Dipetik dari blog : Di Ambang Sore
Selepas membaca posting oleh beberapa bloggers yang mengatakan Datuk Ahmad Maslan menghina bloggers saya terus meminta penjelasan daripada beliau melalui SMS. Beliau telah menjelaskan secara terperinci kepada saya mengenai ucapannya pada Ahad lepas.
Berikut adalah penjelasan YB Datuk Ahmad Maslan Ketua Penerangan UMNO mengenai dakwaan beliau menghina bloggers dalam ucapannya. SMS ini saya terima dari YB Datuk Ahmad Maslan pada 23.02.2010 jam 11:07 pm.;
“Ucapan saya di Program Penerangan UMNO Subang 21/2 Ahad 9:30pg : Saya kata penerangan perlu guna 4M: Media Maya MM..Medium Bersemuka MB, Media Elektronik ME, Media Cetak MC. Tapi jika nak lihat 1 isu baca 1000 blog ada 1000 pandangan..khuatir pembaca akan terkeliru..secara seloroh saya kata maksudnya jika terlalu banyak baca blog (tak buat kerja lain) khuatir jadi “goblok”..oleh itu saya katabaca blog terpilih seperti blog PM atau blog Tun M..itu saja..seloroh..tak kan tak boleh nak gurau..kaedah ceramah untuk tarik perhatian yang ngantuk..juga nak popularkan blog2 yang baik & jangan terpengaruh dengan blog pembangkang..yang dikhuatiri jadi “goblok” bukan bloggers, tetapi pembaca blog yang tak dapat menyaring kebenaran dalam peperangan siber alam digital yang dipenuhi fatamorgana! Baca 1000 blog untuk setiap isu, jika setiap hari & tak buat kerja lain, itu maksud saya dikhuatiri pembaca akan jadi “goblok”..bila saya ceramah adalah light joke.
Penghuni Gua : Lain kali hati-hati kalau nak cakap. Anda bukan orang kampung dan cakap di kedai kopi. Natijah percakapn kita akan memberi impak besar ( baik / buruk ) kepada parti anda serta PM dan TPM.
2. Fikir sebelum cakap. Ini dah kali keberapa perkara begini berlaku. Jangan ulang.
"khuatir pembaca akan terkeliru?"
ReplyDeleteIni kenyataan merendahkan pemikiran orang lain. Kita juga mempunyai keyakinan keatas fikiran kita. Adakah semata mata dia terpiih keatas UMNO dia saja layak menentukan apa yang benar?
Adakah Ahmad ini orang terpelajar? Atau hanya orang yang berkelulusan tinggi? Katanya, "Bila makin banyak baca kita makin goblok" ?... memang makin banyak baca makin kita tidak tahu itu ertinya kita makin mendalam. Sepatutnya lebih banyak baca kita lebih berpegatahuan dan ianya menajamkan akal.
Ketua penerangan cakap gitu? Kalau kurang baca message tak sampai. Lain orang lain penerimaan.
Dah kutuk blogger boleh pula cakap dalam masa yang sama nak popularkan blog? Dia ingat kita ni berfikiran macam mana. Ini kenyataan yang bertentangan.
Pembaca tak dapat menyaring kebenaran? Ini sekali lagi merendahkan pembaca pembaca blog. Di mata Allah kita semua tak dapat tidak akan mengadap Allah dan menerima hukuman dari apa yang kita perbuat. Allah tidak menerima alasan kononnya kerana kita terkeliru atau apa apa alasan.
Akhirnya dari semua maklumat, UMNO tetap tidak dapat kawal mereka di tempat mengundi.
Membaca setiap hari itu bagus. Itu yang kerajaan galakkan. Nampaknya Ahmad Maslan tidak seiring dgn kerjaan yang susah payah suruh kita membaca.
khuatir tentang pemikiran orang? Kuasai pemikiran orang dengan bahan bahan dan idea yang boleh di terima. Bukan itu kerja dia ke?
Alasan atau tulisan yang tidak dapat di terima.
Matrengganu tak se GOBLOK Ahmad Maslan ..
ReplyDeleteSetuju kata Saudara Arif Omar.
ReplyDeleteGurauan ada tempatnya.Dan perlu diperjelaskan secara terperinci.Kalau benar nak buat lawak pun, banyak lagi cara boleh buat lawak. Ini lawak yang mengguris hati Bloggers.Pembaca juga bukan GOBLOK untuk menilai mana kaca mana permata.
Nabi pun suruh menuntut sampai ke Negeri China beb!
Banyak baca salah,kurang membaca pun salah.Alih-alih, RAKYAT YANG GOBLOK. Bersara je la ...
Acceptable explanation.
ReplyDeleteAhmad maslan ni suroh dia kawan dengan nik aziz lagi baik.
ReplyDeletealahai ..
ReplyDeletejanganlah terlalu manja..
janganlah kita saja yg pandai..
orang lain x bole silap sikit (kalau pon silap)
kita nih macam pandai sangat nak kritik orang..
ntah2 berguni2 kat luar sana kata kita 2 kali 5 jugak..
Kadangkala kita perlulah lebih rasional dalam menghadapi apa jua situasi. Kita perlulah juga memahami apayang diperkatakan. Janganlah terlalu emosional.
ReplyDeleteApa yang saya baca diatas adalah ..' Kalau kita baca 1 isu pada 1000 blog , maka kita boleh terkeliru.. maka apabila terkeliru penyampaian pun juga akan menjadi tak betul.. Mungkin itulah maksudnya boleh menjadikan GOBLOK.
Beranggapan baik tiada salahnya. Mungkin niatnya untuk bergurau atau light jokes agar pendengar tidak bosan. Oleh yang demikian para BLoggers yang budiman teruskan lah perjuangan dan pengorbanan anda. Dan PENGORBANAN anda semua biarlah biarlah penoh kerana PENGORBANAN kalau separoh sahaja tidak akan kemana sebab bunyinya PENGOR-----.
sebagai bekas penggulung pasukan debat PPM,YB DATUK pasti mampu utk BERHUJAH jauh lebih baik.
ReplyDeleteberlatar belakangkan pengalamannya yg pernah berkhidmat dgn tokpa beliau jauh lebih "PERAMAH"&"tidak sesombong" spt tokpa.
kali pertama menjadi YB lantas dberi kepercayaan sebagai Ketua Penerangan UMNO - emmm...
ahmad mazlan cakap tu 'BETUL'tambah lagi yang hanya mahu baca blog pembangkang aja,lama kelamaan akan Goblok macam pengikut dan pemimpin pembangkang,contoh nya bekas menteri besar Perak, Nizar. kan dah Goblok samdul tu.Allah dah bagi amaran pd dia pun tak insaf insaf lagi.
ReplyDeletenak jadi bloger yg konon2 untuk membawa kebaikan harusla tidak gelojoh dalam mengkritik..
ReplyDeletenak posting pon kena fikir dalam2...
dalam kes ahmad maslan...
korang dah buat kajian ke???
korang bole komen sebegitu hebat..
macam korang dengar apa dia cakap..macam faham niat dia..
macam dia x bagus..korang saja yg bagus...
ikhlas ke korang..jangan berpileh..dalam hati ada yg korang tutup mulut..
andai kata pm tersalah kata..korang nak hentam ke..korang nak suruh resign ke..
camna kalo korang dikatakan bodo dan bloger goblok korang marah x...
ha..ha..tentu marahkan..
tentu ko kata ko x goblok....
ha..ha..jadi macamana???
nak kata dia x betul jugak ke??
wei..kita samala 2 kali 5 tuh
posting korang pon ader yg kata sampah wei..
sbb sedap ikut apa nak tulis..x gitu..
hehehe.. marah betul peminat2 n penulis2 blog ye... terasa kegoblokannya ke? hehehe... bak kata pepatah, sape yang mkn cili, dia yg rasa pedasnya... hehe.. klu dah pemimpin goblok, apa lg lah parti yg dipimpinnya... kesiaaaaaan...
ReplyDelete