FOLLOWERS

Saturday 20 November 2010

RIADAH BERKUDA DI AYER KEROH MELAKA !!!




Pagi tadi PG beriadah kuda sejauh 8 km di Hutan Rekreasi Ayer Keroh Melaka. PG keluar menunggang kuda bersama anak saudara bernama Ashraf. Pertama kali anak saudara ini keluar menunggang keluar dari " paddock ". Bukan apa untuk melatihnya biasa menunggang di hutan. Mungkin di masa hadapan , jika beliau berhajat nak sertai sukan kuda lasak di mana-mana negeri di Malaysia , mudahlah sebab dah dilatih untuk itu.


2. Beliau ini baru menunggang kuda. Beberapa kali sudah datang ke Melaka waktu cuti sekolah sebelum ini. Jadi baru 2 hari lepas , beliau datang ke Melaka dari Kemaman , Terengganu. Cuti sekolah. Jadi PG ambil kesempatan cuti sekolah ini mengajar beliau menunggang kuda. Setakat ini tunggangannya ok. Petang ini PG akan bawanya menunggang lagi di Hutan Rekreasi Ayer Keroh dan kawasan Tasek utama.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR