FOLLOWERS

Monday 4 July 2011

TITAH DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGUNG !!!!!!



Titah Khas


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin

mengenai perhimpunan pada 9 Julai ini.





Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".

Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara
.


Bernama

2 comments:

  1. Kepada parti-parti politik yang kemarok merebut mandat tabir dari YDPA;-

    "Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara."

    "Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun."

    ReplyDelete
  2. Asalamualaikum

    Saudara PG. kami terpanggil ingin berkongsi pandangan, dengan izin, mengucapkan setinggi penghormatan mendokong dan menjunjung kasih Titiah DYMM TUANKU AGONG BARU BARU INI.

    Amanah demi mempertahankan keamanan ,keselamatan kehormanian dan kesejetheraan, sebagai asas penting menjadi Tiang Sri sentiasa didokongan menjadi kekuatan Semangat setia kawan yang sentiasa dipelihara demi berpegang dengan kod yang beretika, penghormati diantara satu sama yang lain dan sentiasa berpegang sebaik-baiknya demi memelihara hubungan baik tetap berkekalan diantara semua peringkat masyarakat berbilangan kaum, anutan agama,kepercayaan, tradisi sebagai pegangan untuk sama sama kita pertahankan sebagai benteng menjadi kekuatan kemakmuran masyarakat di negara ini sebagai intipati jati diri murni di semua peringkat peranan KITA DEMI melaksanakan amanah diri untuk memelihara kepentingan Negara diutamakan, samada peranan sebagai seorang pemimpin dan juga peranan sebagai rakyat, demi menjaga dan memelihara serta menjunjung Tinggi nasihat Titah DYMM Tuanku Agong baru baru ini -

    "Beta menyeru di dalam keghairahan sebagai rakyat berpolitik bagi menyubur demokerasi dalam negara kita ini hendak dipastikan juga tuntutan demokerasi itu tidak akan memusnahkan kepada negara"

    " Titah DYMM TUANKU AGONG:- " Hakikat demotrasi jalanan banyak membawa banyak keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik".


    Fikir fikirlah,sebelum berbuat sesuatu itu,ingatlah terlebih dahulu kesannya kepada nasib orang yang lebih susah, anak yatim piatu, masyarakat yang masih banyak memerlukan pertolongan kerana kedhaifan keadaan keluarga mereka, mungkin ramai lagi masyarakat kita yang mungkin masih susah, jika keadaan tidak menentu jadinya, keamanan dan kehormanian bakal tergugat terjejas kerana tangan manusia yang tidak bertanggungjawab, maka natijahnya membawa impak negatif kepada pembangunan masyarakat dan negara mungkin bakal terjejas, akan memberi kesan negatif dan boleh menjejas pembangunan negara untuk MARA MENUJU lebih maju menjadi sebuah negara lebih berdaya saing diperingkat dunia dan juga terus menikmati kehormanian dan keamanan didalam negara tercinta.

    fikir-fikirlah, jangan terburu buru dalam segala tindakan,kaji dahulu kesannya sedalam dalamnya terlebih dahulu, jangan kerana ghairah beremosi diatas nama landasan KONSEP berdemokerasi untuk mengejar sesuatu impian demi kepentingan peribadi yang mungkin melampaui batas dan terlupa diri, jangan sampai menjejaskan dan BAKAL MEMBERI kesan NEGATIF KERANA tindakan itu sendiri, mungkin membawa MENGUNDANG padah menjurus melanggar Kedaulatan dan keluhuran Perundangan negara tercintai ini. INGAT-INGATLAH DAN FIKIR FIKIRLAH.

    SESUNGGUHNYA KAMI MENDOKONG DAN MENJUNJUNGI TINGGI TITAH NASIHAT DYMM TUANKU AGONG, TITAH BETA MENYERU KEPADA SEMUA LAPISAN RAKYAT BETA BARU BARU INI.

    DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU DAULAT TUANKU.

    SEKIAN TERIMA KASIH.

    WASSALAM.
    RAJA PELANGGI BANJARAN TITIWANGSA DAN KROKER.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR