (NMB Bab 6) yang berkaitan dengan pemberian maklumat kepada seorang pegawai yang bertanggungjawab untuk satu stesen polis mengenai suatu kelakuan jenayah tidak memperihalkan butir-butir yang mesti dinyatakan dalam laporan yang berkenaan. Sekiranya seorang pemberi maklumat gagal menyatakan butir-butir yang material dalam laporannya yang dia dijangka buat, kemasukan butir-butir ini dalam testimoninya kemudian mungkin merupakan perbuatan menokok-tambah. Jadi, adalah kurang bijak untuk bergantung kepada laporan polis bagi tujuan menguji sama ada testimoni saksi-saksi pihak pendakwaan adalah konsisten atau tidak dalam kes ini.

(4) Untuk mengekalkan suatu pertuduhan pengedaran dadah, adalah mencukupi jika pihak pendakwaan membuktikan bahawa kedua-dua tertuduh terlibat dengan niat bersama dalam melakukan sebarang perbuatan yang dinyatakan dalam s 2 Akta itu. Adalah jelas daripada keterangan bahawa pihak pendakwaan telah membukti melebihi keraguan munasabah bahawa kedua-dua orang tertuduh tersebut bersubahat untuk menjual dan mengedar heroin kepada ejen provokasi. Juga, oleh kerana beg yang mengandungi dadah itu berada dalam jagaan atau kawalan mereka sebelum penangkapan mereka, mereka mesti disifatkan sebagai memiliki heroin yang terkandung dalam beg tersebut di bawah s 37(d) Akta itu, dan kerana beratnya melebihi 15g, mereka mesti disifatkan, sehingga sebaliknya dibuktikan, bahawa mereka mengedar dadah di bawah s 37(da)(i).

(5) Keterangan yang dibuat oleh tertuduh masing-masing adalah penuh dengan keterangan yang tidak konsisten yang tidak dapat dijelaskan dan ketidakmungkinan. Secara keseluruhannya, mahkamah adalah yakin bahawa kedua-dua tertuduh tidak bercakap benar. Mereka telah gagal untuk mematahkan kedua-dua anggapan milikan di bawah s 37(d) Akta itu, dan pengedaran dadah di bawah s 37(da) dan, oleh yang demikian, telah gagal untuk membangkitkan keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan.

Obiter:

Identiti pemberi maklumat yang hanya berfungsi untuk menemani dan memperkenalkan ejen provokasi kepada seorang pengedar dadah adalah dilindungi di bawah s 40 Akta itu, berbeza dengan kedudukan seorang pemberi maklumat yang bukan sahaja memperkenalkan, tetapi telah hadir lebih daripada satu kali dalam rundingan yang berikutan berkenaan dengan jualan dadah, dan semasa pengangkapan pengedar tersebut. Pemberi maklumat dalam kes ini jatuh di bawah kategori pertama. Maka, dia dilindungi oleh s 40 dan tidak perlu dipanggil untuk memberi keterangan.]
Penghuni Gua : Semuga semua pembaca dan pelajar mendapat menafaat dari kes ini. Tq

1 comment:

PETA PELAYAR