
Dipetik dari blog : Di Ambang Sore
Selepas membaca posting oleh beberapa bloggers yang mengatakan Datuk Ahmad Maslan menghina bloggers saya terus meminta penjelasan daripada beliau melalui SMS. Beliau telah menjelaskan secara terperinci kepada saya mengenai ucapannya pada Ahad lepas.
Berikut adalah penjelasan YB Datuk Ahmad Maslan Ketua Penerangan UMNO mengenai dakwaan beliau menghina bloggers dalam ucapannya. SMS ini saya terima dari YB Datuk Ahmad Maslan pada 23.02.2010 jam 11:07 pm.;
“Ucapan saya di Program Penerangan UMNO Subang 21/2 Ahad 9:30pg : Saya kata penerangan perlu guna 4M: Media Maya MM..Medium Bersemuka MB, Media Elektronik ME, Media Cetak MC. Tapi jika nak lihat 1 isu baca 1000 blog ada 1000 pandangan..khuatir pembaca akan terkeliru..secara seloroh saya kata maksudnya jika terlalu banyak baca blog (tak buat kerja lain) khuatir jadi “goblok”..oleh itu saya katabaca blog terpilih seperti blog PM atau blog Tun M..itu saja..seloroh..tak kan tak boleh nak gurau..kaedah ceramah untuk tarik perhatian yang ngantuk..juga nak popularkan blog2 yang baik & jangan terpengaruh dengan blog pembangkang..yang dikhuatiri jadi “goblok” bukan bloggers, tetapi pembaca blog yang tak dapat menyaring kebenaran dalam peperangan siber alam digital yang dipenuhi fatamorgana! Baca 1000 blog untuk setiap isu, jika setiap hari & tak buat kerja lain, itu maksud saya dikhuatiri pembaca akan jadi “goblok”..bila saya ceramah adalah light joke.
Penghuni Gua : Lain kali hati-hati kalau nak cakap. Anda bukan orang kampung dan cakap di kedai kopi. Natijah percakapn kita akan memberi impak besar ( baik / buruk ) kepada parti anda serta PM dan TPM.
2. Fikir sebelum cakap. Ini dah kali keberapa perkara begini berlaku. Jangan ulang.
