FOLLOWERS

Saturday 14 November 2009

RASUAH HAJI TGNA : NAK CUIT SIKIT LAGI !


Dipetik dari : MStarOnline

Sabtu November 14, 2009

ULASAN MSTAR Oleh ROZAID A. RAHMAN


SECARA TRADISINYA orang Melayu sejak turun temurun telah diajar tentang tiga darjat penghormatan. Pertama kita diajar jangan menderhaka kepada Raja; kedua ibu-bapa dan ketiga tok guru. Ini menjadikan situasi kita sangat sulit apatah lagi untuk menegur ketiga-tiga institusi ini sama ada secara terang mahupun tersirat.

Jadi apabila kita dapati tok guru yang kita semua sayangi seperti Tok Guru Nik Aziz Nik Mat bercakap tentang perkara-perkara yang pada pemikiran dan pemahaman kita sebagai sesuatu yang tidak kena, maka kita menjadi serba salah. Serba salah untuk menegur.

Apatah lagi tok guru seperti Nik Aziz yang memakai dua topi (mungkin dalam hal ini lebih sesuai dipanggil kopiah) iaitu satu sebagai tok guru dan satu lagi sebagai menteri besar. Sebagai tok guru, Nik Aziz melihat dirinya hanya mengikut apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW apabila beliau melantik menantunya sebagai ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat kerajaan negeri di bawah Menteri Besar Yang Diperbadankan.

Nik Aziz dipetik sebagai berkata, sedangkan Nabi Muhammad lagi melantik menantu-menantunya ke jawatan dan kedudukan mentadbir negeri (Madinah), jadi beliau tidak nampak di mana salahnya beliau melantik menantunya menerajui sebuah anak syarikat negeri.

Wajarkah Nik Aziz membuat perbandingan demikian? Jika beliau melihat dirinya sebagai anbiya dan anbiya adalah pewaris nabi maka mungkin ada kewajaran kepada hujahnya, setidak-tidaknya begitulah pada pandangan beliau sendiri.Tetapi pada ketika Nik Aziz berkata demikian, beliau sebenarnya memakai topi/kopiah yang mana satu? Topi atau kopiah tok guru kah atau menteri besar.

Melantik menantu sendiri menduduki kerusi eksekutif boleh dilihat sebagai satu keputusan yang tidak betul jika beliau berbuat demikian atas kapasiti seorang menteri besar.Zaman dahulu mungkin orang tidak berapa kisah tetapi zaman sekarang orang memanggil perbuatan itu sebagai nepotisma.

Dan sedikit masa dahulu, parti-parti seperti PAS sendiri seringkali menyebut ini sebagai nepotisma. Tetapi apa agaknya istilah yang perlu digunapakai untuk kes menantu Nik Aziz ini. Malah Nik Aziz telah memberi restu kepada menantunya itu untuk memecat seorang penyokong kuatnya sendiri yang juga merupakan seorang bloger popular yang beliau sendiri ambil bekerja di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Bloger tersebut yang bernama Syed Azidi@Kickdefella dipecat kerana disyaki terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membawa masuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke PMBK untuk menyiasat menantu tok guru. Tapi tak apalah. Mungkin itu juga hak tok guru untuk melantik dan memecat siapa yang beliau rasa berhak.Tapi bagaimana pula dengan soal menerima RM65,000 sebagai ‘hadiah’ untuk mengerjakan haji.

Tok Guru Nik Aziz atas kapasitinya sebagai tok guru merasakan apa salahnya orang hendak menghadiahkan beliau tiket serta belanja untuk mengerjakan ibadah yang menjadi rukun Islam yang keenam.

“Saya hendak mengerjakan ibadah...apa salahnya,” kata tok guru ketika mengajar di Dataran Ilmu di Kota Bharu Jumaat lalu di hadapan beratus pengikutnya. Semua diam mendengar dan mengangukkan kepala tanda setuju. Beliau tidak menganggap ia sebagai satu bentuk rasuah.
“Orang nak bawa saya pergi ke Mekah, kenapa saya nak tolak. Saya pergi ke Mekah, jarang belanja saya sendiri.

“Orang tolong bayar. Semua orang berebut (untuk membiaya saya ke Mekah),” kata beliau.
Tetapi minta maaf banyak-banyaklah kali ini tok guru. Dalam hal ini, memang tok guru salah. Dan kita kena tegur akan kesalahan tok guru kali ini. Bukannya mengiyakan apa yang beliau cakap.

Ya, akhirnya beliau telah membuat keputusan untuk tidak menerima ‘hadiah’ tersebut. Tetapi malangnya beliau menyalahkan pihak akhbar kerana membesar-besarkan isu ini sehingga membantut niatnya untuk mengerjakan ibadat yang dijadualkan pada 18 November ini.

Kesayangan kita kepada Tok Guru Nik Aziz telah mendorong sebahagian besar daripada kita ‘mengiyakan’ segala tindak tanduk beliau atau lupa hakikat bahawa beliau juga adalah menteri besar yang terikat dengan segala bentuk perintah serta peraturan am seorang anggota pentadbiran negeri.

Sebagai tok guru mungkin Nik Aziz merasakan tidak ada apa yang salah dengan menerima hadiah dalam bentuk mengerjakan amal ibadat.Malah Setiausaha PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim mencelah dengan berkata, ini cara penduduk Kelantan meraikan orang agama. Tetapi semua orang kena ingat yang tok guru ada satu kopiah lagi iaitu kopiah menteri besar.

Sebagai menteri besar, tak boleh tok guru...tak boleh terima ganjaran berbentuk hadiah sedemikian. Sebagai Yang Amat Berhormat, tok guru boleh disabitkan menerima ‘suapan’ apatah lagi syarikat yang hendak menghadiahkan tok guru pakej mengerjakan haji itu adalah syarikat yang berkepentingan yang khabarnya mendapat kontrak perniagaan daripada kerajaan negeri.

Jadi tak boleh tok guru buat macam ni. Sebab tok guru juga adalah seorang menteri besar dan ketua pentadbir sebuah kerajaan negeri. Tok Guru boleh disabitkan dengan kesalahan rasuah - sama ada rasuah moral atau rasuah kebendaan sekiranya SPRM masuk menyiasat dan mendapati seorang penjawat awam tidak boleh menerima apa jua bentuk habuan apatah lagi dalam bentuk wang ringgit dan perjalanan ke luar negara - tak kisahlah atas nama ibadat atau apa sekali pun.

Apa agaknya tok guru nak kata atau orang PAS nak kata kalau perdana menteri Malaysia mengaku buat perkara yang sama? Mungkin minta parlimen bentuk suruhanjaya siasatan diraja agaknya. Wallahualam.


Penghuni Gua : Nak tambah sikit tulisan dari MStar tersebut. Kalau bukan rasuah apa namanya. Sedekah. TGNA mana boleh terima sedekah. Mana masuk asnafnya. Cukup tulang empat kerat.

2. Juga rasuah haji kepada Menantu , anaknya dan SUnya bukan rasuah ke. Menantunya juga berkepentingan sebagai orang yang meluluskan projek papan iklan kepada syaraikat tajaan/ rasuah haji tersebut. Bodoh sangatkah nak bezakan rasuah dengan pemberian biasa. lain le kalau menantunya beri tajaan kepada bapa mertuanya. Lantak le. Tak ada orang nak ambil tahu pun.

3. Atau mungkin menantunya ingin melindungi kegiatannya dengan menggunakan TGNA untuk menerima tajaan tersebut dan dia tumpang sekaki dengan harapan orang tak nampak perkara ini satu rasuah sebab ia atas nama TGNA. Mungkin menantunya ini berniat jahat. TGNA mungkin " TERLEPAS PANDANG " kot ? Takkan terlepas pandang. Dah banyak kali pergi haji dengan tajaan.

4. Kepada SPRM : siasat juga pemergian haji sebelum-sebelum ini. Ini kerana TGNA sendiri engesahkan sudah banyak kali ia menerima tajaan mengerjakan haji.

5. Kalau ikut fatwa TGNA dan SU nya yang mengatakan Tajaan / rasuah ini budaya orang Kelantan maka Dato Liow Tiong Lai juga boleh katakan juga bahawa budaya orang cina saling memberi ini sebab itu ia terima sebuah kereta Alphard dari kontraktor ubatan kementerian kesiahatan. Mengapa dalam kes Liow Tiong Lai , Pemimpin PAS tak kering gusi arah SPRM siasat dan mengecam kerajaan yang belum tentu benarnya. Modes Operandi nya sama.

6. Jadi selepas ini kita semua bolehlah menerima pemberian/ rasuah ini atas alasan yang beri itu ikhlas, sedekah, dan kerana budaya negeri dan kaum tertentu suka memberi.

7. Jadi jangan bisisng-bising lagi bab rasuah ini. SPRM boleh tutup. Kesalahan rasuah Ong Tee Keat yang di dakwa menerima RM 10 juta juga tak perlu siasat. Kuala Dimensi beri pinjam. Apa nak kata rasuah : kalau ikut perbandingan fatwa TGNA dan SUnya lah.

8. Apa komen Tantawi dan Mahfuz. Buka serban dan cuci mulut anda tersebut. Cakap perkara yang benar aje. Ini pun bukan fitnah. Ini terbukti. Bai'ah juga bukan fitnah. Memang is berlaku. Jadi jangan salahkan orang. Neraka kita dilaknat Allah. Lihat diri sendiri dahulu sebelum mengkritik dan memfitnah orang lain. PG juga belum ke Mekah. Apa kata tajaan tersebut "di sedekahkan" kepada PG. Ada juga afdalnya.


7 comments:

  1. SBB TU KWN DH KATA BRO..PAK AJIS NI MCM PENJENAYAH KOLAR PUTIH YG LAIN. SOLAT TONGGANG TEBALIK 5 WAKTU SEKADAR NAK CUKUPKAN SYARAT AJE. BERKEMPEN KAT KELANTAN "BERSAMA MEMBANGUNKAN ISLAM" HANYA TEMBERANG KOSONG JEK. BWK BRIEFCASE KE HULU KE HILIR ORG INGAT MESTI BYK BUAT KERTAS KEJE. PADA HAL MENIMBUN SKRIP FATWA DAN UNDANG2 SONGSANG..HARKK PTUIHH!!

    ReplyDelete
  2. Syabas PG..CCZ sokong posting ni 200%..terangkat punggung TGNA kalau baca ni..

    ReplyDelete
  3. Salam bro Arif Omar,
    Cukup ulasan yang diberi cuma kawan rasa semua yang dikatakan oleh PAS telah terpercik muka sendiri. Rupa-rupanya dah lama Tok Guru buat kerja ni ye.....
    Kronisme dan Nepotisme sebenarnya PAS yang melakukannya secara sungguh-sungguh.
    Kesian Tok Guru tak dapat g Mekah tahun ni....tak pe, gaji Menteri Besar kan BESAR.....hehehe

    ReplyDelete
  4. Salam PG, Nik Aziz sudah tahu pengikut-pengikut PAS sudah taksub, sedangkan Haji Hadi pun dia orang tak hurmat..... jadi inilah masanya dia nak tunjuk belangnya..... tapi dia lupa orang-orang luar PAS bukan buta dan pekak.....

    ReplyDelete
  5. Tuan,
    Ini juga tanda Kota suci Mekah menolak kedatangan Nik Aziz yang jelas Mursyidul Rasuah

    ReplyDelete
  6. ...kesian Nik Aziz..dia sebenarnya terkeliru siapakah dia yang sebenarnya..walau pun sudah 19 tahun jadi MB, dia masih keliru adakah dia ni seorang Tok Guru atau MB..inilah akibatnya gara2 tindakan pemimpin PAS negeri pada suatu masa dulu terlampau nak menaikkan imej Nik Aziz telah sepakat mengarahkan supaya digunapakai title Tok Guru kepada Nik Aziz supaya masyarakat lebih hormat, terutama masyarakat Kelantan..

    ..dalam isu 'haji sponsor', Nik Aziz bercakap dan berhujah seolah2 beliau adalah seorang tok guru pondok..kesian dia, dia lupa yang dia seorang MB..adakah ini yang dikatakan kecelaruan personaliti..kalau dia sedar yang dia adalah MB, pasti dia akan tolak kerana menjadi kesalahan MB terima sponsor yang ada nilai wang kerana ianya jelas sebagai RASUAH...

    ..sayang TGNA telah dirosakkan oleh pemimpin dan penyokong PAS sendiri..termasuk menantu kesayanga..tiada guna punya menantu..
    >>>kalau mu nak bahang rasuah, bahang sorang la kalu berani..tak usah dok babitkan orang tua tu..ceh, tarak guna punya olang<<<

    Tok Guru
    Silat Jawi

    ReplyDelete
  7. kesian TGNA, dia x ambik iktibar sjarah Khalifah Umar, .... kesian2....

    ReplyDelete

PETA PELAYAR