FOLLOWERS

Tuesday 9 February 2010

ANUAR, ANUAR 6 : BANTAH LAGI !!!!! TANGGUH LAGI !!!!





KUALA LUMPUR: Pendakwaan dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat Mahkamah Tinggi membuat keputusan berdasarkan fakta dan undang-undang dengan tidak mengambil tindakan terhadap akhbar Utusan Malaysia berhubung artikel, gambar dan keterangan gambar yang disiarkannya berkaitan perbicaraan kes itu. Ketua Pendakwaan, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, berkata Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusannya dengan bebas apabila menolak bantahan pihak pembelaan berhubung penerbitan akhbar berkenaan minggu lalu.

Mohd Yusof menegaskan permohonan Anwar dengan mengemukakan notis usul bagi mendapatkan perintah supaya Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes itu, tidak mempunyai merit dan justifikasi, remeh serta menyalahgunakan proses mahkamah. “Oleh yang demikian saya memohon permohonan (pembelaan) itu ditolak,” katanya melalui afidavit balasan yang diikrarkan beliau sendiri dan difailkan pihak pendakwaan petang semalam. Dalam prosiding semalam, Mohamad Zabidin menetapkan hari ini untuk mendengar permohonan Anwar dan hujah balas pendakwaan sebelum memutuskan kedudukannya sebagai hakim kes itu.

Dalam afidavitnya, Mohd Yusof juga menafikan keputusan hakim menolak bantahan pembelaan membawa kepada elemen berat sebelah seterusnya menyimpang daripada standard keadilan sama rata seperti dituntut undang-undang. Katanya, sebelum wartawan Utusan Malaysia boleh dikatakan menghina mahkamah, mahkamah mesti memutuskan terlebih dulu sama ada laporan yang didakwa kurang tepat itu bertujuan mengacau prosiding perbicaraan dan dibuat dengan niat jahat.

Mohd Yusof juga menafikan dakwaan beliau memujuk peguam Anwar, Karpal Singh untuk berjumpa hakim bagi mengubah keputusannya selepas menyedari keputusan hakim itu silap.

Penghuni Gua : He he he he he !!!! Banyaknya songeh si DSAI ini. Lebih daripada nak bicara DYMM. Macam-macam kerenah. Kalau fikir secara bodoh pun, kalaulah Utusan menghina mahkamah dan salah lapur pun, ia tidak menjejaskan perbicaraan dan keadilan di mahkamah pun.

2. Ia tidak menjejaskan bukti dan keputusan YAA Hakim dalam kes liwat tersebut.

3. Apalah. Songeh aje yang lebih. Serba tak boleh, serba bantahan. Bantahan, bantahan, bantahan: Bila bicara mahu habis daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

1 comment:

PETA PELAYAR