FOLLOWERS

Wednesday 24 February 2010

SISTEM KEADILAN JENAYAH : KUASA DAN TUGAS MAGISTRATE


[1993] 2 MLJ 486
Public Prosecutor v Raja Pandian
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (TAIPING) — CRIMINAL REVISION NO 43–6–93

Judges ABDUL MALIK ISHAK JC

Date 20 APRIL 1993

Citation [1993] 2 MLJ 486


Catchwords:

Criminal Procedure — Preliminary inquiry — Powers and duties of the presiding magistrate — Options open to the magistrate in a preliminary inquiry — Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) ss 139, 140, 141, 142 & 143

Criminal Procedure — Preliminary inquiry — Whether proper for magistrate to amend charge and transfer case to sessions court — Penal Code (FMS Cap 45) ss 302 & 304
Words and Phrases — ‘Sufficient grounds for committing’ — Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) s 140(i)

Bahasa Malaysia Summary:

Si tertuduh telah didakwa di mahkamah majistret atas satu kesalahan membunuh di bawah s 302 Kanun Keseksaan (FMS Bab 45) (‘Kanun itu’) dan siasatan permulaan telah diadakan. Pada penghujung siasatan permulaan itu, majistret telah meminda tuduhan di bawah s 302 Kanun itu kepada tuduhan homisid salah di bawah s 304 dan telah mengarahkan supaya kes itu didengar di hadapan mahkamah sesyen. Pendakwa raya telah memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk suatu penyemakan kerana tidak berpuas hati dengan arahan mahkamah majistret itu.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak permohonan itu:

(1) Pada penghujung kes pendakwa dalam suatu siasatan awal, majistret mempunyai empat pilihan. Pertama, beliau boleh melepaskan si tertuduh jika tidak ada alasan yang cukup untuk menghukum si tertuduh dibicarakan di Mahkamah Tinggi, dan pelepasan ini tidak bererti bahawa si tertuduh dibebaskan dan pendakwa boleh mendakwa si tertuduh semula melalui siasatan permulaan yang lain di hadapan majistret yang lain. Kedua, jika majistret mendapati bahawa si tertuduh harus dibicarakan di hadapannya, beliau mestilah merangka pertuduhan yang bertulis dan memanggil si tertuduh untuk menjawabnya.

Prosedur guaman terus haruslah diikuti di sini. Ketiga, jika kesalahan itu dilakukan di luar bidang kuasa wilayah majistret itu, beliau boleh mengarahkan supaya si tertuduh dibicarakan di hadapan majistret lain atau jika kesalahan itu melampaui bidang kuasa hukuman beliau, menurut s 100 Akta Mahkamah Rendah 1948, di hadapan hakim sesyen. Akhirnya, jika terdapat alasan yang memadai majistret mestilah merangka tuduhan dan menghukum tertuduh ke Mahkamah Tinggi. Majistret boleh menyusun semula perkataan tuduhan asal yang dikemukakan oleh pihak pendakwa kerana tuduhan asal itu adalah tuduhan sementaraan sahaja. Tidak ada hak merayu terhadap perintah majistret itu.

(2) Majistret mempunyai bidang kuasa yang tidak terbatas dalam suatu siasatan permulaan apabila membuat pilihan dan haruslah berani serta bebas dan sepatutnya membuat keputusan secara tersendiri mengikut keterangan yang dikemukakan. Undang-undang memberikan kebebasan yang penuh kepada seseorang majistret untuk membuat keputusan berdasarkan keterangan.

(3) Alasan yang mencukupi untuk menghukum si tertuduh bererti bahawa terdapat keterangan yang tidak secara sendirinya sukar untuk dipercayai. Majistret hendaklah menghukum si tertuduh jika keterangan saksi-saksi yang boleh dipercayai boleh menyebabkan si tertuduh disabit jika keterangan itu diterima.

(4) Di dalam satu siasatan permulaan, seseorang majistret mesti merekodkan setiap butiran yang berlaku di atas kertas yang berasingan yang dikenali sebagai nota keterangan dan ia berasingan daripada deposisi saksi-saksi yang direkodkan dalam Borang 149. Juga menjadi tanggungjawab majistret untuk membuat keputusan tentang kebolehterimaan pernyataan beramaran.

(5) Berdasarkan keterangan di dalam kes ini, majistret telah membuat keputusan yang betul apabila beliau meminda tuduhan kepada satu di bawah s 304 Kanun itu dan beliau memang mempunyai kuasa untuk memindah kes ini ke mahkamah sesyen.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar dalam memahami sistem keadilan jenayah Malaysia. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR