FOLLOWERS

Showing posts with label AGAMA / REMAJA KAHWIN. Show all posts
Showing posts with label AGAMA / REMAJA KAHWIN. Show all posts

Tuesday, 14 December 2010

KAHWIN REMAJA : DIAM AJELAH DATO SHARIZAT !!!!




“Saya yang izinkan mereka berkahwin”
Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB

Ahad Disember 12, 2010


PETALING JAYA: “Saya yang izinkan mereka berkahwin...” - itulah kata-kata pertama yang keluar dari mulut Siti Hawa Kassim, ibu kepada pengantin perempuan yang mencetuskan kontroversi kerana berkahwin pada usia 14 tahun minggu lalu.

...................................................................“Anak saya sudah akil baligh dan diberikan pendidikan agama. Saya percaya suaminya juga boleh membimbingnya ke arah yang lebih baik. Malah keputusan ini juga mengambil kira janji suaminya untuk memastikan dia belajar sehingga tamat pengajiannya,” kata ibu yang bertugas di sebuah syarikat multinasional di ibu kota ini dalam temuramah eksklusif dengan Mingguan mStar semalam.

...................................................Isu perkahwinan Maya pada usia muda telah mencetuskan kontroversi dan perdebatan banyak pihak termasuk mendapat reaksi daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Sharizat Jalil yang menyatakan keputusan mahkamah untuk membenarkan Maya berkahwin bukanlah merupakan satu polisi yang direstui oleh Kerajaan Pusat.
Pelbagai pertubuhan wanita dan hak asasi wanita turut tidak bersetuju dengan keputusan tersebut. ........................................................................................................................Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Apa yang YB Dato Shahrizat nak sibok sangat hal perkahwinan remaja 14 tahuin ini? Selama ini diam tak berkokok pun. PG ingatkan dia dah berhenti jadi Menteri. Rupanya jadi Menteri lagi .

2. Kepada Sharizat PG ingatkan, agar buat " homework" dulu baru memberi sidang akhbar. Nampak burok dan bodoh sangat kita ini kalau bercakap tanpa membuat kerja lebih sikit dulu.

3. Dalam islam pun memang dibenarkan remaja sebegini berkahwin . Seperti kata ibu remaja ini, ia izinkan dan anaknya dah baligh serta sudah matang. matang bukan pada umur. Dan di Malaysia, hal kematangan ini akan ditentukan oleh mahkamah syariah.

4. Dalam kes ini, mahkamah dah sahkan remaja ini matang dan dibenar pula berkahwin. Jadi apa yang Sharizat nak sibok dan cuba mencampuri urusan mahkamah syariah ini. Tak ada nak fikir sikit ke? Itu perbuatan menghina mahkamah kerana mempersoalkan keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah.

5. Apa yang patut dann wajib Shahrizat ini lakukan dan wajib buat ialah mencari jalan bagi mengatasi masalah ramainya anak dara yang dah lanjut usia yang masih belum berkahwin. Ini yang patut Sharizat fikirkan . Fikirkan jalan dan buat pelan jangka panjang bagi membantu gulongan ini agar mendapat pasangan hidup dan juga perancangan jangka pendek bagi mengatasi masalah mereka ini hidup dalam kesunyian dalam umur sebegitu.

6. Besar bilangan mereka yang seperti ini baik ia Melayu Islam, Cina, India dan sebagainya. Inilah gulongan yang patut dibantu.

7. Bukan hanya bila ada kes sahaja , barulah mak menteri nak mmenyalak tak tentu pasal. Tiada kes , semua tidor. Sepatutnya semasa aman sebeginlah , kememterian berkenaan perlu memikirkan dan membuat pelan jangka panjang bagi mengatasi masalah ini. Bukannya nak menyibok hal perkahwinan remaja ini yang telah pun selesai dan diberi kebenaran oleh mahkamah. Tak ada isu pun.

8. Tak ke sengkek nampaknya. Ini yang meletihkan PM . PM setiap hari bercakap " Transformasi. Tetapi menteri-menteri bergerak macam semut. Malas nak guna otak nak berfikir. Letih, letih !!! Memang letih PM kalau mempunyai Menteri yang sebegini !!!

9. Letih!!! Letih !!! ( Nota : NGO-NGO lain tu, juga baik diam!!! Tak kena mengena dengan anda semua. Shut Up !!!! )

PETA PELAYAR