FOLLOWERS

Sunday 21 February 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : HINA MAHKAMAH !


[1993] 3 MLJ 147
Lai Cheng Chong v Public Prosecutor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (MUAR) — CRIMINAL APPEAL NO 41–59 OF 1991

Judges RICHARD TALALLA J
Date 3 JUNE 1993
Citation [1993] 3 MLJ 147


Catchwords:

Criminal Procedure — Contempt of court — Failure of appellant and counsel to attend hearing — Withdrawal of counsel during course of trial — Hearing postponed to later date but appellant and counsel failed to attend again — Whether that amounts to contempt — Approach court should take

Legal Profession — Advocate and solicitor — Liability as officer of court — Legal Profession Act 1976 s 35

Bahasa Malaysia Summary:

Perayu telah disabitkan di mahkamah majistret atas kesalahan di bawah s 20(1)(a) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan telah dihukum penjara sepuluh bulan. Beliau telah membuat rayuan terhadap sabitan dan hukumannya dan notis rayuan itu telah ditandatangani olehnya.

Terdapat juga tandatangan firma guaman peguambela perayu di atas notis itu. Alamat yang tercatat di dalam notis itu adalah alamat firma guaman itu. Pada hari pendengaran rayuan itu, perayu dan peguambela tidak hadir dan mahkamah telah menangguh kes itu ke 27 Oktober 1992. Beberapa hari sebelum tarikh perbicaraan baru, peguambela melalui surat kepada penolong kanan pendaftar (‘PKP’), telah memberitahu mahkamah bahawa mereka tidak lagi mewakili perayu kerana beliau ingin melantik peguambela yang baru dan oleh yang demikian memohon untuk dikecualikan kehadiran mereka pada tarikh perbicaraan.

PKP, atas arahan mahkamah, telah menelefon pejabat firma guaman tersebut dan memberitahu kerani di situ bahawa peguambela dikehendaki hadir pada 27 Oktober 1992. Pada tarikh itu, kedua-dua perayu dan peguambelanya sekali lagi tidak hadir dan mahkamah telah menangguhkan kes ke 14 November 1992. Pada tarikh tersebut, seorang rakan kongsi dalam firma guaman tersebut telah hadir sebagai peguambela perayu dan telah meminta maaf kepada mahkamah. Isu tunggal yang perlu diputuskan oleh mahkamah adalah sama ada kegagalan perayu dan peguambela untuk hadir di mahkamah pada 27 Oktober 1992, yang telah menyebabkan perbicaraan terpaksa ditangguhkan, merupakan suatu penghinaan mahkamah.

Diputuskan:
Diputuskan, tanpa membuat apa-apa perintah
:

(1) Adalah menjadi keadilan yang serba kurang jika mahkamah membatalkan rayuan atas kegagalan pihak-pihak, terutama sekali peguambela, untuk hadir di mahkamah tetapi sebaliknya, mahkamah harus melindungi hak litigan untuk mengutarakan kesnya. Mahkamah harus mencari jalan untuk bertindak terhadap orang yang bertanggungjawab atas keingkaran itu dan satu daripada caranya ialah dengan menggunakan undang-undang penghinaan mahkamah.

(2) Dengan meletakkan nama mereka dalam rekod di dalam notis rayuan sebagai mewakili perayu, peguambela mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kehadiran perayu dan dirinya sendiri di mahkamah. Kegagalan mereka berbuat demikian, yang menyebabkan perbicaraan terpaksa ditangguhkan, telah menggugat keadilan serta pentadbirannya dan satu kes prima facie penghinaan mahkamah telah dibuktikan.

(3) Walau bagaimanapun, oleh kerana versi kejadian perayu dan peguambela berbeza antara satu sama lain tentang sebab-sebab mengapa mereka gagal hadir di mahkamah, mahkamah mempercayai mereka walaupun berasa sangsi dan tidak membuat apa-apa perintah kerana prosiding penghinaan adalah suatu prosiding keseksaan. Mahkamah juga mengambil kira bahawa kedua-dua mereka telah meminta maaf dari mahkamah dan tidak berniat hendak menghinanya. Juga, keadaan seperti dalam kes ini pertama kali ditimbang dari sudut penghinaan mahkamah.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

2 comments:

  1. Di Malaysia ni mengihina mahkamah sudah menjadi amalan harian saolah-olah perbuatan yang bolih diangap menghina mahkamah mungkin sudah tidak lagi diangap menghina dan masyarakat menjadi bertambah keliru.
    Begitu juga dengan larangan-larangan dan seketan mungkin hanya berupa catitan peribadi jabatan atau agensi yang berkenaan sahaja sebagai contoh larangan membakar mercun. Bedasarkan kenyatan saorang pegawai tinggi polis baru-baru ini pembakaran mercun adalah dilarang dan telah lama ada ,tetapi kalau kita dengar dan lihat pembakaran berlaku begitu berluasluasa sama ada pada sambutan tahun baru cina ,depavali,taipusam begitu meriah sekali saolah tidak wujud larangan atau sekatan.
    Begitu juga baru-baru ini seperti yang disebut Tun Mahadir dalam blognya tentang larangan export pasir ka singapura yang sudah wujud lama,tetapi sehinga kehari ini beratus-ratus lori pasir masih masok ka siagapura.
    Bagitu juga dengan beratus-ratus larangan lain dan sekatan-sekatan yang dikatakan wujud, Wallah waallam tetapi tidak nampak dimata rakyat.

    Apa nak jadi. Apa dah jaji.
    Rakyat jelata makin keliru

    ReplyDelete
  2. Assalaamu 'alaikum sdra PG & yang melayari blog ini,

    Namun, di sana ada hukum YANG PALING BENAR, iaitu hukum daripada Zat Yang Maha Pembuat Hukum;

    1 Firman-Nya [maksudnya], "Maka, demi Tuhanmu [wahai Muhammad]! Mereka [pada hakikatnya] tidak beriman sehingga mereka mengambil engkau hakim [pemutus] di dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan [dan ragu-ragu] terhadap apa yang telah engkau putuskan dan mereka menerima keputusan [ketetapan hukum] itu dengan sepenuhnya" [al-Quran; Al-Nisa' (4):65].

    2 Firman-Nya [maksudnya], "Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang telah diturunkan kepadamu [al-Quran] dan kepada apa yang telah diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada [hukum] thaghut, padahal mereka telah diperintahkan [agar] mengingakri thaghut itu. Dan syaitan [sesungguhnya] bermaksud menyesatkan mereka [dengan] sejauh-jauh kesesatan" [al-Quran; an-Nisa' (4): 60].

    3 Marilah berhukum dengan hukum-hukum-Nya, kerana hukum yang selain daripada itu PASTI tidak Dia terima. Firman-Nya [maksudnya],

    "Barangsiapa mencari selain daripada lslam sebagai agama [hukum/sistem kehidupan], maka sekali-kali tidak akan diterima [agama/hukum/sistem kehidupan] itu daripadanya, dan DI AKHIRAT KELAK, DIA TERGOLONG ORANG-ORANG YANG RUGI' [al-Quran; Ali lmran (3): 85]

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR